Anak dah nak masuk 4 bulan, baru nak update. lambat nau :D
Just a simple update.
Berat: 6.1kg
Panjang: 66cm
Yang lain lupa, malas nak tengok buku hehehe
Lepas timbang sume, jumpa nurse.
N: Anak sihat?
A: Sihat
N: Susu apa?
A: Susu badan
N: Campur?
A: Tak
N: Ok next appointment 14/8
A: Eh 4 bulan tak payah datang ke?
N: Tak payah. ok lepas ni pegi cucuk
Tu jer? berejam tunggu tapi tu jer yang nak ditanya? aku tengok orang lain siap cek pasal bunyi la, ransangan anak la. apesal aku tak ada? malas ke or memang dekat KK s19 ni macam ni jer? dalam buku sume dia tick tapi takde langsung tanya pasal tu. apa punya checkup la.
So progress Hafiy setakat 3 bulan ni:
- Dah boleh meniarap sendiri yeayyy! tapi pemalas hehehe. 2,3 hari ada la sekali dia rajin. tu pown setelah berhempas pulas. paling suka meniarap time mengamuk. ada 1 malam tu, mengamuk sakan, sekali dia pusing terus berjaya. aku telentangkan dia balik, dia pusing lagi sekali. laju giler. kalo tak susah benau nak berjaya. lain kali biar dia mengamuk lama2 la nampaknya hahahaha.
- Kurang bersembang. tapiiiiiiii bab gelak tersengih tersenyum dia no 1. aku tengok, dia senyum. aku jeling, dia sengih. aku marah, dia mengekek-ngekek. ingat aku agah dia la tu. tengok la nanti bila dah pandai bezakan marah ke agah. kita tengok dia meraung tak meraung huahuahua.
- Suara dia bila gelak lebih kuat dari menangis. menangis manja2 jer. tapi bila dah lama sangat dia hek hek hek orang tak peduli pandai pulak menjerit sambil mengeluh hehehe.
- Tersangat suka hisap tangan. now dah pandai masuk jari jer. tapi selalu nak termuntah sendiri sebab jolok jari sampai anak tekak hahaha.
- Sangat susah nak dimandikan. sebab dah tak senang duduk. menggeliat sana menggeliat sini. dah lah makin berat. dengan licin sabun lagi. pastu sebokkkkkkkkkkkk jer nak masuk tangan dalam mulut. aku tarik dia masuk balik. aku tarik dia masuk. aku tarik dia masuk. memang dia tau dia dah ada tangan nampaknya. yang paling risau kalau sabun masuk mulut. jadi sekarang waktu mandi adalah sangat sekejap sebab susah nak handle.
- Dah boleh capai barang. kalau dulu kena letak barang bagi sentuh tangan dia baru dia bukak jari n pegang. now letak jer dekat2 depan muka dia, dia tenung, pastu gerak tangan, n ambik. kadang2 susah jugak. tapi dah ada perkembangan positif di situ. gud job anak ibu! tapi bila barang terlepas dari tangan mula la meraung mintak tolong hahahaha.
- Untuk tidokan dia malam2 adalah makan masa sangat lama. 40-60 minutes adalah biasa. selalu lah maknya yang terlena dulu.
- Dah mula merelakan diri bila dipakaikan topi :P
- Paling leka bila main dengan kain napkin. jimat duit beli mainan hahaha.
Simple ke update ni? hehehe.
So Tata.