Monday, June 13, 2016

Wedding on Ramadhan

Semalam attend wedding one of my close friends.
Akhirnya kawen jugak dia.
Sebaya aku je umur dia ni, lahir tahun 1985.
Umur kira sendirik.

First time attend Indian wedding rasa sangat awkward hokey hahaha..
Rasa pelik, rasa janggal, rasa serba tak kena.
Ye la sebab selalunya attend wedding orang-orang kita je, tak pernah lagi pergi wedding lain bangsa ni.
Dari rumah lagi duk pikir nak pakai baju apa, nak pakai tudung apa.
Nak pakai baju kurung macam tak kena, nak pakai jeans macam tak hormat majlis, nak pakai saree haku takdee hahahaha..
Jadi pilihan selamat adalah dengan pakai jubah a.k.a dress labuh kaler hitam.
Senang, universal, selamat.

Dari awal lagi kawan aku ni dah bagitau, wedding dia nanti akan buat dekat club dekat Kajang.
Caterer dia adalah Halal.
Dorang jaga bab ni sebab wedding ni jemput ramai jugak malay.
Ayah dia ni tokey besar dalam Shaklee, ramai la kawan-kawan malay dia.
So memang dijamin la bab ni.

Geng merah ready to go!

As usual, dari rumah on Waze, jalan dengan konfiden hehehe..
Nasib baik la sekarang ni teknologi di hujung jari kan.
Taip jer dekat Waze tu nak pegi mana, semua dia tau.
Bijak betul dia tu :D

Perjalanan dari rumah kami ke Mewah Club, Kajang tu lebih kurang dalam 40 minit macam tu.
Wedding dia ni buat malam, so kami dah standby siap-siap kurma dalam beg, kot la tersesat ke, jammed ke kan.
Tapi kami sampai awal, dalam pukul 7 dah sampai.

Main entrance
Thayalan & Nanthini
Sampai jer, lepak dalam kereta jap, sebab Dinner start 7.30 malam.
Keluar dari kereta, jumpa la dengan ex-colleagues.
Lama kot tak jumpa, ada la 3 tahun.
Best bila dapat jumpa balik.

Cute little Humayra

Semeja dengan kawan aku ni.
Dulu dia sama Account Exec dengan aku.
Lepas aku resign, and semua orang pun resign, dia naik pangkat jadi Manager.
Ok la rezeki dia kan.
Tapi lama-lama dia pun lari dari company berhantu tu hahahahaha... 

 
Menu boleh diterima tekak la.
Tu yang kaler gelap sikit tu kambing, aku tak makan.
Kasi balik dekat suami yang tukang ambik.
Dah lama kawen pun tak tau aku tak makan kambing <--- ayat balas balik.


Budak ni makan banyak giler kot.
Tak cukup 1 pinggan yang abi dia ambik, ibu pulak terpaksa bangun tambah lagi 1 pinggan.
Habis ok dia makan (maknya makan beberapa sudu je).



Kitorang dah habis makan, baru Devi sampai.
Cantik anak dia, berkenan betul aku hahaha..
Tengah preggy 5 bulan dia tu.
Saajita pun dah 2 anak.
Yang aku ni bila nak tambah????
Stress mak tau.
Umur makin lanjut, saiz badan makin berganda, anak dukkkk la sorang tu je hahahahaha..
Takpe takpe, insyaAllah ada rezeki aku nanti.


And last sekali mesti la bergambar dengan Bride & Groom keennnn.
Menggalah betul suaminya sehinggakan kelihatan sangat katik suamiku di situ :D
Pelamin dia lawaaaaaa.
Pengantin pun lawaaaaaaa.
Dorang dah officially maried on 8th June lagi, so yang malam tadi tu was their Wedding Reception a.k.a Wedding Dinner.

1 Malaysia sangat tawww

Dengan ex-colleagues :)
Yang sebetulnya ex-colleagues dekat dalam ni cuma 7 orang je (termasuk pengantin perempuan dan aku).
Tapi partner masing-masing dah masuk, takkan nak halau.
Kecik hati orang tu kang :D
Tapi yang penting, kami semua adalah ex-colleagues sebab semua dah blah dari company lama tu.
Kan dah kata company tu berhantu hahaha..

Kemain melentok anak bujang i ni haa
Ok bye nak balik dah.

Dah sampai kajang tu ingat nak singgah Satay Kajang la kononnya.
Tapi perut dah kenyang daaaa..
Balik rumah tido lagi bagus hehehe..





Jom pikir menu nak masak untuk berbuka hari ni pulak.

Bye :)

No comments: