Jumaat, 17 August, 28 Ramadhan.
Dah hampir ke penghujung Ramadhan dah. malam ni dah ada pengumuman. insyaAllah Ahad kot baru raya. hari ni pown mesti ramai yang dah start cuti. kalo company melayu mesti banyak dah cuti punya. highway konpem2 penuh dengan kenderaan. shopping complex, jalan tar konpem banjir dengan manusia. last minute shopping kataya.
Aku? sedang enak bersantai di rumah, berdua bersama si anak. 2 hari ni hubby kerja 2 shifts direct. 3pm-7am. esok pown sama. maknanya pagi raya baru dia balik. so 2 hari ni aku terpaksa sahur sorang2, berbuka sorang2. malam raya pown sorang2. sedeyyyyy okay!
Tapi nasib baik ada mak mertua. dah berapa hari berbuka dekat sana. tapi hari ni di rumah ajer lah. nak mengemas apa yang patut. baju dah macam gunung. banyak masa habis dekat sana, rumah pown dah tak terurus. nak kemas beg balik kampung lagi..
Ok this year, turn raya di Shah Alam dulu. even hubby memang tak kesah kalo tiap2 tahun balik raya kat Ganu pown sebab katanya aku dah la jarang dapat balik. but its okay. bila dah berkahwin ni, kita berkahwin sekali dengan keluarganya. tak boleh lah nak penting diri sendiri saja. sekurang2nya raya pertama pown jadilah. lepas tu balik kampung kita. nanti dah balik sini balik, kita sambung beraya sampai lebam :P
Raya tahun ni sangatlah istimewa. 2 tahun lepas, raya solo. tahun lepas dah berdua setengah (setengah sebab si kecik dah dalam perut :P). tahun ni, raya bertiga. alhamdulillah perubahan yang sangat sempurna.
1st time beraya dengan anak. semuanya pasal anak. Ibu ada jugak baju baru, tudung baru, kasut baru. Abi? baju melayu sajer. takmo beli t-shirt langsung! semua berhabis untuk anak. takpe, memang anak perlu diutamakan pown kan ;)
Tapi..... nape eh feel raya tahun ni kureng sangat? (bila turn raya di perantauan dulu, mulalah takde feel. jahat kan aku huhuhu. yer lah mana pernah tak raya 1st dengan family sendiri. sedehhh okay!)
Bukanlah aku nak bias. cuma bila terkenang keadaan kat kampung tu buat aku hiba sikit lah. aku ni sorang jer adik beradik pompuan. bila dekat nak raya, aku lah yang sibuk nak pasang langsir (walaupon dah bertahun pakai yang sama), masukkan kuih dalam bekas, mengarah sana mengarah sini suruh adik2 mengemas hehehehe kakak kejam. so nanti kalo aku takde, macam mana la agaknya keadaan kat kampung tu yer?
Persediaan di rumah sendiri pown ala kadar saje. no langsir baru, no sofa baru. semuanya bersederhana.
Tak sabar nak balik kampung ni.. kat fb sume duk sibuk pong pang pong pang cakap pasal tak sabar lah, takde feel nak keje lah. stress okay!
Hafiy nak ucap kat semua, Selamat Hari Raya! bawak kereta balik kampung hati2 yer? sebelum balik tu, servis lah kereta dulu macam Abi kita ni ;)
So Tata.