Wednesday, June 6, 2012

Persediaan Harus Mantop

Hari ni dah 16 Rejab oooiii. lepas tu bulan Sya'ban, then Ramadhan, pastu Syawal ho yeaahhh over ok.

Ha kau.. bulan puasa dah hampir menjelma. yang cuti2 time puasa tahun lepas dah abes ganti ke? <--- ok tanya kat diri sendiri sebenarnya. 22 hari ooiii 22 hari!! wahahaha.

Sekarang alhamdulillah dah beransur pulih. eh pulih? kenapa? sakit apa?

Ok mungkin ada yang dah tau, tapi ramai yang tak tau. aku baru jer undergo an operation last month. operate apa pulak? nanti2 lah aku cerita yer. tidak lah teruk mana. tapi sakit yang ditanggung dah makan tahun, tapi baru jer dapat tau last month. tak ada jalan lain lagi dah selain operate sebab sakit dah terlampau teruk. tak apa lah yang itu nanti2 insyaAllah kalo ada masa, ada daya, ada idea, aku strory2 yer?

Now nak cerita pasal bulan puasa yang bakal menjelma ni. pastu pulak dengan puasa2 ganti yang belum start pown lagi ganti ni. 22 hari oiii sempat ke? wahahaha.

Sebenarnya dah nak start puasa semalam tapi tak boleh la pulak. yer lah kita ni breastfeeding mummy, nak puasa kena sahur yang cukup, yang berkhasiat. n yang paling penting kena ada kurma. kurma ni bagus untuk bagi tenaga. baru lah tak penat nanti siang nak breastfeed anak. production susu pown insyaAllah tak terganggu.

Before tu lupa nak beli dulu kurma. so kelmarin ada masa pegi la kejap cari stok sikit <--- eh ko kan memang ada banyak masa, bukan keje pown agagaga. ok bukan my time, my hubby's time la maksudnya kat sini.

So kami pegi cari stok dekat satu kilang ni <--- nak makan berdua jer pown, siap pegi kilang bagai hahahahaha.

Kilang ni dekat Seksyen 26, Shah Alam. ala kedai tu, Mahnaz Food. agak glemer jugak kedai ni. aku pown baru 1st time pegi. tapi memang berbaloi2. kedai ni jual barang2 dari Arab nun. macam2 ada. tapi nak memilih tu yang pening. dengan nak mendukung si kecik yang sedang tido lagi kan. so pilih yang mana mampu jer lah.

Harga orang kata murah. n yes aku rasa memang agak murah lah. n ni jer yang kami beli.


Kurma
Bermacam2 jenis kurma ada. dari yang murah sampai la semahal2nya. pening ooo nak pilih. tak tau yang mana sedap, yang mana bagus. last2 aku ambik jer yang aku nampak macam sedap. aku suka kurma yang agak dry, tak suka yang basah2 lembab. so ambik jer la 1 bekas, 1kg. wahahahaha 1kg kau. bila tahun nak abes ni? hahahaha kan dah kata persediaan harus mantop. orang lain puasa sebulan, kau kena dekat 2 bulan. sendiri mau ingat la kan hohoho. yang aku beli ni 1kg = RM35. yang RM20 ada, yang RM100 pown ada. sedap giler kot yang 100 tu kan?

Kismis
Pown macam2 jenis ada. tapi aku tak suka kismis yang ada bijik. kat situ pulak tak tulis ada bijik ke, seedless ke. cuma tulis jenis n harga. aku tilik satu2. sume nampak macam ada bijik. nak rasa tak boleh. then aku tanya la staff kat situ. dia kata sume seedless. aik aku tengok macam berseed2 jer sume. aku pown dah malas nak memilih masa tu. aku ambik 1 bekas jer, 500gm kot, RM6 jer. yang paling murah aku rasa. tapi memang ada bijik. stress aku huhuhu.

Dried fruits
Pown banyak. ada mango, papaya, kiwi, aprikot, macam2 lah. aku ambik dried kiwi 1 bekas = RM12.

Fruit jam
Aku beli strawberry jam, RM7. besar bekas dia. siap ada buah strawberry berketul2 lagi kat dalam tu. tak sabau eden nak makan. macam sedap benar.

Coklat
Pown macam2 ada. tu yang macam sneakers tu aku ambik 2, 1 dah selamat masuk perut hehehe. 1 = RM2.

Macam2 lagi ada. sume barang from Arab la. ada madu, juice, kacang2. nak tau lebih detail pegi sendiri la yer. google jer, mesti jumpa.

Jadi sekarang, benda yang dicari dah ada, bila nak mula puasa oiii? ok2 esok :D

So Tata.

3 comments:

LITTLE RANIA SHOPPE said...

hai mommy..

rompers murah + cute ada disini.

Mummy GreenyHouse said...

hihi..kita beli stok kurma tempat yg sama la.. :) kot2 nnt terserempak ek! :p
teringat kurma dlm peti ais tak habis2 lagi..sbb tak habis lagi puasa ganti juga..adoii la.

D Yatie said...

wow! selamat ganti puasa...saya ganti 7 hari tahun2 sudah pun.. errr~~~malu nak kata...hahaha... tapi, tahun nih ALhamdulillah tak perlu ganti. senang hati nak tunggu puasa.. (^_^)

lapang2, senang2 datang la sini yer.. https://www.facebook.com/GaleriArissa