Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Thursday, June 23, 2016

Cerita Berbuka Lagi dan Lagi

Salam 18 Ramadhan.

Seminggu tak berupdate.
Biziiiii.....

Bizi dengan kuih raya (alhamdulillah tercapai jugak hasrat nak buat biskut raya sendiri tahun ni, cerita di entry lain nanti).
Bizi dengan deko rumah sikit-sikit yang termampu.
Ubah sikit-sikit jer dari deko asal.
Nak tukar lebih-lebih belum ada bajet lagi.
Maklum ler memindah rumah ni bukan sikit duit yang dipakai.
Tapi takpe syukur semua Allah mudahkan, dah settle semuanya pun.
Tinggal lagi nak menukar ruang sikit-sikit supaya nampak macam "rumah sendiri".
Ok ok bab ni nanti cerita lain hehehe..

Takde apa nak cerita sangat, kita share menu berbuka sepanjang seminggu ni je la.
Masih lagi mengekalkan momentum rajin memasak hahaha..
Hampir tiap hari masak untuk berbuka.
Sempat la berkungfu dekat dapur tu lepas balik kerja.
Walaupun menu tak la mewah, tapi air tangan sendiri tu lain.
Kita makan pun puas hati sebab kita yakin kebersihan dia macam mana.
Rasa pun selari dengan tekak sendiri.
Gittewww ayat-ayat orang yang dah berubah jadi rajin hahahaha..

5 Ramadhan, Jumaat.

Lauk dari office: Ayam masak merah, masak lemak daging dengan nangka, agar-agar santan beli dari colleague

Masak sendiri: Telur masak kicap, ayam marinate goreng

Hubby request telur masak kicap that day, favourite dia.
Senang keje hahaha..
Ayam tu beli dari kawan office yang dah siap marinated.
Ayam dara namanya, seekor RM18.
Mahal jugak la, tapi tak tau tang mana yang sedapnya hahaha..

6 Ramadhan, Sabtu.


Berbuka rumah mak mertua.
Weekend biasanya akan berbuka rumah in law.
Kesian dorang, berbuka 3 beranak je.
Ada kami meriah la sikit.
Mak mertua nak masak meriah-meriah pun syok sikit hehehe..

Tapi Sabtu lepas ayah mertua takde, dia ada event berbuka puasa dengan kawan-kawan lama dia, ex Air Force.
Eh jangan tak tau, ayah mertua iolls ni dulu tentera tau.
Tentera udara.
Tapi bahagian maintenance kalau tak silap.
Tapi dah resign, kerja Goodyear.
Tu yang menurun ke anaknya tu.

7 Ramadhan, Ahad.
Berbuka dekat wedding kawan lama, di ENTRY NI.

8 Ramadhan, Isnin.


Masak ni je.
Telur dadar n sup sayur.


Sebabnya lauk lain dah meriah :D
Murtabak & kuih tepung pelita husband beli.
Kuih onde-onde aku beli dari kawan office.
Masak lemak kupang & ayam kicap dari cafe office.
Bubur lambuk & ayam masak kunyit yang lebihan tapau dari rumah in law.
Haihh makan bertiga je tapi meriah kemain.

9 Ramadhan, Selasa.


Aku masak nasik goreng!
Tau nape aku excited sangat?
Sebab selama ni masak nasik goreng mesti fail.
Ada jer yang tak kena.
Tapi kali ni menjadiiiiii.
Sedap lak tu hahaha..

Nasik goreng nenas, tapi takde seafood.
Letak ayam & sosej je.
Sedap :))



Hubby request buat pattaya.
So balut la nasik dia dengan telur.
First time buat pattaya bagai ni.
Nasib baik tak bocor bungkusannya sebab i guna 2 bijik telur.
Kuat sikit daya tahan dia hehehe..


Menu dari cafe: Masak lemak udang & nenas, telur sambal, ayam goreng.
Lauk semua double sebab kawan kasi kupon dia.
Asam gumpal yang tak berapa nak gumpal tu dari kawan office.
Yang i masak cuma nasik goreng & popia ketam je.
Kuah popia dari rumah in law.


Dan juga sebalang keropok keping buat ulam dengan nasik goreng.
Kami orang pantai timur memang macam ni, makan nasik goreng ke mee goreng ke, even nasik berlauk pun suka ada keropok.
Dan 2 orang hero dekat rumah tu pun habitnya sama.
Tu 1 balang besar keropok biasanya tahan sehari je.
Ni bulan puasa je slow sikit.
Kalau tak, selalunya hari ni goreng, esok kering.

10 Ramadhan, Rabu.


Menu ringkas lagi, cuma masak mee goreng dengan telur dadar.
Nak habiskan stok mee dalam peti ais.
Nanti kang lama-lama jadik keras.
Eh ke aku jer yang mengalami masalah ni?
Kalau beli mee aku memang akan letak peti ais, then nanti bila lama sangat, lambat masak, mee akan keras and cepat hancur, pendek-pendek.


Haaa walaupun mak balik kerja dah lambat, sempat lagi mak bako puding roti ni haa..
Senang ya amat.
Tapi hangus jugak lagi hahahaha T_____T

Bukan salah i, salah oven tu.
Tu oven kakak, and sebenarnya bukan la oven pun, macam microwave macam tu.
Dia kata dia pernah buat puding roti, ok je.
Aku yang tak reti setting agaknya  -___-


Whole menu that day.
Ayam tu yang marinated tu.
Ada lagi belum masak.
So i panggang pakai kuali ajaib je.
Kuih tepung pelita tu kalau boleh tiap-tiap hari nak kena ada.
Dapnyeeeeee.

11 Ramadhan, Khamis.

Ayam masak kunyit.

Daging jeruk goreng.
Haa yang ni dapat masa beli pakej #BarangDapurBasah.
Later i story...
Panjang dah entry ni haa..


Menu tak meriah mana.
Tu puding roti hangus hari sebelumnya.
Lauk dari cafe tak ambik, jemu huhuhu..

12 Ramadhan, Jumaat.

Aku tak puasa, sebab sakit gigi ya hampunnnnn.
Terpaksa makan pain killer sebab sakit dia tu tangkap kepala.
Memang tak boleh buat keje.
Dah tu alang-alang tak puasa, lunch time balik rumah masak megi.


Lazatnya nampak megi ni hahahahaha..

Rasanya macam tak masak kot hari tu.
Eh ye ye.
Hubby beli lauk dari office dia, cukup-cukup je.
Aku sakit gigi T______T

13 Ramadhan, Sabtu.

Selalunya weekend kami mesti pergi berbuka rumah in law.
Tapi hari tu mak mertua call bagitau dekat taman dia ada jiran India dia buat majlis, so parking susah, confirm penuh.
Pastu mak cakap, "Mak datang berbuka rumah kamu je lah"

Tu diaaa... kelam kabut aku pikir menu hahahaha..
Masa tu dah la tengah sibuk buat cookies raya.
Gigi sakit berdenyut-denyut.
Masih jugak tak puasa sebab kena makan ubat.
Sakit tak sakit, biskut raya tetap jalan :D

Tapi nasib baik mak bagitau awal tau.
Jadi sempat la defrost daging, ayam untuk masak.


Maka terhasil la menu-menu seperti berikut.
Ayam masak merah, daging masak dendeng, sayur campur goreng.
Ayam paprik (eh ke tomyam?) tu my biras yang bawak.
Ajak dorang sekali masa tu.
Senang sekali jalan berbuka ramai-ramai.


Puding milo from my biras, cekodok dari mak mertua.


Mak mertua iolls bawak bubur lambuk jugak.
Konsep potluck katanya.
So nasik memang i tak masak banyak sangat la, takut tak habis pulak.
Sekali nasik tak cukup daaaa.
I masak sedap sangat kahkahkah.


Seronok bila dapat berbuka ramai-ramai macam ni.
Meriah je.
Tengok budak-budak, mak bapak budak makan dengan berselera, hilang penat memasak.
Hubby tak habis-habis duk puji aku punya daging dendeng tu.
Terbaik katanya.
Siap request untuk masak masa raya nanti.
Iye baiklah, beli la daging tu.

14 Ramadhan, Ahad.
Esoknya tak masak, berbuka rumah in law.
Gambar takde, malas ambik :D

Ok habis dah cerita pasal menu berbuka kami dari 5 Ramadhan sampai la 13 Ramadhan.
Hari seterusnya nanti-nanti pulak aku update kalau rajin hehehe..

As Salam :)

No comments: