Thursday, April 28, 2011

Manusia Berubah II

Manusia berubah <---- insan tersebut dah baca nukilan aku. tak sangka dia bukak blog cabuk ni.

Lagi sekali nak cakap, i just write what i feel. am i spoiling your big day? tak kan? langsung tak kan? everything went well jer aku tengok. seingat aku, aku takde langsung usik barang2 dekat situ. kecuali makanan.

Semua yang aku tulis, semuanya selepas majlis selesai. dan kalau dia terasa aku mintak maaf, sebab dia dah mintak maaf dengan aku. cuma aku tak reply, bukan sebab aku takut. cuma aku sedih. dalam hati aku dah maafkan. aku tak cakap belakang, cuma cakap dalam blog.

P/s: Orang nasihat untuk kebaikan, bukan nak tikam belakang orang, bukan nak keji, bukan nak hina.

Sekian.

Wednesday, April 27, 2011

Tuesday, April 26, 2011

Telur Kembar. 2 Kali!

1st time pecahkan telur, telur tu kembar!


2nd time, jugak sama! tapi tak sempat ambik gambar masa belum goreng. dah selamat sebab terus pecah masuk kuali :P


Apakah ironinya semua ini?

Pakcik dan ayah. mereka kembar - gambar dari belog lama

Mak cakap, arwah tok dulu pernah bagitau dia makan pisang kembar masa nak mengandungkan mereka berdua. lagipown gen kembar memang kuat pown kalau ikut belah family ayah. kalau turun kat aku kan best? :P

P/s: Anak kembar?? mestilah mau..... hehehe.

So Tata.

Monday, April 25, 2011

Pindah Barang

Ahad (semalam, 25/04/2011) dah pindah barang masuk umah. yeayyy. ni semua barang2 yang aku tumpang letak dekat rumah kak ipar sebelum kawen dulu. semalam baru berkesempatan pindah semua masuk rumah kami.

 Almari bujangku. lori jer besar, barang ciput :D

Barang takde la banyak. sume barang orang bujang. sume pown belum sempat kemas lagi. almari bujang jer dah pasang :D. mak mertua asyik tanya:

M: Betul ke korang taknak beli katil dulu ni?
A: Tak nak mak. tido katil bujang lagi romantik. hehehehe
M: Muat ke kamu berdua tu?
A: Muat makkkkkkk

Hahaha. perli yer mak?? takpe2 kami akan buktikan kami boleh. har har har

Lepas angkat2 barang sume, family hubby sampai. mereka dah siap bawak makanan yang banyak. hehehe. bab makan jer suka :D

Lepak2 situ sampai petang. mak mertua siap masak pisang goreng ngan tauhu sumbat lagi. perghhh memang berkampung kami kat situ. sempat la jemaah Zohor ngan Asar.

Petangnya angin sekuat2nya datang. pastu hujan.

 Moral of the story, jangan label kunci guna sticker kertas. abes lunyai kena air.

Dah pukul 6 macam tu, sume pakat balik. aku teman hubby pegi kedai gunting rambut. nak botak for the 3rd time untuk tahun ni!

1st time ada geng. 2nd time saje suka2. 3rd time niat nazar dia :)

 Tak tahan aku tengok gambar ni. hahahaha.

India tu gelak jer tengok aku ambik gambar cepat2 sebelum dia sambung keje dia :P

So Tata.

Saturday, April 23, 2011

Nah. Sila Baca

Perbualan antara aku dan seorang kawan kat FB. sila baca. kalo tak baca, nanti tak tau cite.
 
"hari tu aku wat upt. masa tu dah 3 minggu lewat tp aku tak la berharap sgt sebab period aku mmg slalu tak regular kan. so aku wat la upt. 1st time buat naik 2 line tapi yg 2nd kabur. then aku buat lagi sekali. pown result sama kuar. so esoknya aku g la klinik. bila wat upt kt klinik, -ve plak. tapi aku mmg tak puas hati la sebab dr tu celup kejap jer, pastu terus kata takde.. then aku balik dgn perasaan hampa. hehe

tapi aku g beli lagi upt kit yg lain. yg lagi power punya. malam tu aku cek, +ve jugak. ni yg aku konpius ni. pastu esoknya petang aku pegi klinik lain plak. dr ni laki dah tua. tapi kali ni aku tak wat upt sebab dh 3 kali buat sume +ve kan. so aku suh scan

kalo ikut perkiraan date last period, aku dh 7 weeks preggy. tapi tu la aku kan period tak regular, so usia kandungan aku kemungkinan besar lain dr org yang period normal. tapi masa tu aku tak argue apa2 la sebab aku pown tak tau kan. so dia scan la.. bila scan, tak nampak baby

maunya aku tak panik? kalo ikut perkiraan minggu, 7 weeks dh boleh nampak kantung even bukan baby. dr tu pown macam tak konpiden jer cakap ngan aku. pastu dia kata maybe u ni molar pregnancy. bila aku tanya apa tu molar, dia suruh aku search kat internet. buleh?

pastu aku tak puas hati jugak sebab dia tak explain betul2, aku pegi klinik lain plak ptg tu jugak. kali ni dr pompuan agak berumur. so aku agak dia lebih berpengalaman la kan. aku pown cite la apa dr tadi gtau aku..

bila kira usia kandungan, pown dia kata 7 weeks. pastu scan, pown tak nampak baby. tapi rahim aku besar. then dia pown kata kemungkinan utk aku molar pregnancy tu ada. konpius aku masa tu. rasa down giler.

dia siap refer aku ke specialist lagi. sedih kau aku masa tu. dia cite la molar pregnancy ni mcm mana. kata dia molar ni, aku mengandung tapi bukan mengandung baby. tapi mengandung tisu yang tak menjadi. sedih weh masa tu...

kuar klinik terus teresak2 aku dalam kete

dh la sorang2 masa tu

rasa down sesangat.. sebab tu la malam tu aku kol kema. hehe

pastu esoknya aku kol la abg aku ty pendapat. org lain pown ada ckp

kndungan aku kecik lagi, tunggu dulu, jangan jumpa pakar dulu. maybe tak nampak sebab kecik lagi. then bila aku go thru internet sume, aku baca la simptom2 molar pregnanacy ni. masalhnya sume simptom tu aku takde. klo ko apa ko rasa?

terus aku rasa semangat balik... so aku decide taknak jumpa pakar dulu. aku g klinik lain pulak. dr ni memang aku suka. then aku pown cite la bla bla bla sume yg dr lain ckp tu.

aku cakap la pasal period aku yg tak teratur sume. aku ckp klo aku mengandung pown aku rasa aku masih lagi dalam 3-4 weeks macam tu. dia memang setuju dgn apa yg aku bagitau tu. dia scan jugak tengok

bila scan memang tak nampak kantung or baby. tapi rahim besar sama macam org mengandung

tapi dia kata kemungkinan aku ni mengalami molar tadi sangatlah rendah sebab "benda" tu tak nampak pown dalam perut aku. lega kau!!

pastu dia tanya either aku nak buat blood test nak konpemkan aku ni preggy or not. sebab dia kata blood test mmg akan bagitau keputusan yg tepat. so aku agree. dia kata result dalam 2-3 hari

so tadi dr tepon, dia kata aku konpem preggy 4-6 weeks. alhamdulillah

sekian :P"
 
Masih terlalu awal sebenarnya untuk umumkan perkara ni. tapi benda baik, tak salah rasanya berkongsi. doakan aku kawan2 :)

So Tata.

Tuesday, April 19, 2011

Jawab Dalam Hati

Aku ni bukanlah manusia yang berani sangat. penakut sangat pown tak. kira middle2 punya orang la. kalo orang cakap bukan2, lebih kurang ngan aku, susah aku nak menjawab balik. tapi tu dulu... dulu yer.... sekarang aku dapat rasa aku dah sangat berubah. environment maybe?

Sekarang dah ada orang cakap aku jawab call kerek. huh tak pernah aku rasa aku kerek. siap kena sound ngan kawan aku, "Tu lah.. tak semestinya cara Sara cakap tu orang kata Sara tak kerek. dan tak semestinya aku yang kerek ni orang kata kerek". fuhhh. aku dah mula jadi manusia kerek rupanya.

Tapi memang aku mengaku sekarang aku dah tak macam dulu. pantang tak kena sikit, mesti aku menjawab. takde dah kes simpan dalam hati emo sorang2. aku kasi orang tu plak emo ngan aku. baru aku puas.

Tapi.... tak la semua. kerek aku bertempat. contohnya dengan orang tua. sekerek mana pown dia, ko sampai hati nak menjawab balik? tapi kalo anak dia aku balun jer. ko kerek ngan aku, aku tembak la balik. kalo tak boleh nak lepas secara lisan, aku mengamuk dalam hati. janji hati aku lega. contoh:

Situasi 1
Kami bebudak opis memang suka karok. bila nak pegi masing2 ada la isu.. contohnya bab mintak izin ngan laki or boipren.
A: Boipren aku tak kisah sangat pown kalo aku nak g. bukan ngan sape pown. sume dia kenal kan..
B: Yer la ko kan TAK CANTIK. boipren ko pown mesti la tak kesah ko nak g mana2.

Jawab dalam hati:
Sedar la diri taraf kita sama jer. cuba SEDAR DIRI.

Situasi 2
A: Sipolan sipolan, ko ada usb cable yang panjang tu tak? kalo ada aku nak pinjam
B: Aku bukan kedai komputer

Jawapan dalam hati:
Lain kali kalo ko tanya "Mana dispatch?" aku akan jawab "Eh aku bukan bini dia!"

Situasi 3
Aku tengah tengok gambar kawen dia. photo last, gambar laki dia dukung dia.
A: Sian ko kan. nanti laki ko mesti tak boleh buat macam ni kan?
B: Bukan pose ni jer yang ada

Jawab dalam hati:
Sekurang2nya laki aku tak sekatik laki kau.

Situasi 4
A: Kelakar la kuku ko ni. pendek. haha kelakar. tengok kuku aku ni cantik kan, jenis panjang2. tengok cantik kan (sambil tunjuk2 kat muka aku)
B: Aku buat dunno tapi....

Jawab dalam hati:
Kuku ko panjang2, tapi tulisan ko lagi cantik dari aku ke? ko lagi bijak dari aku ke? tak kan.........???


Aku dah jumpa berpuluh manusia jenis tak pandai nak jaga hati orang. hati dia jer yang nak kena belai, nak kena tatang. hati kita buang dalam tong sampah!

Apa pown, pada manusia2 yang aku pernah terkasar bahasa, tersasul bicara ampun dipinta. aku pown ada hati dan perasaan. u get what u give sebenarnya.

P/s: I hate myself for being so kind sometimes. kita jaga hati orang, orang tak tentu lagi akan ambik kira hati dan perasaan kita :(

So Tata.

Monday, April 18, 2011

A'Famosa Resort

Will talk about that later ;)

So Tata.

Thursday, April 14, 2011

Manusia Berubah

Aku ada kawan baik since high school. masa sekolah dulu aku sangat rapat dengan dia sebab nasib kami lebih kurang sama. mak ayah aku bercerai, mak ayah dia ada problem. so dia lah yang selalu jadi tempat aku luah perasaan, share segala benda sebab aku dapat rasa apa yang dia rasa n aku tau dia pown paham apa yang aku alami.

Masa berlalu n kami sama2 dapat sambung belajar ke Matrikulasi yang sama. 1 hostel, 1 kuliah. memang geng lah.

Then bila dah abes Matrikulasi, masing2 terpisah. dia dapat U lain, aku dapat U lain. tapi kami still keep in touch tapi tak la serapat dulu. lama2 makin jarang berhubung. tapi still lagi tak terputus hubungan tu. masa belajar dulu aku selalu turun Shah Alam sebab nak jumpa hubby (gatal! hehehe). then pernah ajak dia keluar sekali. she brings her bf, and i bring mine.

Time flies.. mungkin bukan jodoh dia dengan that boy, putus separuh jalan.

Masa kenduri aku dia datang n im so happy! kawan2 lama datang meriahkan majlis, i feel so blessed :').

Then tak lama lepas tu tiba masa untuk majlis dia. kebetulan masa tu aku balik kampung. i bring my hubby, my mom to her kenduri since dia kenal both of them. my mom pernah datang ke Matrikulasi kami masa tu and they call my mom "Makcik Mesra Alam". so now u know mana aku dapat talent ni kan? hahaha.

Kami almost tersesat masa nak sampai ke rumah dia tapi mana boleh patah balik kan. alang2 kena redah sampai jumpa! jalan punya jalan n we reached the destination.

Berkobar2 perasaan nak jumpa pengantin. i bring my mom to her room. muka kita excited tak payah nak cakap la kan. lama kot tak jumpa! but then pengantin just senyum n lambai kami sekali sahaja. pengapit yang lebih meriah melayan (kawan kami jugak). i know she was very busy even dah siap makeup sume. maybe jugak nervous tunggu rombongan pengantin. tapi sungguh aku terkilan. mak pown muka dah lain macam masa tu. takpela pengantin kan!

Then kami keluar makan and tunggu rombongan sampai. pengantin seems very busy sangat even tetamu berapa kerat la sangat.

Lepas makan, ambik gambar dengan pengantin dekat meja makan beradab. salam2 sikit (tak rasa pown kemesraan kat situ. hmmmm) then kami mintak diri.

Seriously aku dah terkecik hati. bukan nak burukkan pengantin tapi kami balik dengan takde rasa gembira, happy even dapat jumpa kawan lama. my mom too macam tu. why eh? sampaikan mak cakap macam ni:

M: Tak macam Tie kan? mak tengok Tie sungguh2 layan orang datang.
A: Takpelah mak, pengantin memang kadang2 dia tak perasan pown apa dia buat. sibuk..

Kepada b2b kat luar sana ni ada sikit pesanan:
  1. Biar tetamu balik dengan doa, bukan balik dengan bebelan!
  2. Walau sesibuk mana pown kita, cuba la entertain tetamu. kalo takde tetamu sume, ko ingat majlis ko tu meriah? membazir jer sume lauk pauk yang ko tempah. last2 makan sendiri.
Majlis aku tak la sempurna, tapi aku cuba sedaya upaya layan semua yang datang. ada yang aku tak terlayan tu, aku mintak maaf la yer? aku pown tak sempurna but im trying to.

Sampai saat ni pown aku masih terkilan. takpela aku dah tak simpan dalam hati walaupown status fb dia takde mention nama aku sebagai "List friends yang datang". maybe dia lupa. takpelah.

P/s: Pergi majlis blogger lagi best.

So Tata.

Wednesday, April 13, 2011

DIY: Bunga Dip Merah + Putih

Lama tak bergiat dalam keje2 kawen ni. penat kenduri hari tu pown tak hilang lagi kot! bunyi macam serik jer? hahaha. agak serik jugak lah.. serik dengan bunga stokin: bunga pahar, bunga tangan, bunga dulang n segala jenis bunga yang kesannya sampai sekarang masih boleh rasa lagi. tapi tu sume kenangan. bila ingat balik boleh menangis tersenyum sorang2. betapa gigihnya aku dulu. sekarang langsung tak boleh nak paksa diri. haishhh tak baik mengeluh!

Ok lah.. ni nak cite latest project yang family hubby buat. hari tu aku sibuk ngan bunga stokin kan? belah hubby memang buat bunga dip. kat bawah ni bunga pahar kenduri kami December tahun lepas. theme colour merah + hitam + putih.

Kawan2 bloggers sume dapat kan? ;)
Kredit to My Biras punya blog :P

Kali ni dorang buat untuk sepupu yang kendurinya bulan 5 nanti dekat Kedah nun. masa kenduri kami hari tu dorang sanggup turun dari Kedah. banyak dorang tolong. jadi ni kira ala2 balas budi la ni yer. hehehe. dah lama dah projek ni jalan, tapi baru semalam aku merajinkan diri tolong (sikit jer la). best rupanya main celup2 petals dip ni! hehehe. ralit aku buat tau. sedar2 dah penuh gabus :D


Yang kat bawah ni dah siap punya. bunga dip merah + putih.


Amacam, ada beran nak DIY? tips dekat sini: Bila Kerjasama Semua Jadi Mudah!

So Tata.

Sambut Auntie Balik Yer?

Meriah sambutan bila balik dari keje!

Sekarang anak buah (hubby) dah 4. 2 boy 2 girl. bila nak tambah lagi ni??

P/s: Gambar lama ni. sekarang yang paling kecik tu dah hantar ke nursery. dah sombong tau ngan Auntie! dulu bukan main lagi tau. mentang2 papa dia dah balik :P

So Tata.

Tuesday, April 12, 2011

My Dream Kitchen Cabinet

Walaupown kabinet dapur dah selamat dibeli, tapi masih jugak aku tak sudah2 berangan :D. sebenarnya dulu (dulu la yeee) nakkk sangat kabinet kaler merah. glossy red! perghhh rasa hangat membara jer bila duk kat dapur. pastu hari tu (lama dulu lah) pernah pegi Courts tengok2 barang dekat sana. nampak kitchen cabinet ni, kaler yang aku memang nak.

Tapi harga mahal nak mati!! yang besar tu, ada dapur n kitchen hood, harga dia dah RM1499. yang kecik sikit tu, ada sinki (1 bowl only) RM749. total 2 ketul ni jer dah RM2248. baik buat kabinet yang attached to wall terus. apa daaaa.

P/s: Tapi kan, nasib baik aku dah insap. kalo tak memang dah selamat la kot duk kat dapur aku sekarang :P

So Tata.

Nostalgia Bollywood


Dulu aku tersangatlah giler Bollywood!! saaaaangat suka.

Mula dari cite Kuch Kuch Hota Hai. tiap kali tengok mesti airmata meleleh. touching nak mati. lagu dia plak sume best. lama dah tak tengok cite ni. aku try bukak youtube n ada orang yang masukkan part by part. tapi ada 1 part yang missing! potong betul la.... rasa rugi sangat aku rasa kalo tertinggal even 1 perkataan pown :D

Mann. terus rasa nak nangis! tu baru baca tajuk tu. kalo tengok agak2 macam mana gaya la yer? hahahaha. lagu khusyiyan aur gham. perghhhhh tangkap leleh.

Dil to Pagal Hai. rugi giler rasanya sebab tak pernah tengok cite ni sampai abes. tapi lagu2 dia aku tau.

Har Dil Jo Pyar Karega. pown best!! Rani Mukherjee (i lap u lah. dengan suara serak2 manja dia). Preity Zinta (lesung pipit manisssnyaa). n the ketul2 badan, Salman Khan.
Mujhse Dosti Karoge. Rani, Kareena Kapoor n Hrithik Roshan yang macho!

Kaho Naa Pyaar Hai. filem pertama Hrithik and Amisha Patel (yang belum pandai menari masa ni. macam robot menari! hahaha).

Mohabbatein. kisah budak2 remaja. layan jugak la :D

Kabhi Khushi Kabhie Gham. tangkap leleh...

Chori Chori Chupke Chupke. pengorbanan seorang isteri supaya suami dia dapat zuriat.

And baaanyak lagi. cite Bollywood sekarang dah tak sama macam dulu. kurang ummpphh. dulu aku memang giler sangat bolly sampai tiap 2 minggu hari Rabu mesti aku akan beli suratkhabar Hello yang khas cite pasal bolly. kental.

P/s: Aku nak buat collection balik lah sume cite2 bolly yang lama2 ni. mana nak beli eh?

So Tata.

Monday, April 11, 2011

Ulangtahun Kasih Sayang

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Kalo bab makan suka jer ko kan Sarah. hehehe.

Kami celebrate anniversary mak & ayah (mertua) Sabtu lepas. Mak terharu sebab ni first time dorang celebrate anniversary :). Hari tu kami sume jadi mat saleh minah saleh. Menunya western. Fuhhh kalo yang diet konpem hancus sebab makanannya enak2 belaka sihhhh.


Menu 1
Lamb chop + Perut


Beli daging yang dah siap marinated dekat Mydin. Yang ni aku tak makan. Tak pernah masuk tekak pown apa2 yang berkaitan dengan kambing :D. tapi dorang kata sedaaaaap.
Menu 2
Chicken chop

Fried chicken chop. Beli segera punya jugak. Tinggal goreng jer.

Menu 3
Coleslaw


Homemade by Kak Chik, my biras. Dia expert buat coleslaw ni. Orang lain tak payah campur tangan dah. hehehe.

Menu 4
French Fries

Menu 5

Cheesy mashed potato


Resepi dari MyResepi. Tapi muak sikit sebab terlebih marjerin. N maybe jugak sebab ada cheese. So yang ni tak dapat sambutan sangat :P

Menu 6
Onion ring

Yang ni memang bestttt. Aku bancuh adunan tepung. Nak jugak highlight tu! Hahaha. Rasa manis2 bawang memang sedap. Sambil orang goreng sambil aku ngap :D

Menu 7

Banana apaentah (aku lupa nama dia. Hehe)


Supposed to be dessert. Tapi jadi appertiser sebab aiskrimnya makin mencair. Resepi from MyResepi jugak. Tapi tak aci, aku mana makan pisang!

Menu 8
Air Sunquick

Aku bancuh. Hehehehe. Apesal tiba time yang aku buat jer nak kena highlight lelebih?? Padahal punya la minor keje yang aku buat berbanding orang lain. Manusia manusia… ala kasi can la sikit…. :D

Lepas makan sume bersandar. Hampir tertutup mata masing2. Tapi aku ngan hubby siap tutup terus sampai kena qadha’ Maghrib. Muahahaha.


Untuk Mak & Ayah

9 April 1976 – Mereka disatukan

9 April 2011 – 35 tahun mereka bersama

Happy 35th Anniversary to Mak & Ayah
  • Terima kasih sebab sudi terima saya sebagai menantu mak & ayah
  • Terima kasih kerana melayan saya sama seperti anak2 yang lain
  • Semoga kasih sayang mak & ayah kekal sampai ke syurga
 
 Mak & Ayah idola kami suami isteri :P

So Tata.

Friday, April 8, 2011

KFC's Staff - No Manners!

Aku baru balik tapau lunch. tapi selera aku nak makan macam terkunci akibat tingkahlaku staff KFC tempat aku pegi tadi sangatlah tidak professional. bukan ke KFC ke McD ke apa2 fastfood ke, dorang punya service pada customer kena jaga? i mean kena sangat2 jaga kan???

Tadi aku beratur dekat area Drive-thru. ok kali ni tak lama sangat aku kena queue macam selalu. bila sampai turn aku:

A: (Perkara pertama: Aku senyum semanis2nya)
B: (Dia tengok aku sambil buat muka ketat tanpa SENYUM langsung) Nak order apa??

Oiiii. takde adab ke?? aku ni sebagai customer senyum kat kau, kau boleh buat muka ketat macam tu? kalau datang bulan ke, gaduh ngan laki ke, kucing mati ke tak payah la nak buat muka dengan customer! sepatutnya yang dia perlu cakap:

"Hai cik, selamat datang. makan sini ke take away? nak order apa cik??" - kaunter
"Hai cik, selamat datang. nak order apa cik??" -
drive-thru

Ini tidak. main belasah jer sapa orang macam tu. kalau aku report dekat manager kau, masak kau makcik!

Aku pernah boikot KFC dekat dengan ofis aku ni. gara2 sorang pekerja yang memang dari dulu asyik mendatangkan kemarahan aku jer. kali ni bukan kali pertama ke kedua ke benda ni jadi dekat aku tapi dah 3 KALI. i repeat 3 kali! tapi aku tetap jugak pegi makan dekat situ. nak kata tempat best, tempat lain lagi best. lepas ni jangan harap lah!

P/s: Tak pasal2 mood swing!

P/s 2: Aku baru perasan dia tak bagi aku sos LANGSUNG.

Sekian.

Kabinet Dapur

Seperti rancangan kami sebelum ni, kami memang takkan buat dulu kabinet dapur sebab:
  1. Costly - masa kenduri dah bankrap. sekarang cuma tunggu gaji bulanan n beli barang sikit2. walaupown sume tu tanggungjawab suami, tapi kita sebagai isteri takkan nak tengok jer berpeluk tubuh biarkan kepala dia botak mana nak cekau duit? *lately ni hubby suka botak kepala, is it sebab duit?? hahaha* - Duit simpanan untuk emergency katanya. jangan diusik dulu. ok lah.. ok lah....
  2. Kami ada rancangan masa depan yang lebih besar. insyaAllah dengan izin Allah

And after some arguments discussions, akhirnya kami terus beli movable cabinets. perancangan awal, kami just nak beli kabinet dapur (untuk memasak) and lower cabinets since upper cabinets agak mahal (tak termasuk dalam bajet bulanan lagi). tapi bila survey dekat kedai perabot yang terakhir (sebab sebelum ni dah macam2 kedai kami pegi), kami decide nak beli all 3 types of cabinets. kitchen cabinet, lower n upper cabinets. all together they cost us RM660. berbaloi sangat! puas hati sangat2 even tak dapat nak buat kabinet dapur konkrit *sob sob*. benda yang selalu terlintas dekat kepala aku bila nak beli satu2 barang "Buat setakat yang termampu. jangan ikutkan hati, ikutkan orang. kelak kita jugak yang merana". kemampuan masing2 berbeza. dah ada rumah pown syukur teramat.

Bila kabinet dah sampai, terus kemas barang masuk dalam. teruja tak hengat! hehehe. banyak kali kena warning dengan hubby. n akibat angkat banyak sangat barang berat like pinggan mangkuk n kotak itu kotak ini, esoknya sakit menyerang balik. pergi urut, masyaAllah sakitttttttnyaaaaaaaa. Allah jer yang tau. tobat tak nak paksa diri dah. insyaAllah... hehehehehehe. Tak serik2.........

Hubby tengah nak pasang kipas hadiah. panas terbako duk dekat dapur. maklum la, wiring untuk kipas belum buat lagi. dekat hall jer yang dah siap.

Sebahagian dari barang yang bakal dikemas.

Sebelum

 Selepas
Periuk comel, dapur gas n spice jars hadiah kawen. thanks!! :)

 Sebelum

Selepas
Semua hadiah kawen except periuk nasi comel n mug merah hitam beli sendiri. ehehe. tak payah beli gelas lagi, dah penuh satu almari!


Kemas cincai2 jer dulu. nanti kemas kemudian. thanks yer pada yang bagi hadiah ni semua? sangat berguna untuk pengantin baru :P. ni pown belum habis kemas lagi. microwave, oven, blender, coffe maker, sandwich maker sume dah ada. alhamdulillah rezeki. walaupown hadiah kami tak lah sebanyak mana, semua ni dah cukup memadai. lengkap dah bagi yang baru nak memulakan hidup berdua. oh ye, peti sejuk pown dah ada orang nak derma :P

Semalam pegi mydin nak beli barang sikit, kakak kaunter siap berborak ngan hubby:

K: Nak masuk rumah baru ke ni?
H: Ha'ah. baru kawen je kak
K: Itu lah. barang nak masuk rumah baru sume ni
H: Beli sikit2 jer dulu kak
K: (Sambil senyum) Best jugak jadi pengantin baru ni. nak masuk rumah baru barang semua baru

Hehehehe.. aku pown rasa best :P. after berpenat lelah, we reward ourselves dengan makan banyak2. ehehe

Encik Tembam

 Puan Tembun

So Tata.