Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Showing posts with label Baby's Stuffs. Show all posts
Showing posts with label Baby's Stuffs. Show all posts

Sunday, March 11, 2012

Expo di Midvalley Yang Sangat Mengecewakan!

Tak seronok, tak best, tak banyak stall pown!

Okeh story dari awal lah.

Mulanya ingat tak pegi dah. tapi bila pk2, ada lah nak survey some items. kot lah berbaloi dengan harganya. hubby keje, so aku bawak both my brothers yang kebetulan ada kat rumah sekarang. nasib baik ada orang yang boleh escort.

Jadinya awal2 pagi dah gerak dari rumah. pukul 8 lebih gerak, sampai midvalley kurang lebih pukul 9. saje gerak awal sebab nak elak jam, senang carik parking. expo start at 10 so lepak lah dekat foodcourt kat atas tu kurang lebih sejam! sepanjang menunggu 2 kali jugak lah aku ke toilet hahahaha.

Almost 10 am, dah penuh dah orang beratur. dekat bahagian goodies bag dah panjang dah. aku beratur sebelah satu lagi. malas lah nak ambik goodies bag tu (berlagak giler hahaha). so then after bukak jer pintu expo, terus menerjah kami ke dalam. tengok kiri tengok kanan.

"Eh hall belah kanan pesal sales hush puppies pulak?"

Pegi lah ke hall belah kiri. terus tuju ke Mamy Poko punya booth. orang kata murah so nak ngetest lah tengok. sampai jer, terus ambik 2 paket saiz s. harga adalah RM28 each. berapa pcs entah 1 paket tu. murah kot coz ramai yang beratur? tapi last time punya expo lagi best sebab dapat free bolster. ahhh rugi pulak tak beli dulu hohoho.

Pastu jalan n jalan n jalan. pusing pusing n pusing. booth sikit giler! tak seronok langsung!! barang i tell u la eh... most of them adalah MAHAL. tak rasa macam expo pown.

Contoh: MumDreams punya booth <-- bukan nak kondem yer tapi kenyataan

Aku baru jer pegi kedai MumDreams dekat s20 last week n i bought 1 maternity bra. harga dekat kedai lebih kurang 50-60 kot. tapi dekat sana dalam 80-90! seriously beza kan?!

Even dorang ada bagi less 10% still masih mahal dari harga sebenar. sangat disappointed lah kan.

Brand2 popular like Avent, Tommee Tippee sume tak join. tak syok langsung. so i just bought 2 Mamy Poko's diapers and baju baby Pureen 3 helai. pukul 10.45 am dah blah. boringgggg!

Then call hubby bagitau dah nak balik. dia pown heran pesal cepat sangat hahaha. tapi hubby gtau dekat SACC Mall ada buat sale Anakku. pegi lah katanya. aku apa lagi! hahahaha.


Not bad lah kat sini. banyak baju murah2. i beli lah 4 helai t-shirt n 1 set baju. t-shirt sume 10 hengget. kain lembutnya mak aihhh. anakku lah katakan :D

Sale ni sampai hari ni (11 March 2012) jer yer!

Pastu belanja adik2 makan pizza promotion 50% (hehehe!), then balik.

Ehem2, nak tengok latest mak yong2 tak??


Membesar bagai juara!

So Tata.

Friday, March 2, 2012

Everything Is Almost Settled..

Kalau ikut EDD asal i am now almost 38 weeks of pregnancy. tapi bila ditolak balik dengan EDD baru, jadi lah 36 weeks + 2 days.

But alhamdulillah, barang baby 100% settled sudah. so now bila ada sale ke apa ke terpaksalah buat2 pekak telinga butakan mata hohohoho. kalo pegi nanti berterbangan lagi fulusnya. banyak ni kena jimat.. i will be jobless for 2 months masa confinement nanti hokeyy. gaji tarak jadi 100% monthly expenses haruslah ditanggung oleh hubby sensorang. parahhh ooooo.

Ok takpe, rezeki anak insyaAllah ada nanti kan?

Ok cerita pasal preparation, semalam ajak hubby pegi beli some items lah. tambah2 yang mana belum ada. 1st place, pegi ke MumDreams dekat Seksyen 20. nama jer duduk Shah Alam tapi berpusing2 jugak la nak carik tempatnya hohoho.

Tapi rugi betol lah aku pegi lambat. dalam majalah Pa&Ma kan ada promotion kan. dapat voucher tapi sampai 28th Feb jer kan. boleh aku tak perasan! rugi giler. pegi dah 1st March so the promotion ended sudah. hisshhhh rugi rugi rugi. tapi nak tak nak terpaksa beli lah jugak. tak banyak pown barang yang dibeli. just:
  • Bengkung
  • Maternity bra
  • Disposable panties

Tak larat dah haii nak mencarik lagi. so ambik jer lah yang mana hado. kedai dia pown tak besar mana lah.

Pastu pegi ke OneBabyWorld dekat Seksyen 13. new outlet ni. keluar jer dari lift tengok pintu kedai tutup. tertera di situ:

Business Hour: 10am - 7pm

Kami sampai pukul 7.05pm! wahhhh lambat 5 minit lah pulak.. lagipown dalam Pa&Ma tak mention pown business hournya. ahh rugi.

So balik rumah, terus on lappy, kita buat online shopping sajer lah. niat di hati mau beli Steriliser & Warmer dekat OBW. so tercapailah niat di hati. tambah order for drying rack kasi cukup 200 so shipping cost is free kan. then order & paid. tunggu barang sampai depan rumah, settle!

Internet is very helpful lah kan hohoho.

Now barang yang belum ada for maknya adalah:
  • Set bersalin n segala ubat sapu atau ubat makan - masih berfikir sedalam2nya mau beli set yang mana.

Yang kurang penting, kami abaikan dulu lah. beli yang mana betul2 needed saja. betul2 keperluan. kehendak can be fulfilled later kan?

So lepas ni kalo ada sale lagi, TOLONG JANGAN INGATKAN AKU hahahaha.

So Tata.

Wednesday, February 29, 2012

Masih Lagi

Assalamualaikum dan hai =))

Eh belom belom belom! i belom beranak lagi lah! perut masih lagi membuncit dengan jayanya herherher .saje jer menyepi. kasi lama2 sikit lah macam biasa hohoho.

Baaaaanyaaaak sangat benda yang berlaku sepanjang hibernasi i ni. eceh hibernasi uollssss. tapi malas lah mau cerita 1-1. later2 lah kalo i rajin. apa pown, pengalaman mematangkan kita!

So now...

Progress barang baby: COMPLETE

Progress barang berpantang maknya: NOT YET COMPLETE

Malas rasanya nak sediakan barang dah. boleh? jalan pown dah macam penguin. kalo g keje control lagi lah cara berjalan tu. balik jer rumah dah macam hantu mak lampir gaya jalannya. sampai hubby pown risau tengok sebab teruk sangat berjalan sampai kena pegang dinding hahahaha.

Nasib baik lah barang for baby dah settle.


Baju pown dah basuh eh tapi ada lagi sikit lah belum dicuci agagaga. baju baby dah sedia dalam beg. baju mak nan hado. nanti lah yer.

Ticker kat atas tu kena tukar sebenarnya.

EDD asal: 18-03-2012
EDD baru: 28-03-2012

Doctor tambah lagi 10 days. so now baru 36 weeks lah jadinya. hoh makin lambat yer? tak apalah walau macam mana pown beranak itu PASTI. cuma tarikhnya kita berserah saje lah.

Rindu tak kat my baby? sebelum tu, MUTE the sound please :D


Seeeee!! senak perut uollsss. i am always wondering what is he/she doing inside my tummy ha? 

P/s: 29 February 2012. kalo beranak hari ni, 4 tahun sekali lah boleh sambut birthday yer? :D

So Tata.

Thursday, January 5, 2012

Storage Box

Yang sobona eh aku takmo guna bekas macam ni nak letak baju baby. nak guna bakul yang ada lubang2 tu, pastu ada penutup. tapi apesal susah beno nak jumpa ha? ada lah jumpa kat Mydin tapi kecik sangat. yang beso takde pulak.

Last2 aku angkut jugak lah storage box macam kat bawah ni.


Yang besau untuk baju, yang kecik untuk letak barang grooming or whatever lah. aku nak ambik kaler hijau, tapi takdelah pulak. yang ada pink jer. hubby kata biru lagi cantik. baiklah :D

Sebenarnya nak yang lebih kurang macam ni.

Macam bakul nak pegi picnic lah herherher

Tapi yang aku jumpa ni kecik. nak yang lagi besau. tak tau lah nak cari kat mana.. sebenarnya malas nak mencari hehehe. tapi kalo korang ada jumpa, leh share tak mana nak beli? storage box yang dah beli tu boleh buat isi barang lain. thanks!

So Tata.

Wednesday, January 4, 2012

Newborn Diapers

Daripada pembacaan, pemerhatian dan juga survey yang telah dibuat, we decide untuk beli diapers dari pelbagai brand.

Ramai orang kata newborn baby ni kulit dia sensitif lain macam. so ketahanan kulit dia pown kita belum tau lagi. kalo jenis ok, tak sensitif sangat, pakai apa brand pown tak apa. tapi kalo yang betul2 sensitif tu, kena lah cuba jaya yang mana 1 diapers yang betul2 sesuai dengan dia.

So antara banyak2 diapers yang terjual di pasaran, aku dengar diapers yang paling elok (for most babies) n also paling mahal jugak aku rasa adalah brand Mamy Poko.


Kalau tak silap kami beli hari tu harga dia dalam RM26.90 kot. ada 30 pcs. yang ni beli kat Carrefour.


Drypers soft ni pown kawan aku kata ok (for anak dia lah). sebab katanya masa dalam pantang dia guna Mamy Poko jugak. after pantang dia tukar ke Drypers (of course sebab Mamy Poko mahal bebeno). so boleh lah kalo nak cuba kan. yang ni harga dia dalam RM14.90 kot for 28 pcs. ni pown beli kat Carrefour jugak.

Banyak giler beza harga 2 brand ni kan?


Petpet pown kira ok jugak lah. yang ni harga betul2 aku lupa dah. beli kat Mydin.

Antara 3 brand ni, Petpet lah yang paling aku berkenan. sebab kaler packagingnya menarik herherher.


So for the time being, cukup dulu lah 3 pack ni. ni pown aku rasa dah banyak hohoho. nak beli banyak2 lagi pown risau membazir coz banyak dengar pengalaman orang kata baby cepat naik badan n cepat sangat tak muat.

Kita cuba jaya dulu lah tengok mana 1 baby berkenan. untung2 dia serasi dengan yang murah. senang poket maknya untuk berbelanja di kemudian hari harharhar.

So Tata.

Tuesday, January 3, 2012

Thermos. Merah Nyahh

Kat umah kami sekarang tak ada thermos la uolls. thermo pot takde, jug kettle pown tarak. jadi mau minum air panas masak pakai cerek saje. mau jimat letrik kata suamiku. baiklah :D

Jadi sempena bakal menyambut budak kecik baru dalam family ni, aku rasa perlu lah ada thermos. eh tapi apesal aku beli yang travel punya saiz eh? hohoho. patutnya kena ada jugak thermos besau sikit for home use. kan?


Dah selamat beli from Cosway! ooo nama dia vacuum flask yer. baru ku tau :D

Mulanya ingat nak masuk tengok jer. aku pown tak tau Cosway ada jual ke tidak yang macam aku nak. tapi rezeki, memang ada.


Dwi-function, hot n cold.


Ada pouch. senang nak bawak ke mana2.


Yang paling best sebab kalernya meraahhh!! herherher. tak sangka pulak ada kaler ni eh. biasa aku tengok kaler silver jer. rezeki rezeki :P


Harga RM16.90. kecik tinonet aje. kalo ada yang besar jenis macam ni kaler macam ni aku dah rembat sekali dah masa tu hehehe.

**********
S: Akak ada anak kecik ke?
A: Baru nak ada ni. dalam perut
S: Eh akak pregnant ke???
A: Nape tak nampak macam orang pregnant ke?
S: Ha'ah.. tak nampak pown kak. hehehe

Ok fine! T___T

So Tata.

Wednesday, December 28, 2011

Tempahan Barut

Hari Jumaat minggu lepas lagi dah dapat. baru sempat nak update pasal ni. i bought it HERE.

Sume aku tempah 3 set x 5 pcs/set = 15 barut. semuanya jenis bertali. mulanya ingat nak try yang zap on tapi risau lah nanti kena kulit baby takut sensitif pulak. maknya ni kulit sensitif.. mana la tau turun kat anak pulak hohoho.


1 set of cotton flannel bercorak. saiz M = RM24/set.

Corak sume aku tak pilih sebab aku macam pening sikit lah hohoho. last2 aku suruh jer Kak Mazlina yang pilihkan. yang penting kaler merah, hijau n biru.


1 set of cotton flannel (plain). saiz M = RM23/set.

Yang ni pown aku tak pilih kaler. tak kisah sangat lah. janji kainnya ok.


And 1 set of cotton putih. saiz S = RM18/set.

Memang aku sengaja beli 2 saiz. mulanya ingat nak beli saiz L, tapi bila ditanya dekat Kak Mazlina ni, dia kata L is too big for a newborn. takut jadi baju pulak nanti hahaha. so its ok lah, ambik S n M. ni pown dah besar aku tengok.


Then aku beli tungku herba baby ni for RM16. kecik tinonet jer. lebih kurang separuh tapak tangan jer kot.


So ada sesiapa berminat nak order? :)

So Tata.

Tuesday, December 27, 2011

What A Looooong Weekend


Today orang dah start keje. but me still terbongkang dekat rumah. not feeling well lah. so total cuti untuk hujung minggu ini adalah 4 hari! giler tak bosan???

Sabtu - di rumah
Ahad - pagi: di rumah, petang: di Mydin
Isnin - di rumah lagi
Selasa - MC + di rumah lagi dan lagi dan lagi

Ahad jer masa berjimba sebentar dengan hubby di Mydin. the other day, he's working sobsobsob.

But never mind, macam lah tak biasa ye dak?

So that Sunday, we went to Mydin to buy some stuffs. lama jugak tak pegi sana. dulu sokmo lah pegi coz dekat. now bila dah stay kat Jalan Kebun, quite far jugak lah. beli barang dapur pown selalunya dekat Econsave sini jer.

Alang2 dah pegi Mydin ni, kita skodeng lah baby's stuff sekali ye dak? then jalan punya jalan, ambik serba sikit barang yang perlu, jumpa pulak baby cot yang comel ni.


Terus teringat dekat Ira coz dia ada post dekat blog dia pasal baby cot yang lebih kurang macam ni lah kot. the price is RM200++. sumpah lupa the exact price. masa tu ingatkan boleh ingat. rupanya mak dah tua la uollssss. ampun :D


Dah lama carik set macam kat atas ni. such a cuteeyyyy! kaler blue + pink gittewww. like like like ;)


Nappy liners ni sesaje jer beli. nak test dekat baby nanti. kot lah sesuai kan. kalo tak sesuai pown tak lah terasa sangat coz just RM6.90. kalo ok, boleh jimat dekat napkin pakai buang nanti kan?

And some other small things lah. bila update baby's checklist, alhamdulillah dah banyak settle. almost 90% i can say. just small2 thingy jer yang perlu add up lagi.


Target dari rumah. yummmyyyyy!!!

So Tata.

Thursday, December 22, 2011

Bedding: Tempah Sarung Tilam & Bantal


I bought this set for RM75

Saiz tilam ni ngam2 untuk baby coat. tapi dah ada set tilam, masalah bab sarung pulak. hari tu dah tanya MIL boleh tak dia tolong buatkan. dia kata boleh. but bila di pk2 balik, rasa macam nak tempah jer lah. macam menyusahkan MIL plak kan.

Bila kira2 total harga untuk sume ni, still ok lagi lah.

Lagipown tempat yang aku nak tempah tu ada banyak design yang comel lote menarik tertarik. kalo nak beli sendiri macam tak reti la pulak nak pilih kain hahaha.

N semalam dah settle tempah dah. tak sabo nak dapat nih hohoho. nanti dah dapat aku review yer?

P/s: So for bedding, dah boleh tutup buku :). nanti nak tempah barut pulak. berkenan dengan barut macam Aty tempah. insyaAllah will go for it jer lah :)

So Tata.

Friday, December 2, 2011

Items from Baby KIKO

Some of the items grabbed at Baby KIKO warehouse clearance semalam

Jangan ditanya mana datang 2 orang anak segera ni. kalo tengok gambar dorang, kaki dorang, baju dorang, tangan dorang, rumah bersepah, buat tak nampak jer. deal?

Banyak jugak lah barang yang kami borong semalam. most of them are toiletries macam dekat atas ni. some of them dapat as free gifts jer.

Mesti ada orang kata:

"Kenapa beli banyak sangat benda2 ni. nanti orang bagi hadiah berlambak"

Kalo orang bagi........ kalo tak??? <--- sila jawab.

Lagipown tak mahal mana. macam baby bath tu, aku beli 3 botol, 3 jenis. kalo lah anak aku nanti allergic ke, tak boleh pakai ke, aku bagi la dekat anak2 buah aku yang 4 orang tu. sure habes :D


Baju 4 pasang jer. topi 3 tapi gabak2 sume hahaha. ni sume laki aku punya pasal. sume dia suruh beli yang besar. katanya baby cepat besar. tapiiiii masalahnya aku ukur dekat anak buah aku yang umur 2 tahun lebih pown dekat2 nak muat tau? maunya gelebeh baju2 anak aku nanti hahaha. kena beli jugak lah for newborn punya saiz. taknak banyak beli lah sikit kan.

Topi tu murah jer. kalo tak silap 1=RM6 kot.


Stokin2 ni aku rasa tak murah mana kot. sepasang 4 hengget.


This baby sling just cost us RM20. sempat gak aku rembat 1. bila kitorang datang balik dekat tempat tu, clear. habes sume orang ambik. naseb baik sempat. material dia pown ok. tebal. cuma kaler jer lah yang i kurang berkenan :D


Haaaa yang ni memang aku tau tak patut beli dulu. ala 10 hengget jer pown :P. kalo ikut hubby dia suruh ambik lagi. aku jer yang kuat semangat tahan napsu hohohoho. takpe boleh simpan. nanti2 baby pakai yer :D



Mainan kecik2 tu pown murah jer. snail tu kalo tak silap 5hengget, yang lagi 1 tu, 3 hengget.

Eh2 mana ada banyak. mana adaaaaaa :D. kalo korang yang pegi entah berjela2 lagi listnya :D

Esok kita pegi Pureen punya sale pulak yer.

So Tata.

Baby KIKO Warehouse Clearance

Ok sape nak beli baju longgok2 murah2 banyak2 baik pegi. sume pown tau kot barang baby KIKO ni (especially baju) agak lah mahal. so time dorang buat clearance macam ni lah nak dapat dengan harga murah pown. tapi dengan syarat kena rajin kena sungguh2 kena cekal hati sebab manusia masyaAllah!


See, super clearance tu. 


Sanggup tak bersesak2? kalo sanggup sila lah pegi yer. i sanggup sebab baju sangat murah hohoho. but for newborn or baby yang masih kecik agak limited sikit lah. for children there are lotssss of clothes. tapi dengan syarat pandai pilih n mixed n match lah sebab bajunya macam kat atas ni berlonggok2. baju kat sini, seluar kat sana.

We managed to grab 4 pasang bajus saje. banyak yang besar for budaks2. yang aku beli tu murah, sepasang RM12. sume brand baby KIKO. SEMUA yer.


Toiletries pown ada. yang ni aku hangkut banyak2 hahaha. tengoklah harga dia. botol besar macam tu baru 9-10 hengget. habis sume jenis bau aku ambik hahaha.


Baby wipes, set toiletries for travel, baby oil, baby lotion.

Ada lagi benda lain like baby sling, cotton balls, mainan kecik2 (tak banyak mana lah), diapers bag, kasut, stokin, mitten n booties, topi baby. tapi yang banyak baju lah. yang lain tu minor2 jer.

So what we bought there?

Next entry please! :D

So Tata.

Sales Sana Sales Sini

Memang naik meroyan jugak lah dengan sale yang bersepah2 ni <--- bak kata Aty hahahaha.

But seriously lah, mentang2 dah year end ni, merata2 orang buat sales. memang YES betul lah. tapi bagus jugak for mak-to-be ni kan. dapat lah beli barang murah2 sikit. bukan apa, kalo beli dekat pasaraya like Jusco ke kan, baju baby jer dah 20-30 hengget. tu baru baju, belum kira lain2 item. so bila adanya sales2 macam warehouse clearance ke, its really help lah. banyak sangat dapat save kalo betul cara kita membeli.

Tadi jalan2 dekat 1 web ni, tetiba jumpa berlambak pulak sales. so apa salahnya berkongsi kan? so here u go.


This one dekat Bandar Baru Bangi. still thinking nak terjah ke tak. hubby dah bagi green light. tapi tengok lah dulu.



Haaa yang ni aku tau ramai yang tak sabar2 nak serbu kan? ok see u there mommies!


Toys R Us? not relevan for the time being. lagipown harga toys2nya sangatlah tidak bersesuaian dengan poket kami hohohoho.

Baby KIKO warehouse clearance. aku dah pergi time lunch semalam!! huh banyak jugak lah melayang duitnya. later i share what we bought there yer. worth it lah.


Isnin hari tu ada singgah butik Babyland ni. kebetulan masa tu pergi Summit USJ but masa tu sales ni belum start. so yang ni insyaAllah akan ajak hubby pegi. baju2 dia pown quite ok, takde lah mencekik leher nak membayar.

So mommies, terjah jangan tak terjah! :D

Tapi ingat, yang penting jangan membazir. pergi ke tempat2 yang macam ni rambanggggg jer mata nak ambik sume. but please think wisely. beli barang yang betul2 kita perlu. utamakan KEPERLUAN bukan KEHENDAK. sama2 kita beringat :)

So Tata.

Thursday, November 3, 2011

4th Time: Baby Cot + Stroller

Gigih uollssss. 4 kali pergi tempat sama! Eh2, dulu kata tak suka salessss lalalalala.

But this time aku sangat2 puas hati. lain hari pergi sentiasa lain barang yang dia buat promo. besttttt

Semalam kan aku dah beli car seat. so hari ni menapak lagi untuk beli sroller and baby cot. semalam dah ada target yang mana 1 stroller yang nak beli kan. tapi bila pegi hari ni tetiba dia wat promo untuk stroller yang lebih kurang sama dengan harga yang jauhhhh lebih murah.

Yang penting kalernya mesti la merah :D

It just cost me RM80! sangat sangat sangat sangat suka sebab semalam aku baru jer browse thru web Mudah. and stroller yang sama macam ni sebijik, brand new berharga RM170. banyak giler dapat save. terus tak pk panjang, "Apek, kasi bungkus!" hehehehehe. dia punya handle boleh 2 way, ke depan n belakang.

Then tengok baby cot. baby cot yang aku nak tu dah turun harga laaaa. walaweihhh. from RM182 jadi RM150. pastu ada design yang lagi best pulak tu. siap ada music lagi. best best best.


Tapi kaler merah takde :D. yang ni siapa cepat dia dapat sebab dia jual yang display. but kualiti? tip top yer. takde rosak apa2 lah.

Bajet asal:

Stroller: RM230
Baby Cot: RM182
Total: RM412

Actual cost:

Stroller: RM80
Baby Cot: RM150
Total: RM230

Jimat almost 50%! ok lagi sekali nak kata best :D.

So korang, kalo rasa nak pergi, aku suggest pergi lah. banyak dapat save.

P/s: Eksaited terlebih nampaknya mak buyung sorang ni agagagaga

So Tata.

Wednesday, November 2, 2011

Baby Car Seat

Tadi kata nak beli car seat n stroller kan? tapi lari bajet la pulekkk. dapat ini saje.

 Baby kena suka sebab kaler ni maknya sukaaaa! agagagaga

Takmo lah bagitau harga sebab quite pricey. harga yang lebih kurang sama dekat supermarket. tapi takpelah i memang berkenan uollssss.

Yang murah memang ada tapi ciri2nya agak kurang digemari. lagipown jenis yang aku beli ni lebih kurang macam ni semua harganya. i mean for baby sampai besar (0-4 years). yang murah sikit ada tapi untuk 6 months and above and jenis lagi satu for baby 0-8 months only. yang aku beli ni merangkumi semua. eh macam belit2 pulak explanation aku ni. buat2 paham jer ler..

Bayar tutup mata saje lahhhh.


This one is for RM230. kalo cukup duit tadi dah sapu terus. tapi bajet dah lari dekat car seat. cash in hand dah bo liao. so terpaksa skip dulu. esok plak maybe? wahahaha rajin mak buyung ni nak menapak lagi nampaknya.

Kenapa aku beli semua ni dulu yer? sebabnya dah malas nak pk lagi. budget dah ada, so beli terus lah. kalau tak beli sekarang pown, nanti2 nak kena beli jugak. malas nak mencari dah sebenarnyaaa hehehe. and i dont think that i have enough time for doing all these things lagi lepas ni.

P/s: Aku beli semua ni lepas berfikir berpuluh2 kali. and yes akhirnya kami terpaksa mengakui yang kami memang memerlukan semua ni. insyaAllah berguna.

So Tata.

Bantal dan Tilam Kekabu for My Baby

After pulang dari Warehouse Sale hari tu, terus singgah ke kedai jual bantal kekabu. lagipown memang 1 jalan. i know this kedai pown from my friend yang selalu lalu lalang dekat situ.


Even hujan tetap singgah jugak. susah nak cari masa yang hubby free. lately ni lagi lah jarang dia ada masa. kerja kerja dan kerja. kadang2 rasa stress jugak sebab banyak benda yang tak boleh nak buat sebab dia tak ada. tapi bila lama2 dah terbiasa sangat dah. nasib baik i jenis berdikari uolssss. nak pergi mana2 i pergi sendiri. teringin nak makan apa2 i carik sendiri. uhuk uhuk. tapi tak kesah lah. dia kerja untuk aku, untuk anak dia jugak. ok dah melencong.


Ok kedai ni dekat puchong jer. senang ajer nak jumpa. kalau korang dari putrajaya, exit tol puchong, terus himpit ke kiri n masuk simpang. kedai dia betul2 dekat sebelah simpang tu.

Ada jual kekabu yang belum buat bantal or tilam jugak. harga boleh runding. eceh macam iklan berbayar pulak herherher.

So what we bought there?

Set tilam n bantal for baby: RM75
Bantal peluk (besar): RM28
Bantal tidur siap sarung (besar): RM20 x 2
Total semua: RM143. dapat lagi diskaun 3hengget hehehehe

Tapi harga ni tak tau lah fixed ke tidak. pandai2 korang la nak tawar menawar yer. but still aku rasa sangat2 berbaloi lah. set tilam for baby yang span pown dah RM60. tambah sikit jer lagi dapat yang kekabu. sejuk pown sejuk. tahan lama lagi. tapi depend la kan. ada orang tak suka. but aku dah niat dari awal lagi nak bagi anak aku nanti tido atas tilam kekabu. macam mak dia zaman dolu2 herherher.

Eh gambar tak ada lah. lupa mau snap2. nanti lah kemudian yer?

P/s: Lunch nanti mau pergi lagi la ke warehouse sale itu. mau beli stroller sama car seat. hubby kata pilih jer yang mana berkenan. see? i am really a very terpaksa independent mom-to-be.

So Tata.