Friday, June 10, 2016

Berbuka Hari ke-4

Salam 5 Ramadhan :)

Tak ada apa sangat pun nak story, pasal juadah berbuka jer.
Seronok pulak rasa bila masak, susun elok-elok, snap gambar.
Husband nak usik pun siap suruh hold kejap hahaha..


Main dish semalam.
Ikan kembung sweet sour.
Kebetulan ada beli nenas madu 2 hari lepas (untuk buat ubat batuk anak. nanti aku share macam mana nak buat ye).

 
Alang-alang ada nenas ni, fresh lagi tu, kita potong masuk dalam masakan pun sedap.
Selalunya guna nenas dalam tin je.
Eh nenas madu yang aku beli tu memang betul madu tau.
Murah pun murah.
3 bijik RM5.
Takde la besar, and takde la kecik cenonet sangat.
Sedappp, manisssss.


Ini jer yang aku masak.
Sayur campur takde seri sebab hijau jer semua.
Sayur kaler lain habis stok.
Telur masin mak buat, banyak stok dalam peti ais tu.
Rebus sebijik, nanti lama-lama kang rosak pulak telur tu.
 
 
Ini whole menu semalam.
Lauk dari cafe office: asam pedas ikan pari, masak lemak kepah, sup bebola.
Aku ambik jugak semalam, sebab husband suruh.
Dia kata rugi kalau tak ambik.
Ok dia suruh ambik, jadi dia yang kena habiskan.
Sebab aku tak berapa ada selera nak makan makanan dari cafe time bulan puasa ni.
Tekak nak makan masakan sendiri jugak.
Sedap lain macam pulak rasa air tangan sendiri sekarang ni hahahaha...




Saya punya juadah berbuka.
Alhamdulillah syukur atas nikmat Allah :)

Anak teruna pun makan bertambah walaupun berulang-ulang minum air sebab pedas.
Mak nya pun tak hagak-hagak time masak tu, letak cili padi macam nak makan sorang hahaha..
Nasib baik anak i spoting.

Takpe, Hafiy suka makan pedas. Ibu masak je apa-apa. Ibu masak semua sedap.

Kembang kempis hidung mak :D

No comments: