Monday, June 6, 2016

Ramadhan Kareem 1437H

Alhamdulillah Allah masih lanjutkan usia.
Masih lagi mampu menikmati rahmat Ramadhan pada tahun ni.
Rasa berbeza puasa kali ni.

Mungkin sebab di teratak lain kan.
Sebelum ni tempat lain, sekarang dah berubah tempat.
Bangun masak sahur pun semangat hahaha..

Memang target tahun ni nak masak for sahur & berbuka.
Berbuka tak target lebih-lebih sangat, sebab keje kan.
Takut tak sempat sampai rumah and masa tak cukup untuk masak.
Kalau sempat alhamdulillah.
Dan sama jugak seperti beberapa tahun sebelum ni, say no to Bazar Ramadhan! :)

Sebab dah tau kalau pergi je mesti akan berbelanja lebih dari biasa.
Perut tengah lapar, tekak tengah haus, semua pun nampak lazat kemaheeennnnnn.
Kalau pergi pun, cari kuih tepung pelita feveret iolls jer.
Yang lain mintak dijauhkan hahaha..



Budak ni dia punya tantrum malam tadi ya ampun!
Dia duk sibuk lahaiii nak mengikut Abinya ke surau.

Hafiy nak sembahyang Ibu, ticer cakap Hafiy kena sembahyang!
Hamboi hamboi hamboi, macam mak awak ni tak pernah cakap kan?

Takpela, sembahyang dengan Ibu dekat rumah boleh kan. Nanti Hafiy buat perangai, lari-lari, kacau Abi sembahyang, nangis-nangis ajak Abi balik. Abi sembahyang lama tau, nanti Hafiy bosan.
Tak Hafiy janji tak buat perangai Ibu. Hafiy nak pergi sembahyang ikut Abi. Hafiy janji Ibu... (sambil berlinangan air mata).



Anak dah besar gini la.
Macam-macam peel, dah pandai bagi jawapan konkrit pulak tu.
Jadinya awak berdua dengan Abi je la pergi ye.
Ibu awak badan melekit-lekit baru lepas memasak, kemas dapur.
Tak bajet pulak nak kena ikut kan.
Dah nak masuk Isyak dah pun masa tu.
Takpelah, korang pegi surau, i boleh mengemas dapur dengan aman dan tenang hehehehe...



Lepas makan ubat petang semalam.
Alih-alih tengok dekat sebelah dah pengsan.

Lately ni asyik tak sihat je dia.
Dengan batuk berkahak, selsema semua.
Start dari kami sibuk berpindah rumah hari tu.
Sensitif dengan habuk anak aku sorang ni.

Now dah ok sikit, rumah pun dah settle kemas semua, hopefully lepas ni makin ok la kesihatan dia.
Makin ok la selera makan dia.
Badan dah susut sangat dah.
Malam tadi bila ibu masak dinner, berselera sangat dia.
Ni yang lagi semangat nak masak ni.
Asyik makan luar je kannnn :D

Selamat Berpuasa semua! :)

No comments: