Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Monday, May 31, 2010

Price Comparison is Very Important

Last weekend aku balik kampong (again). bulan ni jer dah 3 kali aku balik. 1st tok aku sakit (meninggal), 2nd rombongan merisik datang, 3rd yang last weekend ni lah. balik ni pown bersebab. aku dah kena start survey everything. since aku duk jauh, everything should be done earlier. bukan senang nak dapat cuti. dengan keadaan aku yang cuti memang tak banyak ni, terpaksa la berkorban apa yang patut. ada cuti panjang sket kena la spend time balik kampong.

Misi aku nak survey apa2 saja yang sempat. 1st day aku ronda2 hari jumaat. memang silap timing. camne aku buleh lupa Ganu cuti hari jumaat? majoriti kedai mesti la tutup. pusing punya pusing sampai aku tak tau mana nak pergi. last2 terlajak sampai town. haha. i found 1 shop, Mega Lace. kedai barangan pengantin. betul2 dekat tengah town. quite a big shop they have. bagi aku yang memang takde pengetahuan n pengalaman langsung dalam kerja kawen ni, memang masuk n tengok jer lah. takde apa idea pown yang terlintas dalam otak. dah beku agaknya otak kretip aku ni. haha.

Aku dah banyak buat on9 survey. n aku boleh simpulkan yang barang kat sini agak berpatutan.

Uncang ni (besar) boleh dapat dengan harga 35sen/pc. i love the colour ♥

Saaaaangat banyak choice. harga boleh tahan. kalau aku tak dapat dekat tempat lain yang lagi murah, confirm aku akan beli dekat sini jer dah.

Pernah la jugak aku berangan nak bagi this golden/silver box dekat guests. just put 4-5 pieces of chocolate ketul2 tu and its done! tak payah pikir dah. but this box sangat mahal (for me). it cost RM3.50/pc. paling murah aku pernah jumpa (on9) dengan harga RM2.60/pc (harga sebelum belian pukal). u can visit this page. ada macam2 bentuk n aku paling suka bentul epal. comel ;). but not for me (maybe).

Riben pown baaanyak jenis. im not yet decided wether nak buat sendiri hantaran aku nanti, or let someone do it for me. teringin giler nak buat sendiri, but then tengoklah jadi ke tidak. belum dapat apa2 ilham or idea. otak beku, otak beku! orang kata apa, DIY? nanti lah aku putuskan.

Aku suka giler design hantaran guna sangkar ni. tapi sangkar sangatlah mahal. just forget it Sarah ;(. misi belajar membuat hantaran sendiri bermula ;).

So Tata.

Thursday, May 27, 2010

Make Yourself Prepared Dear!

Baru je lepas baca one of bride to be's blog. im just a silent reader on her blog walaupown aku adalah followernya jugak. haha. tinggal berapa hari saja lagi dia nak kena ikat. aku pulak yang makin berdebar. biasa la, tak semestinya apa yang kita rancang akan end up dengan sempurna. cacat sikit sana sini, its normal. yang penting, perancangan yang kita buat. kesempurnaan itu penting. jangan nanti bila dah sampai masanya kita merungut macam-macam. padahal tu sume sebenarnya salah kita sendiri sebab tak well prepared. so to all bride to be... please please and please, make urself prepared. always have back up plan. tak kira lah majlis kau tu nanti kecik ke, besar ke, yang penting teratur. ingat!

Cakap pasal teratur... aku sendiri ni pown macam mana entah. tarikh nikah n reception aku insyaAllah dah tetap n tak perlu diubah dah. it just tarikh untuk majlis bertandang jer. there are some issues to be discussed. memang asalnya the date is one week after solemnisation n reception at Terengganu but then ada sedikit kekangan. kena ambik kira banyak benda. but its ok, not a big deal la. yang penting nikah dulu. buat yang wajib dulu ;)

Tapi aku dah gatal-gatal nak buat persiapan segala nih. kena buat awal coz majlis time cuti sekolah. sure ramai yang gatal macam aku jugak. haha. Mr Busy, confirm the date please! nak booking pelamin, baju, photographer, catering... banyak benda tu. haishh. malas la nak fikir sekarang.

So Tata.

Monday, May 24, 2010

Perfume Hunting

Semalam pergi ke IOI Mall, Puchong, mencari barang hantaran yang pertama. Agak teruja di situ. Misi untuk mencari perfume. Pusing² satu IOI tu. Maklum la aku bukannya pandai sangat bab² cenggini. Bukan pandai sangat pasal perfume. Aku bukan branded punya orang la weh!! Ikut direction yang member aku bagi, katanya dekat situ ada satu kedai yang jual macam² jenis perfume. Pusing punya pusing, akhirnya jumpa lah. Tapi aku agak konpius sebab ia hanyalah sebuah stall kecik. Sales girl pown macam kerek jer. Nak tengok pown tak selera. Last² aku tak cuba satu pown perfume kat situ. Haha.

Last choice, masuk dalam Jusco. Memang ada jual perfume jugak. Oh kakak yang baik hati buat aku malas nak pikir panjang. Lagipown kakak tu sarat mengandung. Tak sampai pulak hati aku nak dera dia dengan karenah aku. Memang tak banyak choice. Tapi aku malas nak pikir dah. Lagi banyak pilihan, lagi pening kepala otak aku. Nak wat camne, jenis yang agak jakun. Mana buleh bau perfume banyak², mula la pening² nak muntah. Haha. Pilih punya pilih, ada la dalam setengah jam (kata tadi tak lama haha). Akhirnya dapat la 2 sets of perfumes. One for me, and one for him.

Senang jer aku wat choice. Mr Busy lagi la jenis senang pilih. Kalau dia rasa dah ok, terus sambar. Malas nak pikir panjang. Nak tunggu sale? Ala bape percent sangat la dicsount yang dorang bagi tu. Beza la dalam 20-30 hengget kot. Confirm bersesak-sesak kan. Bukan Mr Busy la tu weh. Baik aku beli terus jer. So perfume yang jadi pilihan, Love of Pink by Lacoste for me and Desire Blue by Dunhill for him. 90ml perfume and lotion for me at RM276 and 50ml perfume with 3 other items at RM284. Habes duit weh T__T. Aku dapat travel bag free and Mr Busy dapat towel free. Nak masukkan sekali dalam hantaran katanya. Ok jugak kot. Haha.

Lacoste tak glemer ya? Aku peduli apa. Janji aku suka bau dia. Kalau setakat beli sebab glemer, baik tak payah. Hidup ni jangan terlalu ikut orang. Kelak merana. Peace! :)

So Tata.

Sunday, May 23, 2010

Kenapa Aku Buat Blog Ni

I’ve got inspiration from some brides to be’s blog. Syok tengok persiapan orang. Persiapan aku macam mana pulak? OK ke? KO ke? Masih terlalu awal ke untuk aku sibukkan diri? Aku ni cerewet. Mungkin bukan cerewet dari segi pemilihan barang. But aku cerewet dari segi kesempurnaan. Apa aku nak mesti kena dapat. No no no no bukan semestinya kena yang mahal. Apa kau ingat aku mampu nak demand yang mahal²?? Aku pown kerja makan gaji jugak. No side income. Simpanan? Ada la beberapa hengget. Sedih kan kesah hidop ni. Ayah pernah cakap, “Ayah takdok duit nak tolong, ayah cuma buleh tolong urus jer”. So nak tak nak pandai² la aku manage duit aku sendiri.

Aku tak nak majlis yang grand habis duit beribu-riban semata-mata nak bagi orang kagum. Cukuplah sekadar majlis yang diingati. Sweet & Simple. Konsep yang aku pilih untuk majlis bersejarah aku. Aku punya majlis aku punya suka lah. Tak gitu? Nak ikut orang? Sampai bila entah aku boleh kawen. Yang penting majlis aku nanti, it should be SIMPLE. Yes simple.

Aku nak sedaya upaya tak nak cilok idea orang. Penat orang pk apa nak buat, kelainan yang dorang nak sampaikan. Tapi kita duk cilok suka² hati jer. Tak patut kan? So aku akan cilok berpada² jer. Haha. Aku pun duk rasa tak best jugak sebab idea aku asyik kena cilok oleh someone. Lepas ni nak jadi kedekut tak nak cerita banyak² dah apa aku nak buat untuk majlis aku. Let it be SURPRISE!! (surprise la sangat. Sooner or later aku reveal jugak kat dalam ni. haha).

So Tata.

Its New :)

Blog baru dicipta sekali lagi T__T. kali ni blog sempena menuju gerbang perkahwinan. mesti ada yang kata, banyaknya masa aku? yer aku ada banyak masa. sehari 24 jam. yang penting pandai guna pandai manfaatkan (walaupon kebanyakannya aku bazirkan dengan kegiatan yang tak berfaedah). so kat sini aku akan merepek apa saja berkenaan persiapan aku ke arah itu.

So Tata.