Monday, May 23, 2016

Weekend Dalam Kereta

Entry Langkawi macam lambat sangat jer nak kasi siap, post cerita lain dulu la :D

Letih balik dari Langkawi pun tak habis lagi.
Sambung pulak meletihkan diri sampai ke Melaka hari Sabtu baru ni.
Semalam, Ahad, menghantar mak pulak ke Kuantan.

Ohoiii letih duk dalam kereta je.
Tapi takpe, sendiri punya keinginan, bukan orang paksa pun hehehe..

Ke Melaka ni purposely melawat adik yang kerja kat sana.
Mak berkali-kali sebut suruh adik datang Shah Alam ni.
Tapi yang sorang tu kerja tiap-tiap hari, OT, nak cari duit lebih.
Nampak keinginan mak nak jumpa sangat adik, so ringankan la kaki dan tangan drive ke Melaka, alone, sebab laki iolls kerja jugerrr.

Dah lama tak drive jauh, mengantuk kemain masa drive tu.
Macam-macam kudapan masuk mulut, nak kasi hilang mengantuk.
Even 2 jam perjalanan je, tapi penat hoii...
Pergi balik dah 4 jam.
Takpelah, sekali sekala tunaikan hasrat mak :)



Awal-awal pagi lagi mak dah bersilat kat dapur, masakkan bekal, nak picnic kononnya.
Tapi tikar tak bawak hahaha..
Lapik surat khabar pun jadik lah... 


Si kecik ni bila dah jumpa Ayah Chik dia, memang berkepit je la.
Antara semua adik beradik aku, dengan adik yang ni la yang dia paling rapat.
Maybe sebab dari kecik adik selalu datang rumah (sebab dulu dia belajar area KL je).
So almost tiap minggu akan datang rumah.
Jadi Hafiy ni banyak membesar dengan Ayah Chik dia.
Sangat rapat la dorang ni.


Sebelum tu singgah dulu jap dekat Klebang Coconut Shake.
Wajib hokay minum ni kalau datang Melaka.
Kenapa la awak sedap sangattttt T____T 
Nasib tak jauh dari rumah adik.


I always love beach.
Angin kuat masa ni, best sangat.
Cuaca pun mendung je, tapi tak hujan.


Sebesar-besar halam muka mak haa, hamboiii sangat :D
Kalau flawless takpe jugak, nan hado hahaha...

Cantik jugak Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka ni.
Rasa macam duk kat kampung sendiri.
Mak rindu kampung nokk T_____T


Siap ada buaian tau.
Memang syok nak photoshoot.
Tapi mak pakai kamera fon je, lighting auto aje ler.
Nampak gelap sikit mak edit pakai Photoscape.
Amatur sangat mak ni kan huhuhu..


Sesekali dapat spend time dengan family macam ni rasa terisi sikit ruang kosong dalam jiwa.

Semalam pulak hantar mak ke Kuantan.
Dah janji lepas balik dari Langkawi nak hantar sampai rumah kalau mak nak stay rumah kami sampai weekend.

Tapi kebetulan, Hubby ada tournament bowling between department office dia.
So kami ikut terus tengok dia main, lepas habis baru gerak ke Kuantan.


Opah excited, first time tengok orang main bowling dia kata hehehe..
Kemain meriah jadi pompom girl :D
Tapi kalah jugak hahahaha..


Budak debab!! (anak orang, pinjam jap hehe)


Kebetulan dah datang Sunway Pyramid, register mak punya Digi postpaid.
Senang mak nak pakai internet lepas ni.
Maklumlah, baru berjinak-jinak dengan Whatsapp hehehe..

4 jam ke Melaka, 7 jam ke Kuantan, Pahang.

Fuhh weekend yang panjang.

No comments: