Ok lah tarik nafas dulu sebelum tulis. maklum lah lamaaaa giler dah tak menulis panjang2. nak start dari mana pown blur dah hohohoho.
OK.
Soalan no 1 --> Are u pregnant again Sarah??
Jawapan dia:
Yes i am! its been 16 weeks @ 4 months now. alhamdulillah rezeki Allah. lepas keguguran masa kandungan pertama hari tu, Allah masih nak bagi rezeki lagi. n ada jugak few friends yang senasib dengan aku pown dah preggy balik. kan kawan2? ;)
Soalan no 2 --> Takde morning sickness??
Jawapan dia:
First 3 months agak lembik jugak lah. sicknessnya tak datang pagi. but most of the time malam. dah mula tak boleh bau orang memasak. masuk dapur sendiri pown rasa ting tong. rasa nak tutup jer bahagian dapur tu hohoho. so alternatifnya stay dekat rumah in-law saja lah. langsung tak boleh masuk dapur dah masalahnya. kena pulak time bulan puasa kan.
Pernah lah 1 day tu, my hubby nak masakkan lauk untuk sahur. aku yang suruh ni. aku dah siap2 masuk tido. dah lena pown. tetiba aku boleh bangun terpekik terlolong cakap busuk busuk busukkkkkk!! ya Allah aku pown tak tau lah kenapa aku jadi macam tu masa tu. habis sume tingkap sume pintu aku suruh bukak. dah lah tengah malam masa tu. tak pasal2 hubby yang kena. terus dia fobia nak masak lagi dah hahahaha. tapi bila bangun sahur mulut aku tak putus2 cakap SEDAPNYA SEDAPNYA SEDAPNYA hahahahahahaha. bongok jer rasa :D
Soalan no 3 --> Puasa penuh tak?
Jawapan dia:
Takkkkkkkk!! hahaha. i dapat puasa 7 hari saje yer. rongak 22 hari. sickness tak teruk sangat but badan sangat lemah. bila sampai jer time makan, mula lah pening sana pening sini. loya sana loya sini.
Masa 1st day puasa dah perasan dah. pukul 10 pagi jer dah nak pengsan. masuk lunch aku tahankan lagi. dah pukul 2 lebih badan dah rasa lain macam. nak pitam dah time tu. kena pulak dekat ofis kan. mana nak carik makanan? sudahnya call mcDelivery. makanan sampai dalam pukul 3. cubalah sedaya upaya nak makan. bila makan jer, terus lari ke toilet. keluar lah balik segala air ribena segala bubur herherher. perut dah masuk angin sangat2 dah. so memang dia tak nak terima apa2.
Esoknya terus fobia nak puasa. tapi bila weekend cuba jugaklah tahan. tapi kejenya asyik baring tak tentu hala jer lah hahaha.
Aku paham ada orang yang pandang serong.
Eh pesal tak puasa? orang lain mengandung jugak tapi rileks jer puasa.
Eleh manja sangat. mengada la tu, saje tak nak puasa la tu.
Eleh malas nak masak sebenarnya, sebab tu cakap tak boleh masuk dapur kan?
Aku ni kategori yang malas memasak ke? cer citer cer citer.
Lain orang lain badannya. lain orang lain daya tahannya. dah aku memang tak tahan, tak larat. karang dipaksa2 lain pulak jadinya. puasa tu boleh tapi jangan sampai menimbulkan kemudaratan.
Nanti lah yer lepas pantang i ganti insyaAllah.
Soalan no 4 --> Dah buat buku pink?
Jawapan dia:
Alhamdulillah sudah :) Masa 3 months hari tu. buat dekat KK Seksyen 19 Shah Alam. M2B area Shah Alam, datang lah wat kat sini yer. dia bukak pagi n petang. even orang ramai, tapi laju. takde pown kena tunggu lama2. asyik bergerak ke sana sini jer hehehehe. i prefer petang. sebab pagi ramaiiii giler. petang kurang sikit.
Cerita full pasal buku pink ni nanti2 lah kalo i rajin yer. lagipown dah ramai dah buat entry pasal ni kan. i skip jer boleh kan? :D
Jumaat ni ada 2nd checkup. kena minum air gula la pulekkssss.
Soalan no 5 --> Kesihatan sekarang?
Jawapan dia:
Alhamdulillah i am back to normal sudah :P. dah boleh memasak balik dah. after raya dah balik rumah sendiri. siap boleh buat half open house lagi untuk my close friends hehehe. menu2nya:
- Nasi minyak - 8 pot beras
- Ayam masak merah - 2 ekor ayam
- Acar timun
- Papadom goreng
- Bihun goreng singapore - 2 paket
- Sandwich sardin - 2 paket roti
- Popia ketam goreng
- Salad buah
- Air geli2 special punya! <-- aku pown tak reti nak bagi nama apa kat air tu. resepi from my MIL. nama kami2 yang reka. terbaekkk punya air. my friend siap tapau bawak balik lagi tau? :P
Kawan2 aku sume tak sangka aku buleh masak macam tu banyak. jangan kata dorang, bila aku sendiri tengok balik list tu pown macam tak sangka aku masak sume tu sorang2 herherher. eh dalam 30 orang jugak tau datang? nasib baik ada hubby yang tolong siapkan bahan2. saaaaayang dia :D
Gambar tak sempat ambik walau seketul pown. rugi gilerrrrr rasa ni huhuhu.
Haa apa lagi apa lagi? tu jer lah dulu kot buat masa sekarang. nanti2 kita sambung lagi yer.
P/s: Hari ni 3/10/11, genap 10 bulan setelah kami diijabkabul :)
P/s: Hari ni 3/10/11, genap 10 bulan setelah kami diijabkabul :)
So Tata.
7 comments:
pasal mabuk pening malam tu same ngan ai..:) haaa..pasal pose tu pon ai lobang 3 hari sebab badan kurang air... neway..tetap nak ucapkan tahniah jugak...:)
dun worry dear.. kalo ikut my doc, die mmg x bg pose langsung time pregnant sbb nanti baby x ckup khasiat. ala, bukan sengajer kan..
sarah, hana lg malu nak cakap..hana sempat pose 1 hari je..uwaaaa...sbb selebihnya asyik masuk ER and warded sebab hyperemesis (muntah berterusan)..huhu..
hana pn lom start blogging since preggy ni..nnt lah dah reda all day sickness ni..huhu..
tahniah sarah..aku ternanti nanti entry mu ni.ade udang disebalik batu rupanya..btw,congratz again =)
jg dri u n bby bebaik sara
sarah..congratess!!sukenye dengar..pray for me pulk k..
sara lame tak dengar citer paper pun nk jugak wish walau dah lambat..;p tahniah!!...;)
Post a Comment