Monday, October 17, 2011

Eii Nakalnya Dia!

Jumaat lepas, macam biasa drive pegi opis. kat tengah jalan kete banyak pown macam biasa. tapi yang kurang biasa sikit sebab ada accident. takde orang cedera kot. ala accident biasa pakat cium2 bontot agagaga. kete pown sume dah alih ke tepi. polis peronda pown dah ada. pastu nampak driver tengah pot pet pot pet claim sape salah kot. tapi aku jeling2 jer lah hahaha konon berhemah.

Pastu traffic light dah hijau, aku pown tekan la minyak. kete depan pown dah laju sebab traffic light dah lama hijau.

Tiba-tiba.

Tiba-tiba.

Tiba-tiba!!

Kete depan brek. aku pown turut sama brek (eh camne bunyi brek? hahaha) emergency brek ni. betul2 mengejut sampai aku pown ke depan rapat sampai stereng, handbag aku tergolek, bekal2 aku tergolek jatuh ke bawah. astaga....... cepat2 aku tengok kete belakang. dia pown sama brek mengejut sampai barang tergolek ke bawah (aku nampak dia kutip balik). aku risau 1 jer. risau dia pulak yang cium bontot kete aku agagaga. nasib baik lah takde apa2.

Bengang jer aku masa tu. aku tak rasa salah kete kat depan aku. rasanya kete depan lagi or depan lagi yang buat hal. cap ayamas betol. nasib baik tak jadi apa2 yang membawa padah. syukran ya Allah.

Tapi..

Tapi...

Tapi!!

Perut sakit giler! kesan dari sentakan seat belt. senak. rasa pedih2 jer. mula2 sakit dekat ari2. pastu sakit dekat atas. tengah2 perut. tekan2 pown sakit. risau sangat masa tu. sampai lunch pown still sakit. lebih2 lagi time jalan. time duduk2 tak rasa sangat. then ingat masa lunch tu nak pegi klinik. tapi tahan lagi sampai petang. after office hour terus pegi klinik yang biasa pergi.

Pastu jumpa doc. ngadu lah perut sakit segala.

D: Ya puan, kenapa rasa tak sihat ke? (sambil jeling perut aku. sebab last pegi sini masa nak confirm preggy. dulu pown masa keguguran jumpa dia jugak)
A: Bla bla bla bla (cerita pasal kejadian pagi tu)
D: Ada pendarahan ke?
A: So far tak ada lah.
D: Ok u baring lah. kita cek (best best best. boleh tengok baby!)

Doc bukak mesin scan sume, letak kat perut and start scan.

D: Ok ni baby awak. ni kepala dia mengadap bawah, kedudukan macam tengah sujud.
A: Eh hari tu saya scan kepala dia ke atas doc.
D: Memang macam ni. setiap kali scan kedudukan dia boleh berubah2. hari ni kita scan macam ni. esok2 mungkin dia mengadap atas pulak.
A: Ooooo

Tiba2 baby pusing badan dia mengadap atas.

A: Eh dia pusing lah!
D: Ha'ah dia pusing tengok atas pulak. aktif betul ni.
A: Tu tangan dia gerak eh?
D: Ha'ah tu tangan dia. ni tangan ada 2. kita kira jari dia eh. 1,2,3,4,5. ok cukup. kita ukur kepala dengan perut plak.
A: (Fokus. tengok dengan perasaan kagum)
D: Ini tulang leher dia, tulang belakang dia, tulang mata. ni yang kelip2 jantung. yang kat bawah kelip2 jugak ni tali pusat.
A: Tali pusat pown kelip2 yer?
D: Ha'ah sebab dia kan bla bla bla bla (tak paham lah istilah scientific yang dia cite). ok kita ukur tulang peha plak.

Baby pulak duk pusing sana pusing sini. kejap ngadap atas kejap ngadap tepi (ibarat macam tengah tengok kamera). kaki duk silang2 gerak2.

D: Susahnya nak ukur tulang peha dia ni. kaki duk silang2. gerak sana gerak sini.
A: Hehehehe (gelak jer manjang aku tengok)
D: Measurement dia pown lari sikit ni sebab susah nak ukur.

Bila dah habis ukur sume tiba2 baby pusing ke bawah balik.

A: Eh dia pusing bawah balik lah!
D: Hmmm tak duduk diam ni.

Tiba2 dua2 kaki dia menendang. 2 kali.

A: Dia tendang ye doc?!
D: Em dia marah orang kacau dia la tu.
A: Hehehehehe

Comelnya..... dia tendang2 yer. tapi tak rasa pown. huhu. doc pown cakap dari segi fizikal semua nampak normal. yang sakit tu maybe otot jer. syukur alhamdulillah :). so last pica yang doc snap pown gambar baby tengah meniarap. but snap balik guna henpon, so tak clear sangat lah.

Nakal yer! ;)

Tengah drive nak balik tu tetiba rasa gedebuk macam ada benda tumbuk dekat perut. is it a baby kick??

=))

So Tata.

5 comments:

Reen Tart Nenas said...

kena lebih berhati2 nie bila drive :)

Khumaera Ismail aka Habibi Hamid said...

jaga diri dn baby elok2 =)

luvira said...

minggu lepas pon bontot kete ira dah selamat dicium oleh kereta belakang...sama macam mai lar, kete depan brek emengency, ira brek, tapi org blakang tak sempat brek... lalu...debusshhh, alhamdulillah, baby seme ok.. ;)

safiyyah osman said...

baby tgh sujud...:)..hati2 kak...jln sum kena extra carefull...xsabar nk tgk baby!akak byk mkn benda mnis time nk scan ..lgi baby aktif..hihihi

Asfiza said...

cutenyer :)

salam perkenalan dari asfiza

http://asfizashary.blogspot.com