Friday, June 29, 2012

Hafiy Al Zikry 3 Months Old

Anak dah nak masuk 4 bulan, baru nak update. lambat nau :D

Just a simple update.

Berat: 6.1kg
Panjang: 66cm
Yang lain lupa, malas nak tengok buku hehehe

Lepas timbang sume, jumpa nurse.

N: Anak sihat?
A: Sihat
N: Susu apa?
A: Susu badan
N: Campur?
A: Tak
N: Ok next appointment 14/8
A: Eh 4 bulan tak payah datang ke?
N: Tak payah. ok lepas ni pegi cucuk

Tu jer? berejam tunggu tapi tu jer yang nak ditanya? aku tengok orang lain siap cek pasal bunyi la, ransangan anak la. apesal aku tak ada? malas ke or memang dekat KK s19 ni macam ni jer? dalam buku sume dia tick tapi takde langsung tanya pasal tu. apa punya checkup la.

So progress Hafiy setakat 3 bulan ni:
  1. Dah boleh meniarap sendiri yeayyy! tapi pemalas hehehe. 2,3 hari ada la sekali dia rajin. tu pown setelah berhempas pulas. paling suka meniarap time mengamuk. ada 1 malam tu, mengamuk sakan, sekali dia pusing terus berjaya. aku telentangkan dia balik, dia pusing lagi sekali. laju giler. kalo tak susah benau nak berjaya. lain kali biar dia mengamuk lama2 la nampaknya hahahaha.
  2. Kurang bersembang. tapiiiiiiii bab gelak tersengih tersenyum dia no 1. aku tengok, dia senyum. aku jeling, dia sengih. aku marah, dia mengekek-ngekek. ingat aku agah dia la tu. tengok la nanti bila dah pandai bezakan marah ke agah. kita tengok dia meraung tak meraung huahuahua.
  3. Suara dia bila gelak lebih kuat dari menangis. menangis manja2 jer. tapi bila dah lama sangat dia hek hek hek orang tak peduli pandai pulak menjerit sambil mengeluh hehehe.
  4. Tersangat suka hisap tangan. now dah pandai masuk jari jer. tapi selalu nak termuntah sendiri sebab jolok jari sampai anak tekak hahaha.
  5. Sangat susah nak dimandikan. sebab dah tak senang duduk. menggeliat sana menggeliat sini. dah lah makin berat. dengan licin sabun lagi. pastu sebokkkkkkkkkkkk jer nak masuk tangan dalam mulut. aku tarik dia masuk balik. aku tarik dia masuk. aku tarik dia masuk. memang dia tau dia dah ada tangan nampaknya. yang paling risau kalau sabun masuk mulut. jadi sekarang waktu mandi adalah sangat sekejap sebab susah nak handle.
  6. Dah boleh capai barang. kalau dulu kena letak barang bagi sentuh tangan dia baru dia bukak jari n pegang. now letak jer dekat2 depan muka dia, dia tenung, pastu gerak tangan, n ambik. kadang2 susah jugak. tapi dah ada perkembangan positif di situ. gud job anak ibu! tapi bila barang terlepas dari tangan mula la meraung mintak tolong hahahaha.
  7. Untuk tidokan dia malam2 adalah makan masa sangat lama. 40-60 minutes adalah biasa. selalu lah maknya yang terlena dulu.
  8. Dah mula merelakan diri bila dipakaikan topi :P
  9. Paling leka bila main dengan kain napkin. jimat duit beli mainan hahaha.


Simple ke update ni? hehehe.

So Tata.

Tuesday, June 26, 2012

Hari Gelak Sedunia





Happy betul dia semalam. kita ni yang naik penat mengagah.

Gembira tengok perkembangan anak kan? :')

Saaaaayang anak Ibu ;)

So Tata.

Tuesday, June 19, 2012

"Murah Rezeki Ni.."

Mak Tok kata, "Suka senyum Hafiy ni. murah rezeki ni..."

InsyaAllah amin ;)


Pastu aku saje la tunjuk video kat atas ni kat dia.


Tersengih-sengih tengok video sendiri hahaha comel jer.

So Tata.

Monday, June 18, 2012

Belum Rezeki


Sedihhh ok. belum ada rezeki jugak nampaknya. ni kali ke-2 dah. first time dulu sampai la jugak assessment stage. penat ooo 3hari 2malam join aktiviti dia. kekosongan ada berapa jer, tapi yang dipanggil beratus. sape yang dapat tu memang bertuah la.

Yang ni awal2 lagi dah kantoi hahaha. ada orang dah 6,7 kali pown still belum ada rezeki. ok be positif be positif.

Tunggu panggilan exam untuk post lain pulak.

So Tata.

Monday, June 11, 2012

Bertuahlah Jugak hehehe

This year first time aku join family day kompeni hubby. first time join, n first time jugak bawak anak. seronok ;)

Hubby siap tak nak masuk keje pagi semalam sebab, "Kita pegi lah family day tu nanti. kot lah tuah Hafiy dapatlah adiah tv beso!" hahaha verangannnnnnnnnnnnn

At 600 am aku dah bangun (ada anak baru reti nak bangun awal hahaha). masuk dapur, masak breakfast (i kan housewife uollsss. haruslah rajin memasak kennnn)

Dah siap masak, mandi. lepas mandi, kejut hubby. turn dia mandi, aku kemas2 apa yang patut. siap hubby mandi, dia mandikan Hafiy pulak. siap Hafiy mandi, aku siapkan, pakai baju segala. hubby siap2, panaskan enjin kereta <--- wahhh detail cerita kesah peribadi nampak muahahahaha.

Pukul 8 lebih baruuuu la dapat gerak dari rumah. sampai dekat tempat kejadian, RRIM Sungai Buloh, daftar n ambik makanan (cisss ada sedia breakfast rupanya. kalo tau tak masak pown hahaha)

Time sampai si kecik ni tengah tido. almaklum belum timing untuk dia bangun lagi pown. letak jer dalam stroller, tido la kejap. bila dah bising gedang gedung gedang terjaga la budak ni..

Time dia bangun tu ada pulak awek2 yang duduk sebelah kitorang. awek2 ni pulak sibuk duk mengagah dia. apa lagi.... tersengih2 lerr


Gataiiii hahahaha. awek2 tu siap berebut2 nak mengagah dia. budak mesra alam! hahaha.

Pastu duduk dengan Abi..


Main2 ngan ibu..


Main2 ngan Abi...


Pastu lapar balik la! hehehe.

Ibu suap susu dia tak mau!


Sengih2 senyum2 jeling2. minum main2


Kena Abi jugak yang bagi minum. sajer jer tau.


Pastu tido balik hehehe.

Tempat ni bising bebeno dengan bunyi muziknya, dengan suara MCnya. sukaneka pown kecoh kemain. hubby join, group dia ada la menang sekali. dapat air freshener made in China. nak pasang pown tak reti hahaha. bila dah bising budak kecik ni pown susah la nak tido. ada la dalam 10-15 minit dia lena. pastu terjaga dah ek ek ek ek.

Awek tadi tu duk mengagah2 sampai ternganga2 mulut si Hafiy. last2 sambil gelak sambil nangis hahaha comel giler. yer lah mengantuk lagi kan, tido tak lena. sua botol tak mau. yer lah mana dia nak bila dah bau aku. mulut duk nganga2 cari nenen hahaha. so terpaksaaaaa lah jugak NIP.

Homemade nursing cover. guna pashmina sajerr

Tapi minum sekejap sangat. dia tak selesa. yer lah situ panas. aku tengok pown rimas. dia duk menolak2 kat dalam tu. punya la aku cover. karang terselak tak pasal2 free show hahaha. serius aku belum cukup konpiden nak NIP. takpe next time cuba lagi :D


Dodoi2 goyang2 baru lah terlena balik. berjoget2 aku kat tengah orang ramai tu wahahahaha. ahhh pedulik apa kan. orang ada anak paham la kenapa. tido berpeluk macam ni lena la sikit dia. tapi tak lama mana pown, sekejap jugak..

Eh2 awek kat belakang tu la yang si Hafiy ni berkenan sangat hahaha

Aktiviti yang dorang buat takde la banyak sangat. sukaneka orang dewasa, kids, penyampaian hadiah. hubby dapat la naik pentas tahun ni. dapat Perfect Attendance punya award. ok takde la perfect mana sebenarnya. perfect sebab tahun 2011 dia takde MC jer. bukan perfect datang awal punch card tak pernah merah ahahahaha. dapat la voucher AEON RM100 (ok dah booking nak beli baju si anak hahaha).

Gula2 kapas. lama tak jumpa benda nih

Ok bila dah settle sume, tiba la masa untuk Lucky Draw yang ditunggu2. yang duduk jauh tetiba jer dah sampai ke depan hahaha penangan TV plasma 42".

So dapat tak kami TV besau tu?







Mesti la dapat!







Dapat tengok orang naik pentas hahahahaha.

Belum rezeki lah. tapi hubby naik pentas jugak. dapat la voucher KFC @ Pizza Hut @ Rasamas 50hengget. jadi la tu dari takde kan? yer lah nombor beratus, hadiah ada 40 jer.

Kira bertuah la jugak kennnnn! :D

Dah settle, jom kita balik!

Up up and away!


"Kejam betul Ibu ni. sakit pinggang kita tau........." :D

Ok ada lagi 1 berita.


"Kita dah boleh meniarap sendiri dah!" 10 June 2012, 545 am.

So Tata.

Wednesday, June 6, 2012

Persediaan Harus Mantop

Hari ni dah 16 Rejab oooiii. lepas tu bulan Sya'ban, then Ramadhan, pastu Syawal ho yeaahhh over ok.

Ha kau.. bulan puasa dah hampir menjelma. yang cuti2 time puasa tahun lepas dah abes ganti ke? <--- ok tanya kat diri sendiri sebenarnya. 22 hari ooiii 22 hari!! wahahaha.

Sekarang alhamdulillah dah beransur pulih. eh pulih? kenapa? sakit apa?

Ok mungkin ada yang dah tau, tapi ramai yang tak tau. aku baru jer undergo an operation last month. operate apa pulak? nanti2 lah aku cerita yer. tidak lah teruk mana. tapi sakit yang ditanggung dah makan tahun, tapi baru jer dapat tau last month. tak ada jalan lain lagi dah selain operate sebab sakit dah terlampau teruk. tak apa lah yang itu nanti2 insyaAllah kalo ada masa, ada daya, ada idea, aku strory2 yer?

Now nak cerita pasal bulan puasa yang bakal menjelma ni. pastu pulak dengan puasa2 ganti yang belum start pown lagi ganti ni. 22 hari oiii sempat ke? wahahaha.

Sebenarnya dah nak start puasa semalam tapi tak boleh la pulak. yer lah kita ni breastfeeding mummy, nak puasa kena sahur yang cukup, yang berkhasiat. n yang paling penting kena ada kurma. kurma ni bagus untuk bagi tenaga. baru lah tak penat nanti siang nak breastfeed anak. production susu pown insyaAllah tak terganggu.

Before tu lupa nak beli dulu kurma. so kelmarin ada masa pegi la kejap cari stok sikit <--- eh ko kan memang ada banyak masa, bukan keje pown agagaga. ok bukan my time, my hubby's time la maksudnya kat sini.

So kami pegi cari stok dekat satu kilang ni <--- nak makan berdua jer pown, siap pegi kilang bagai hahahahaha.

Kilang ni dekat Seksyen 26, Shah Alam. ala kedai tu, Mahnaz Food. agak glemer jugak kedai ni. aku pown baru 1st time pegi. tapi memang berbaloi2. kedai ni jual barang2 dari Arab nun. macam2 ada. tapi nak memilih tu yang pening. dengan nak mendukung si kecik yang sedang tido lagi kan. so pilih yang mana mampu jer lah.

Harga orang kata murah. n yes aku rasa memang agak murah lah. n ni jer yang kami beli.


Kurma
Bermacam2 jenis kurma ada. dari yang murah sampai la semahal2nya. pening ooo nak pilih. tak tau yang mana sedap, yang mana bagus. last2 aku ambik jer yang aku nampak macam sedap. aku suka kurma yang agak dry, tak suka yang basah2 lembab. so ambik jer la 1 bekas, 1kg. wahahahaha 1kg kau. bila tahun nak abes ni? hahahaha kan dah kata persediaan harus mantop. orang lain puasa sebulan, kau kena dekat 2 bulan. sendiri mau ingat la kan hohoho. yang aku beli ni 1kg = RM35. yang RM20 ada, yang RM100 pown ada. sedap giler kot yang 100 tu kan?

Kismis
Pown macam2 jenis ada. tapi aku tak suka kismis yang ada bijik. kat situ pulak tak tulis ada bijik ke, seedless ke. cuma tulis jenis n harga. aku tilik satu2. sume nampak macam ada bijik. nak rasa tak boleh. then aku tanya la staff kat situ. dia kata sume seedless. aik aku tengok macam berseed2 jer sume. aku pown dah malas nak memilih masa tu. aku ambik 1 bekas jer, 500gm kot, RM6 jer. yang paling murah aku rasa. tapi memang ada bijik. stress aku huhuhu.

Dried fruits
Pown banyak. ada mango, papaya, kiwi, aprikot, macam2 lah. aku ambik dried kiwi 1 bekas = RM12.

Fruit jam
Aku beli strawberry jam, RM7. besar bekas dia. siap ada buah strawberry berketul2 lagi kat dalam tu. tak sabau eden nak makan. macam sedap benar.

Coklat
Pown macam2 ada. tu yang macam sneakers tu aku ambik 2, 1 dah selamat masuk perut hehehe. 1 = RM2.

Macam2 lagi ada. sume barang from Arab la. ada madu, juice, kacang2. nak tau lebih detail pegi sendiri la yer. google jer, mesti jumpa.

Jadi sekarang, benda yang dicari dah ada, bila nak mula puasa oiii? ok2 esok :D

So Tata.