Hari tu ternampak dekat FB, ada orang share pasal Lepa-lepa ni.
Mentioned dekat situ promosi sampai hujung bulan 9.
Just rm5 seorang.
Si kecik memang suka tersangat naik bot.
Sampaikan bangun pagi bukak mata jer ajak naik bot.
Amboi macamkan rumah kita atas laut yer nak :D
Ini ler botnya.
Eh bot ke perahu?
Sebab ada enjin, bot la kot kan :D
Dekat Cruise Tasik Putrajaya ni ada 3 jenis bot sekarang.
First; Cruise, 2nd; Perahu Dondang Sayang; 3rd; Lepa-lepa.
Eh ada lagi yang lain.
Bot yang bentuk kereta la, apa la..
Tapi yang lain-lain tu jenis kecik-kecik punya.
Boleh naik dalam 4 orang.
Yang perahu-perahu ni besar-besar.
Lepa-lepa ni bot dari Sabah.
So now tengah promosi pengenalan.
Budak bawah 4 tahun (kalau tak silap), free.
Ini cerita minggu lepas (macam biasa, nasib baik update jugak ni haha).
Balik dari Putajaya, singgah rumah in law kejap.
Alih-alih bila cerita ditanya pulak kenapa tak ajak mak ayah.
Herherher rasa terpukul di situ.
Ok la mak, minggu ni kita bawak mak pulak yer.
Kami ronda-ronda dalam 20-30 minit macam tu.
Depends la tengok driver.
Kalau rajin, jauh la dia pusing.
Kalau malas, dia ngelat pusing half tasik jer :D
Tapi masa nak beli tiket ni ada cerita.
Harga dah naik rupanya.
Promotion RM5, tapi masa nak bayar tu total 5 orang, RM50.
Terkejut den.
Nasib baik la aku ni jenis akan tanya kalau bab-bab macam ni.
Eh dah naik harga? Bukan promotion sampai hujung bulan 9 ke?
Ye kak patutnya sampai hujung bulan ni. Tapi management cakap naik, kita naikkan la..
Yeke.. (sambil bukak purse keluarkan note 50)
Eh takpe kak, rm25 je. Orang yang tau kita bagi harga promosi, yang tak tau kita charge harga baru.
Eh macam tu pulak?
Selamat 25hengget aku hahaha..
Ok la kan untuk habiskan masa di hujung minggu.
Anak seronok, mak ayah mertua hilang boring, tuan punya blog dapat berjalan hehehe.
So harga semasa adalah:
Cruise: RM30
Perahu Dondang Sayang RM20
Lepa-lepa RM10
Yang lain-lain ku tak ambik tau :D
Atas bajet masing-masing la kan.
Kalau tak nak bontot sakit ambik la Perahu Dondang Sayang tu, seat kusyen.
Kami bajet, sakit bontot sikit redha aje lah hehehe..
Sekian :)
No comments:
Post a Comment