Wednesday, October 1, 2014

The Burger Factory. Terbaik!

Rasanya lama dah tak buat entry pasal makan (eleh kau update blog 3 bulan sekali pun belum tentu).
Hari ni nak review sikit lah tempat lunch kegemaran terbaru.
Serius best weh.. kiranya perasaan tu rasa macam kalau hari-hari lunch sini pun takde hal la.
Gitteww.

The Burger Factory.


Jangan risau, halal yer.
Depan-depan pintu masuk tu terpampang sijil halal depa.

Aku ni nama jer rumah area Kota Kemuning, tapi kedai makan bukannya explore.
Ni pun member office yang kenalkan.
Kalau tak, haram aku nak tau.
Dah bila dah tau, sedap pulak, apa lagi kita datang la lagi dan lagi dan lagi :D


Lunch time pun selalu ramai orang.
Ni aku snap time orang dah blah.
Tak kuasa pulak nak letak gambar amoi-amoi seksi kat sini kennn :D

Nah belanja gambar menu.


Macam-macam jenis burger ada.
Aku tak pernah order la.
Tapi hubby pernah.
Sedap.
Dah nama pun Burger Factory, konpem la specialty dia buat burger kan.
Takkan buat kuih akok pulak :D


Menu for kids.


And normally bila datang lunch time, ambik set macam kat atas ni la.
Untung ok.

And we love their pasta!
Seriously sedappp.
Bolognese tak pernah rasa lagi, but carbonara terbaik!


Eh gambar iolls haruslah edit kasi glowing -glowing sikit hahaha..
Orang tak cun, konpem la kena tacap.
Kalau cun, I letak muka bangun tido pun sanggup :D


Makan berdua tapi air 3.
Ko mampu? Haha..
Sebabnya kami tamak.
Nasik nak makan, pasta pun nak makan.
Jadinya order 3 set menu.

Dapat member yang sekepala macam ni lah.
Diajak makan tak pernah tolak, diajak order lebih pun OKAY sajer.
Jadi marilah kita makan selagi mampu :D


Nasi goreng belacan + soft drink + 1 scoop ice cream = RM7.90.
Berbaloi, seriuosly.


Cajun chicken + soft drink + 1 scoop ice cream = RM14.90.
Pun sangat berbaloi.

Cajun chicken ni dia ala-ala aglio olio rasanya.
Pedas-pedas sikit, but nice.

Makanan dia kira sangat berbaloi dengan harga.
Sebabnya portion banyak, lauk tak kedekut, selambak-lambak dia letak.


And environment dia sangat best.
Ku suka.
Simple yet nice.
Kalau pergi, cubalah carbonara pasta dia *tak habis lagi tu*.

The Burger Factory.
Perfect.
Terbaik.

Hamboi kemain puji macamkan buat entry advertorial kahkahkah..
Sekadar berkongsi.

Sekian :)

No comments: