Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Thursday, June 9, 2016

Puasa, Masak, Makan, Shopping

Salam 4 Ramadhan :)

Niat nak memasak for berbuka and sahur alhamdulillah setakat ni masih berjaya.
Maklum ler awal lagi ni kan.
Takpe takpe kita tengok nanti minggu-minggu depan pulak.
Kalau masih bertahan tu maknanya gua memang hebak muahahaha..

Hari first puasa berbuka rumah mak mertua je.
Sebabnya mintak tolong mak jaga Hafiy that day.
Taska dia dah inform awal-awal yang dorang close on first ramadhan.
So memang akan ke sana jugak, bukak puasa terus la kat sana.
Tapi macam tahun lepas-lepas pun memang selalunya kami sambut puasa pertama dekat rumah mak.

Jadinya.... sempat la singgah bazar dekat rumah mak mertua tu, beli tepung pelita!
Syoknyaaaaa first puasa dah boleh makan kuih feveret. 



Beratur panjang tu biasa.

Tapi dalam ramai-ramai penjual tepung pelita, aku hanya gemarkan INN Tepung Pelita.
Serius sedap.
Tiap-tiap tahun rasa dia duk sama macam tu je.
Takde kurang sedap ke apa.
Then banyak tempat dia bukak (agen dia kot).
So senang la kalau teringin tu.
Kebanyakan bazar dekat Shah Alam ni mesti ada jual.

Jadi petang tu berbuka la kami dekat rumah mak.
Menu biasa la meriah kalau kat rumah mak mertua aku ni.
Sebab ramai kan.
Ada tomyam, kambing kari (kot), kuih buah melaka, popia sayur.
Pastu bila nak balik biasa la, tapau of course :D

Sahur tu senang, panaskan tomyam, goreng telur dadar.
Kenyang, settle.

Second day baru la aku masak sebab berbuka kat rumah.

Haaaa meriah tak meriah tak.
Hebat sangat la kalau sempat masak banyak macam ni.
Sampai rumah pun dah dekat pukul 6, kalau mampu masak banyak lauk gini memang ada membela ke apa hahahaha... 

Takde la.. murtabak tu hubby beli.
Asam pedas ikan patin, sambal udang, sup bebola tu ambik dari cafe office.
Boleh la buat tambah-tambah lauk. 
Office aku ni memang ada sedia subsidi makan untuk lunch untuk semua staff.
Jadi bila bulan puasa ni, kupon makan tu boleh guna untuk tapau lauk-pauk berbuka.

Kalau tak ambik nasik, boleh ambik 3 jenis lauk.
Kalau ambik nasik, 2 lauk je boleh.
Nak ambik nasik buat apa kan, memang nak masak nasik pun kat rumah, lagi best panas-panas hehe..
 

Jadinya yang aku masak just buttermilk prawn dengan ayam masak sos tiram untuk anak teruna. 
First time masak buttermilk prawn ni haa..
Komen suami, kurang butter kurang milk hahaha..
Maap ler, tak boleh rasa kan, first time masak pulak tu, tak reti nak agak lagi.
Mintak halal ler :D


Time macam ni nampak air oren pun lazat bebeno :D

Lauk ikan patin tu beria aku ambik, konon aku pikir laki aku suka.
Sekali kena sound.

Abang mana makan ikan patin. Dah lama kawen tak kan tak tau.

Ok mak sentap.
Macam la dia tu memahami aku sangat hahahaha.. 

Tapi dekat meja makan tak baik bermasam muka, jadi teruskan makan ibarat tiada apa-apa yang terjadi hehehe..

Lauk banyak-banyak pun, bukan makan sangat, yang aku masak jugak yang laku.
Yang tapau dari office tu akhirnya masuk tong sampah, sebabnya tak makan pun.
Membazirrrrrr..... nasib baik free huhuhu.

Then sahur malam tu, aku masak sotong goreng kunyit.
Habiskan sotong yang tinggal secoet je dah.

Esoknya time lunch hour, keluar kejap pergi beli baju raya untuk mak.
Office aku ni tak potong lunch time.
Kalau hari biasa office hour 8.30 pagi - 5.30 petang.
Bulan puasa masa dianjakkan which is 8.00 pagi - 5.00 petang.
Ok la bagi aku.
Office lama lagi teruk, pukul 6 la jugak tak gerak-gerak.
Stress iolls.

Whatsapp dekat mak dua-dua gambar ni, walaupun dah tau dah pilihan dia sebenarnya.
Aku berkenan yang bawah ni ha, kaler maroon macam tu.
Bila pakai tiba-tiba nampak slim.
Padahal puasa baru hari kedua kahkahkah motip sangattttt :D
Tapi tak beli pun lagi yang ni, beli baju kurung jer 1, dengan jubah mak ni.


Berbuka hari ketiga dengan lauk-pauk dan kuih-muih ni.
Takde lauk dari cafe office hari ni, malas nak ambik.
Dari membazir, baik bagi kupon tu dekat kawan.
Roti jala, puding roti karamel dan kuih lompat tikam tu beli dari officemate.
RM2 je sebekas dia jual.
Boleh beli sangat la, murah.


Yang aku masak semalam ni je la, sup sayur dengan ayam ungkep tumpah minyak hahahaha..

Ni pun sama first time masak.
Siap rekod resepi dari kawan.
Minyak tak minyak, yang penting rasa sedap :D


Bila husband balik, tiba-tiba menu bertambah.
Dia pun beli dari cafe office, murtabak masin and begedil.

Haaa ikan bilis goreng 1 lagi yang i masak, untuk anak bujang.
Nak jugak bagitau tu dia goreng bilis hahahahaha..

Masak masa bulan puasa ni tak payah nak risau sangat pun kadang-kadang.
Selalunya akan cukup-cukup rasa je makanan tu semua.
Entah macam mana boleh jadi macam tu.
Padahal kalau hari-hari lain, nak bagi cukup masin cukup manis tu mau 5, 6 kali aku tambah garam gula hahahaha..

Pukul 10 malam tiba-tiba si kecik ni mintak nasik lagi!
Tadi masa berbuka dah 2 pinggan dia habiskan nasik.
Alhamdulillah selera dia dah kembali.
Memang seronok aku masak, menyuap dia makan.
Mak target nak bagi awak gain kurang-kurang 5 kilo sepanjang bulan puasa ni hahaha..


Si kurus.


Ini je yang dia mintak tengah malam tadi.
Senang betul keje mak, main tuang jer hehehe..

Ok mari fikir menu berbuka hari ke-empat pulak.
Adoiii baru 4 ke, masih ada 26 hari nak kena pikir menu.
Dilema mak-mak gini la T_____T

No comments: