Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, January 11, 2012

Roasters Eating Day (RED)


Promotion! promotion! promotion!

Wear RED
Clothing / Footwear / Accessories
+
BUY 1 Kenny's Quarter Meal
=
Free 1 Kenny's Quarter Meal

11 January 2012
1 hari sahaja yer!

*Others Terms & Conditions ~ Refer pamphlet yer*

Moh ramai2 pergi serbu Kenny Rogers Roasters!

So Tata.

Tuesday, January 10, 2012

Naik Banyak Susah, Naik Sikit Sangat Pown Susah..

I just came back from KK, doing my monthly checkup. now sudah 30 weeks n kena minum air gula lagi sekali. perghhhh sampai sekarang duk terasa perittt lagi tekak ni. tobat surrender lah. tolonglah jangan bagi aku minum lagi oiiii.

Result checkup hari ni:

Berat: Naik 0.8kg sahaja!
HB: Naik to 11.9
Uri: Atas <-- masa 3 bulan hari tu uri bawah. alhamdulillah dah naik
Others: Ok2 saje

Ok supposedly berat haruslah naik secara konsisten iaitu 2kg/month. ini dah preggy lebih dari 7 bulan pown, berat naik tak sampai sekilo! nak kata aku tak makan, eh makan!

Tapi salah aku lah.. aku selalu skip:
  • Vitamin
  • Susu

Malas punya pasal lah. last2 tengok, berat pown susah nak naik. believe me or not, sepanjang preggy 30 weeks ni, i just gained 5.6 kilos! tak normal tak normal. kalo orang lain dah berkilo2 ni.

Haishhh riso. tapi doc n nurse tak ceramah aku pown?? hohoho.

30 weeks. Ewah ewah posing macam nak patah pinggang hahahaha.

So Tata.

Friday, January 6, 2012

Koleksi Kalendar 2012

Tahun baru dah beberapa hari berlalu tapi baru ingat nak tukar kalendar hehehe.

Tahun 2012 ni banyak benau kalendar yang aku dapat. bila dah banyak sangat, nak pilih pown dah berpinau bijik mata. alah kalendar jer pownnn. tu pown nak kecohhh! herherher.


Kalendar 1:
Goodyear - from hubby.


Kalendar 2:
Subway - masa makan bulan 12 hari tu. dekat kalendar ni tiap2 bulan ada voucher. buy 1 free 1 n macam2 lagi. best :D


Kalendar 3:
Pureen - mesti ramai yang dapat ni kot. masa Expo kat Midvalley.


Kalendar 4:
ALFA College - Dapat masa kat Expo Midvalley jugak kot. yang ni kecik comel jer.


Kalendar 5:
Haaa yang ni pown dapat kat Midavelly hari tu. dapat 3 lagi. 1 dah bagi kawan opis, 1 lagi aku guna. akhirnya yang ni jugak aku pilih sebab comel ada gambar baby dekat every page. baby mat saleh uollss. untung2 terkenan. i tak nak kenan banyak. kenan tang mata kaler biru hijau udah ler herherher :D


So goodbye old calendar! this one from Prudential.

So Tata.

Mak Buyung Tak Senonoh

Sangatlah awesome bila menikmati eskrem sejuk2 time cuaca panas2 ni.


Dan lebih nikmat lagi jika...


...makan terus dari bekasnya! harharhar.

So Tata.

Baju Baby Atas Rak

48 Hours Sticky Post
Please Scroll Down for Latest Update

***********

My adik sayang Piya dah bukak bisnes on9. yang bestnya bisnes baby2! eh bukanlah jual baby. giler ke hape herherher. jual barang baby lah..


Haaa.. nama pown dah stylo! hehehe. macam2 ada kat sini. nak tau lebih lanjut silalah terjah :)

And sempena pembukaan ni, kedai dia ada buat Baby Cute Contest.



Syarat-syarat penyertaan:

  1. Terbuka kepada baby yang berumur dari 1bulan ke 2tahun.
  2. Sila letakkan banner contest di sidebar blog anda dan entry anda.
  3. Anda hendaklah menjadi Follower blog BAJU BABY ATAS RAK.
  4. Buat entry tentang contest ini dan link back ke entry ini.
  5. Sertakan sekeping gambar sahaja dalam entry anda.
  6. Terbuka kepada anak sendiri/anak saudara/adik anda.
  7. Anda dikehendaki menwarwarkan hadiah yang bakal dimenangi di dalam entry anda.
  8. Sila nyatakan nama anda, nama baby dan tarikh lahir baby.
  9. Anda mesti TAG sekurang-kurangnya 4 orang untuk join contest ini.
  10. Tinggalkan link entry anda di kotak komen.

Hadiah yang bakal dimenangi:

Pemenang Tempat Pertama (owner blog):

Jika pemenangnya lelaki,
Akan menerima SEHELAI T-SHIRT HATE HERO.

Jika pemenangnya perempuan,
Akan menerima SEHELAI DRESS + SEHELAI SHAWL

Pemenang Tempat Kedua (owner blog):

Jika pemenangnya lelaki,
Akan menerima SEHELAI TSHIRT BAND.

Jika pemenangnya perempuan,
Akan menerima DUA HELAI SHAWL.

*Pemenang hanya seorang*
*Kalau perempuan dapat hadiah untuk perempuan.. dan sebaliknya... harap maklum*

Pemenang tempat pertama (baby):

Akan menerima
2HELAI ROMPERS + 2 PASANG BURSHA + 1PASANG TIGHT

Pemenang Tempat Kedua (baby):

Akan menerima
SEHELAI ROMPERS +1PASANG BURSHA

***********
Sebarang pertanyaan sila email directly kepada pihak Baju Baby Atas Rak di:
safiyyahosman@gmail.com

Boleh jugak add mereka di Facebook:

Tarikh Tutup Penyertaan Pada:
8 Februari 2012

So u guys, apa lagi. moh la join ramai2. untung2 boleh menang!

So Tata.

Thursday, January 5, 2012

Mamalove Warehouse Sale

Hari tu punya post pasal sale dekat Kota Kemuning ni tak clear sangat kan. jangan kata korang, aku pown tak nampak apa yang dia tulis dekat bunting tu hehehe.


But kali ni i berjaya snap dengan jelas dan nyata! <--- siap suruh hubby berhenti tepi jalan sampai kena hon ok. but never mind, nak dapat info lengkap punya pasal :D

Ok yang tu tak clear sangat kan. aku pown banyak sangat lah masa that time, aku ajak hubby pusing cari tempat sale ni bakal diadakan. kami ikut jer banner yang dia gantung dekat tepi jalan tu. ikut punya ikut sampai lah ke tempatnya..


Kalau tak clear meh sini aku bagi clear punya!

Promosi Penghabisan Gudang
*Harga Dari RM9.90*
6-8 January 2012 (10am - 6pm)

Brand Mamalove, Sweetheart (Paris)

No 21 Jalan Anggerik Mokara 31/47
Seksyen 31, Kota Kemuning
40460 Shah Alam, Sel
Tel: 012-295 0079

*Car Seat*
*Baby Swing*
*Baby Walker*
*Children Bicycle*
*Battery Car*
*Stroller*
And many more

Clear? so jom lah kita serbu! untung2 berbaloi ;)

P/s: Start besok ni tau!

So Tata.

Storage Box

Yang sobona eh aku takmo guna bekas macam ni nak letak baju baby. nak guna bakul yang ada lubang2 tu, pastu ada penutup. tapi apesal susah beno nak jumpa ha? ada lah jumpa kat Mydin tapi kecik sangat. yang beso takde pulak.

Last2 aku angkut jugak lah storage box macam kat bawah ni.


Yang besau untuk baju, yang kecik untuk letak barang grooming or whatever lah. aku nak ambik kaler hijau, tapi takdelah pulak. yang ada pink jer. hubby kata biru lagi cantik. baiklah :D

Sebenarnya nak yang lebih kurang macam ni.

Macam bakul nak pegi picnic lah herherher

Tapi yang aku jumpa ni kecik. nak yang lagi besau. tak tau lah nak cari kat mana.. sebenarnya malas nak mencari hehehe. tapi kalo korang ada jumpa, leh share tak mana nak beli? storage box yang dah beli tu boleh buat isi barang lain. thanks!

So Tata.

Wednesday, January 4, 2012

Newborn Diapers

Daripada pembacaan, pemerhatian dan juga survey yang telah dibuat, we decide untuk beli diapers dari pelbagai brand.

Ramai orang kata newborn baby ni kulit dia sensitif lain macam. so ketahanan kulit dia pown kita belum tau lagi. kalo jenis ok, tak sensitif sangat, pakai apa brand pown tak apa. tapi kalo yang betul2 sensitif tu, kena lah cuba jaya yang mana 1 diapers yang betul2 sesuai dengan dia.

So antara banyak2 diapers yang terjual di pasaran, aku dengar diapers yang paling elok (for most babies) n also paling mahal jugak aku rasa adalah brand Mamy Poko.


Kalau tak silap kami beli hari tu harga dia dalam RM26.90 kot. ada 30 pcs. yang ni beli kat Carrefour.


Drypers soft ni pown kawan aku kata ok (for anak dia lah). sebab katanya masa dalam pantang dia guna Mamy Poko jugak. after pantang dia tukar ke Drypers (of course sebab Mamy Poko mahal bebeno). so boleh lah kalo nak cuba kan. yang ni harga dia dalam RM14.90 kot for 28 pcs. ni pown beli kat Carrefour jugak.

Banyak giler beza harga 2 brand ni kan?


Petpet pown kira ok jugak lah. yang ni harga betul2 aku lupa dah. beli kat Mydin.

Antara 3 brand ni, Petpet lah yang paling aku berkenan. sebab kaler packagingnya menarik herherher.


So for the time being, cukup dulu lah 3 pack ni. ni pown aku rasa dah banyak hohoho. nak beli banyak2 lagi pown risau membazir coz banyak dengar pengalaman orang kata baby cepat naik badan n cepat sangat tak muat.

Kita cuba jaya dulu lah tengok mana 1 baby berkenan. untung2 dia serasi dengan yang murah. senang poket maknya untuk berbelanja di kemudian hari harharhar.

So Tata.

Tuesday, January 3, 2012

Thermos. Merah Nyahh

Kat umah kami sekarang tak ada thermos la uolls. thermo pot takde, jug kettle pown tarak. jadi mau minum air panas masak pakai cerek saje. mau jimat letrik kata suamiku. baiklah :D

Jadi sempena bakal menyambut budak kecik baru dalam family ni, aku rasa perlu lah ada thermos. eh tapi apesal aku beli yang travel punya saiz eh? hohoho. patutnya kena ada jugak thermos besau sikit for home use. kan?


Dah selamat beli from Cosway! ooo nama dia vacuum flask yer. baru ku tau :D

Mulanya ingat nak masuk tengok jer. aku pown tak tau Cosway ada jual ke tidak yang macam aku nak. tapi rezeki, memang ada.


Dwi-function, hot n cold.


Ada pouch. senang nak bawak ke mana2.


Yang paling best sebab kalernya meraahhh!! herherher. tak sangka pulak ada kaler ni eh. biasa aku tengok kaler silver jer. rezeki rezeki :P


Harga RM16.90. kecik tinonet aje. kalo ada yang besar jenis macam ni kaler macam ni aku dah rembat sekali dah masa tu hehehe.

**********
S: Akak ada anak kecik ke?
A: Baru nak ada ni. dalam perut
S: Eh akak pregnant ke???
A: Nape tak nampak macam orang pregnant ke?
S: Ha'ah.. tak nampak pown kak. hehehe

Ok fine! T___T

So Tata.

Memang Memudahkan



Jalan depan Proton ni memang tempat yang tersangatlah jammed. ditambah pulak dengan pembaikan jalan yang tak siap2 dari hari ke hari. lama giler dah. aku rasa makan tahun jugak lah nak tunggu jalan ni siap. now kira ok lah, tapi belum 100% siap lagi.

Now jalan dah besar, dah tar baru.. smooth jer bila lalu. baru betul jalan di ibu negeri ye dak?

Tapi even jalan dah siap pown, masalah jammed masa peak time tu tetap jugaklah berlaku. sebabnya part of them nak masuk ke simpang, part of them nak go straight. so memang bersesak2 lah. bila ada polis ok lah sikit tapi kadang2 aku rasa macam tak efisyen pown. macam bertambah sesak pown ada.

But now dekat simpang tu dah ada traffic light!


Memang tersangatlah memudahkan. tak payah lagi mereka2 dari simpang depan tu berhimpit2 nak masuk. n 1 yang aku suka pasal sistem baru dorang ni, bila yang depan ni nak masuk simpang, kereta dari belah lagi 1 pown jalan sama.


Datang dari sini


N keluar kat depan ni. bila turn kami yang straight jalan, they have to stop. so takdelah bersesak dengan kami yang tengah straight.

Tiada lagi masalah jammed bila pulang dari kerja. i loikeee :D

So Tata.