Friday, March 30, 2012

"Selamat Berjaga Malam"

Bila dah dapat anak, ucapan yang biasa kita dapat:

"Congrats for ur new born!"
"Tahniah dah jadi ibu dan ayah"

Ucapan biasa kan? then ucapan yang selalu jugak diterima dari ibu2 di luar sana:

"Selamat berjaga malam!"

Ok setuju hahaha. dulu before ada anak, selalu dengar orang cerita:

"Ngantuk betul lah. anak aku tak tido semalaman. kembung"
"Apa tah tak kena anak aku malam tadi. kejap2 terjaga, kejap2 nak menyusu"

Sekarang, sendiri alami, sendiri rasai. pengalaman betul lah...

Hafiy memang kuat menyusu. kalau malam, dia akan bangun setiap setengah hingga sejam sekali. menyusu pulak bukan sekejap. every session mesti 10 hingga 15 minit. nak kata susu tak banyak, kadang tu sampai tersedak2 dia dibuatnya. terpijat2 lah mata maknya menahan ngantuk. kadang2 dengan aku sekali terlena. kepala terdongaklah, tersengetlah hahaha. macam tak caya aku kena alami sume ni hohoho.

The first 4 days bersama si kecik ni agak mencabar sikit lah. dengan susu tak berapa nak ada lagi, nipple melecet. anak pulak lapar. fuhhh cabaran sampai hampir bagi FM tau? nasib baik kuat semangat lagi even time dia latch tu rasa nak menitik air mata tapi ku tahankan jua demimu anak hohoho.

N alhamdulillah setakat hari ni cuma susu cap gantung jer yang masuk dalam perutnya herherher.

Pengalaman pasal breastfeeding ni nanti2 aku story lagi yer. cabaran ooooo. dulu aku baca cite orang, sekarang aku sendiri yang alami. memang power lah! agagaga.

So for those m2bs kat luar sana, just be prepared mentally and physically. but trust me everything is worth it :)

Day 13 - Lepas kenyang, lena atas pangkuan. letak atas tilam, uwek2!! 

Opah kita suka pakaikan kita bedak banyak2. kita suakan muka sajer lah :D

Selamat berjaga malam mummies2 di luar sana! :D

So Tata.

Wednesday, March 21, 2012

Official Parents

Alhamdulillah

We are now an official IBU & ABI

Presenting our cute wonderful little prince

Day 5

Hafiy Al Zikry bin Hadi Afiq
17th March 2012
6.35 pm
3.17 kg
HTAR, Klang

:)

Monday, March 12, 2012

Pesan Nurse Dan Doctor

Bengkak di kaki up n down. kejap bengkak, kejap surut. bengkak pown sikit jer, tak lah rasa sakit. alhamdulillah.

Now dah 37 weeks + 5 days. macam biasa dah hujung2 ni kena pegi checkup every week.

Alhamdulillah eveything is normal. berat tak naik, turun ada lah dalam 300gm. but ok sajer. cek tekanan darah, urin, HB, jumpa nurse n jumpa doc.

Pesan nurse dan doctor:
  • Kenalpasti tanda2 nak bersalin: ada 3 (either one) - contraction, keluar lendir + darah, keluar air ketuban <--- ok noted
  • Kalau salah satu tanda2 tu muncul, jangan gatal2 nak balik rumah (if dekat ofis), terus pegi hospital. dia kata even anak 1st pown, jangan degil <--- ok insyaAllah ikut hahahaha
  • Barang baby n barang mak dah standby dalam kereta <--- ok belum letak lagi, voley? hahaha
  • Kalau nak bersalin dekat hospital gomen, sediakan 2 beg untuk baby. maksudnya 1 beg kita simpan, 1 beg bagi dekat nurse before masuk labour room untuk dia siapkan baby kita nanti. beg tu kena ada towel, napkin, diapers, baju, mitten + booties + bonnet <--- ok clear
  • Kalau baby gerak tak cukup 10 sampai pukul 9 malam terus pergi hospital, jangan tangguh2! <--- ok kalo dah terlebih lebih lebih lebih camne nurse? herherher
  • Nak bersalin dekat hospital mana pown tak apa, janji jangan dekat rumah yerrrr <--- saya pown tak sanggup la nurse oii! :D

So Tata.

Sunday, March 11, 2012

Expo di Midvalley Yang Sangat Mengecewakan!

Tak seronok, tak best, tak banyak stall pown!

Okeh story dari awal lah.

Mulanya ingat tak pegi dah. tapi bila pk2, ada lah nak survey some items. kot lah berbaloi dengan harganya. hubby keje, so aku bawak both my brothers yang kebetulan ada kat rumah sekarang. nasib baik ada orang yang boleh escort.

Jadinya awal2 pagi dah gerak dari rumah. pukul 8 lebih gerak, sampai midvalley kurang lebih pukul 9. saje gerak awal sebab nak elak jam, senang carik parking. expo start at 10 so lepak lah dekat foodcourt kat atas tu kurang lebih sejam! sepanjang menunggu 2 kali jugak lah aku ke toilet hahahaha.

Almost 10 am, dah penuh dah orang beratur. dekat bahagian goodies bag dah panjang dah. aku beratur sebelah satu lagi. malas lah nak ambik goodies bag tu (berlagak giler hahaha). so then after bukak jer pintu expo, terus menerjah kami ke dalam. tengok kiri tengok kanan.

"Eh hall belah kanan pesal sales hush puppies pulak?"

Pegi lah ke hall belah kiri. terus tuju ke Mamy Poko punya booth. orang kata murah so nak ngetest lah tengok. sampai jer, terus ambik 2 paket saiz s. harga adalah RM28 each. berapa pcs entah 1 paket tu. murah kot coz ramai yang beratur? tapi last time punya expo lagi best sebab dapat free bolster. ahhh rugi pulak tak beli dulu hohoho.

Pastu jalan n jalan n jalan. pusing pusing n pusing. booth sikit giler! tak seronok langsung!! barang i tell u la eh... most of them adalah MAHAL. tak rasa macam expo pown.

Contoh: MumDreams punya booth <-- bukan nak kondem yer tapi kenyataan

Aku baru jer pegi kedai MumDreams dekat s20 last week n i bought 1 maternity bra. harga dekat kedai lebih kurang 50-60 kot. tapi dekat sana dalam 80-90! seriously beza kan?!

Even dorang ada bagi less 10% still masih mahal dari harga sebenar. sangat disappointed lah kan.

Brand2 popular like Avent, Tommee Tippee sume tak join. tak syok langsung. so i just bought 2 Mamy Poko's diapers and baju baby Pureen 3 helai. pukul 10.45 am dah blah. boringgggg!

Then call hubby bagitau dah nak balik. dia pown heran pesal cepat sangat hahaha. tapi hubby gtau dekat SACC Mall ada buat sale Anakku. pegi lah katanya. aku apa lagi! hahahaha.


Not bad lah kat sini. banyak baju murah2. i beli lah 4 helai t-shirt n 1 set baju. t-shirt sume 10 hengget. kain lembutnya mak aihhh. anakku lah katakan :D

Sale ni sampai hari ni (11 March 2012) jer yer!

Pastu belanja adik2 makan pizza promotion 50% (hehehe!), then balik.

Ehem2, nak tengok latest mak yong2 tak??


Membesar bagai juara!

So Tata.

Tuesday, March 6, 2012

36 Weeks ++. Soon 37 Weeks

Perkembangan Fetus - Hamil 36 Minggu

Bayi anda masih menambah berat badannya - lebih kurang 28 gram sehari. Beratnya hampir 6 paun / 2.7 kilogram dan panjangnya 19 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki. 

Anda mula merasakan tekanan di bahagian bawah abdomen anda dan juga sedar yang bayi anda sudah mula menurun. Ini diberi nama lightening iaitu peringanan, atau engagement iaitu penurunan kepala bayi; dengan ini paru-paru dan perut anda terasa lebih lapang - bernafas dan bermakan-makan akan menjadi lebih selesa. Namun begitu, perjalanan anda semakin kurang selesa - sebilangan wanita melaporkan yang mereka merasakan seakan-akan bayi hendak terkeluar. Juga, anda akan terasa seakan-akan sentiasa hendak ke tandas. Sediakan nutrisi yang diperlukan di masa penghujung ini dengan panduan makanan sempurna kami.

Berita baik ialah bahawa menjelang akhir minggu ini, kehamilan anda sudah cukup bulan dan anda akan melahirkan bila-bila masa. (Bayi antara 37 minggu dan 42 minggu dianggap cukup bulan - bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu ialah pramatang dan selepas 42 minggu ialah lewat waktu atau post-term.) 

Semasa janji temu mingguan anda, doktor akan memeriksa anda untuk melihat samada anda sudahpun mendilitasi (apabila serviks membuka) dan mengembang (apabila serviks menjadi nipis). Doktor juga akan memeriksa apakah posisi bayi untuk menentukan sejauh mana bayi sudah jatuh ke dalam pelvis. Informasi ini akan dimasukkan ke dalam nota materniti anda supaya doktor anda maklum akan posisi bayi apabila tiba masa untuk melahirkan.

Perkembangan Fetus - Hamil 37 Minggu

Berat bayi anda hampir 6.5 paun / 2.8 kilogram dan panjangnya lebih kurang 20 inci / 50 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Kepala bayi anda sudah memasuki dan merangkumi kaviti pelvis anda - dikelilingi dan dilindungi oleh tulang pelvis anda. Posisi ini memberi lebih ruang kepada kaki dan punggung bayi yang semakin membesar.

Kebanyakan bayi sekarang sudah mempunyai rambut yang lebat, dan sepintal rambutnya adalah antara 1 inci / 2.5 sentimeter panjang. Sebenarnya, sesetengah bayi tidak mempunyai rambut langsung.

Bercakap tentang rambut, hampir semua bulu lanugo yang menyaluti bayi anda dari masa dia 26 minggu sudah hilang, begitu juga sebahagian besar verniks kaseosa, iaitu bahan yang putih yang membalutnya. Bayi anda akan menelan lanugo itu bersama bahan pembalut, dan sekresi-sekresi lain dan menyimpan semua ini dalam ususnya.

Ini semua akan menjadi buangan najis pertama bayi, iaitu bahan kehitaman yang bergelar mekonium. 

Sekitar masa ini ramai wanita bimbang samada mereka akan sedar apabila proses bersalin sudah bermula bagi mereka. Lihat sajalah bahagian sakit bersalin dan melahirkan kami. 

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam rahim. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

Sumber: Babycenter

***************

Ok yang highlight kaler merah tu sume aku tengah rasa.

So Tata.

Monday, March 5, 2012

Ok. Dah Mula Membengkak

Itu lah dulu eksyen sangat!!!! herherher

This morning macam biasa doing weekly checkup at KK. awal pagi dah sampai, dapat lah nombor 16. tapi jadi orang ke-3 yang dipanggil. KK 19 ni memang servisnya bagus. tak lambat sangatlah even ramai orang. yang jadi lambat kadang2 tu bila tunggu turn nak jumpa doctor jer. yer lah dengan ibu mengandung lagi, baby lagi. tapi lambat pown tak lambat mana lah. even dapat nombor 50 pown, dalam pukul 10 lebih dah settle.

Ok so perihal checkup hari ni:

Pregnancy: 36 weeks 5 days
BP: 104/61
Baby's Heartbeat: 155bpm
Berat: +++ 1.7 kg for 1 week! perghhh rekod terbaek setakat ni hahaha. before ni nak naik sekilo pown susah. kali ni kow2 dia naik. nurse pown tulis dengan pen kaler merah weight extra 1.0kg herherher. takpe baby membesar dengan baik! :)

N: Kaki dah bengkak ni.
A: Haa bengkak??
N: Ni dah bengkak sikit.
A: Eh yeke. tak perasan pulak saya.
N: Biasa la tu dah hujung2 ni.

Ok berdebar hahahahaha. serius tak perasan pown kaki dah mula membengkak. now masuk ofis baru lah perasan kaki dah makin membulat. pastu duk gelak tengok kaki sendiri hahaha.

Yang buat aku lagi psycho, pagi2 buta abang ngah aku dah tepon. ok dialog sebenarnya dalam bahasa ganu pekat, tapi dah ditranslate.

N: Mu duk mana?
A: Tengah drive nak g klinik
N: Cek perut?
A: Haaa. kenapa?
N: Mu ok ker?
A: Ok jer.. kenapa?
N: Tak.. aku on the way nak g Kerteh ni. tapi tangan aku duk bau budak. kuat pulak tu
A: Hah bau budak?? <-- abang aku ni memang macam ni. ada jerrr
N: Hooo... bau budak. pahtu aku teringat ke mu. ni aku pikir mu ni tak lama dah nak beranak ni. bau budak kuat sungguh kat tangan aku.
A: Bla bla bla bla bla...

Ok psycho tak?? hahahaha. abang aku memang macam ni lah. dia selalu macam dapat petanda kalo ada apa2 nak jadi. betul ke tidak wallahualam ;)

So Tata.

Friday, March 2, 2012

Tekak Ni Teringin Betul Nak Makan Nasi Kenduri..

Haiii dah nak meletop pown duk gatal nak mengidam macam2 lagi ke?

Ni bukan mengidam tapi MENGADA hahaha.

Lama dah sebenarnya teringin ni. last week ada lah pergi kenduri. tapi menu yang dicari iaitu ayam masak merah tak juga ditemui. sadis betollll. nak dijadikan cerita, besok cousin aku nak kawen dengan orang Klang. mesti lah ada makan2 kan!!

Tapi hubby keje lah.. ayah datang jugak, so niat di hati nak pegi dengan ayah jer. tapi dibangkang :(

H: Tak payah pegi lah yang. ayang tu dah tak larat. nanti pegi mesti lama. bukan pegi sekejap terus balik. dorang nak nikah lagi, itu ini lagi. nak tunggu nanti mesti lama. ayang nak duduk dekat mana? nanti pinggang sakit, perut sakit. ayang dah lah kerap kencing, susah nak cari tempat nanti. kalau abang ada sama tak apa lah.
A: Tapi orang teringin lah nak makan ayam masak merah.........
H: Tapi kenduri tu pown belum tentu ada ayam masak merah kan? ayang masak sendiri jer lah
A: Mana sama!!!!

Hambikkk panjang lebar dia ceramah kau. apa aku mau jawab lagi? suruh masak sendiri mana sama. aku nak yang dekat kenduri huhuhuhuhu.

Sedih ni sedih... sedihhhhhhhhhhhhhhhhhhh =(((

Everything Is Almost Settled..

Kalau ikut EDD asal i am now almost 38 weeks of pregnancy. tapi bila ditolak balik dengan EDD baru, jadi lah 36 weeks + 2 days.

But alhamdulillah, barang baby 100% settled sudah. so now bila ada sale ke apa ke terpaksalah buat2 pekak telinga butakan mata hohohoho. kalo pegi nanti berterbangan lagi fulusnya. banyak ni kena jimat.. i will be jobless for 2 months masa confinement nanti hokeyy. gaji tarak jadi 100% monthly expenses haruslah ditanggung oleh hubby sensorang. parahhh ooooo.

Ok takpe, rezeki anak insyaAllah ada nanti kan?

Ok cerita pasal preparation, semalam ajak hubby pegi beli some items lah. tambah2 yang mana belum ada. 1st place, pegi ke MumDreams dekat Seksyen 20. nama jer duduk Shah Alam tapi berpusing2 jugak la nak carik tempatnya hohoho.

Tapi rugi betol lah aku pegi lambat. dalam majalah Pa&Ma kan ada promotion kan. dapat voucher tapi sampai 28th Feb jer kan. boleh aku tak perasan! rugi giler. pegi dah 1st March so the promotion ended sudah. hisshhhh rugi rugi rugi. tapi nak tak nak terpaksa beli lah jugak. tak banyak pown barang yang dibeli. just:
  • Bengkung
  • Maternity bra
  • Disposable panties

Tak larat dah haii nak mencarik lagi. so ambik jer lah yang mana hado. kedai dia pown tak besar mana lah.

Pastu pegi ke OneBabyWorld dekat Seksyen 13. new outlet ni. keluar jer dari lift tengok pintu kedai tutup. tertera di situ:

Business Hour: 10am - 7pm

Kami sampai pukul 7.05pm! wahhhh lambat 5 minit lah pulak.. lagipown dalam Pa&Ma tak mention pown business hournya. ahh rugi.

So balik rumah, terus on lappy, kita buat online shopping sajer lah. niat di hati mau beli Steriliser & Warmer dekat OBW. so tercapailah niat di hati. tambah order for drying rack kasi cukup 200 so shipping cost is free kan. then order & paid. tunggu barang sampai depan rumah, settle!

Internet is very helpful lah kan hohoho.

Now barang yang belum ada for maknya adalah:
  • Set bersalin n segala ubat sapu atau ubat makan - masih berfikir sedalam2nya mau beli set yang mana.

Yang kurang penting, kami abaikan dulu lah. beli yang mana betul2 needed saja. betul2 keperluan. kehendak can be fulfilled later kan?

So lepas ni kalo ada sale lagi, TOLONG JANGAN INGATKAN AKU hahahaha.

So Tata.

‎10 Info Tentang Bayi Yang Anda Tidak Tahu

Another good info to be shared.
  1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.
  2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.
  3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.
  4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.
  5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.
  6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.
  7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.
  8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.
  9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.
  10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel ♥
By: LifeFit.my


**********************

I love to read all those amazing facts about babies. menarik. rasa kagum giler :)

So Tata.

Thursday, March 1, 2012

"Abang Nikahlah Lagi Satu.. Saya Izinkan...."


Owwwww so touching la uollssss :')

So Tata.