Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Friday, October 31, 2014

Spoon Steakhouse, Kota Kemuning

Port baru hihihi..
Asyik entry makan jer kau ni.
Takde modal nak update lettewwww :D

Nak berkongsi jer tempat makan menarik.
Kang nanti kalau awak-awak google, senang, dah ada review kan.

Eh entry review kedai makan ni sebenarnya bagus tau.
Aku suka jer baca blog-blog yang review tempat makan best.
Sebab boleh buat reference.
Nak cuba pun takde la berat hati sangat sebab dah dengar review dari orang yang dah pernah pergi.
Tapi still it depends on your interest lah.
Lain tekak lain kegemaran.


Jadik kali ni nak review pasal Spoon Steakhouse dekat Kota Kemuning ni.
Makan time lunch hour jer.
Lunch makan steak kauuuuu.
Padahal hujung bulan.
Kau mampu?
Hoiii berlagak siallll hahahaha..

Ok2 sambung :D


Environment dia pun agak cosy.
Decoration simple tapi nampak elegant.


Nah menu-menunya.


And aku makan ni.
Double chop namanya.
Combination of chicken + lamb = RM25.00.
Tapi ku tak makan lamb, mintak tukar dengan beef
Jadik chicken + beef = RM33.00.

Kena add RM8 kalau nak tukar ke daging lembu.
Oit pesal daging lembu lagi mahal dari kambing ni?
Daging bagus kot kan.
Ok positive thinking sangat :D

Tapi dagingnya sedap.
Dia bagi dua sos sebab ada chicken and beef kan.
Mushroom sauce + black pepper sauce.
Both pun sedap.
Sepatutnya yang mushroom sauce tu makan dengan ayam, and gravy for mashed potato tu.
Tapi aku combine jer tuang sekali mushroom and black pepper sauce tu atas dua2 ketul daging.
Sedap jer aku makan hehe..

Ada sorang jer makan lamb.
Dia kata sedap.
Ok hubby suka lamb, kita ajak hubby pulak merasa :)


Datang dengan hubby and Hafiy pun aku makan double chop jugak.
Menu yang sama jer sebab aku nak makan beef tu.
Tapi set untuk beef sahaja yang paling murah pun dah RM40.
Ciss nampak sangat pokai tapi gedik nak makan makanan mahal bahahaha..

Takde takde.. hubby nak jugak rasa ayamnya.
Aku suruh dia order set lamb only.
Kasi dia makan kambing puas-puas :D


BBQ Lamb Chop = RM22.90.
Besar okay portion dia.
Punya lama aku nak tunggu dia habiskan.
Eh mashed potato and mushroom sauce tu datangnya dari pinggan sebelah :D


Saya memang western sokmo :D

Ok bagi aku yang jarang sangat-sangat pergi kedai yang macam ni, kira okay la.
Harga dan rasa seiring.
Gittewww.
Review: 4/5

Ini addressnya:

Spoon Steakhouse
No. 14G, Jalan Anggerik Vanilla W 31/W,
Kota Kemuning,
40460 Shah Alam,
Selangor
Tel: 03-5131 9602
FB: Spoon Steakhouse Kota Kemuning
Business Hour: 11.00am to 10.00pm

No comments: