Friday, October 24, 2014

Mata

......Cerita minggu lepas

Tua dah ambe ni.
Tahun depan dah 3 series.
Rasa macam tak boleh terima kenyataan la pulak huhuhu.
Dah tua-tua ni mata pun makin lah tidak memberi kerjasama.


Dari pagi membawak ke petang mengadap komputer.
Sampai rumah, sambung pulak dengan henpon.
Macam mana la mata tak jammed.
Bila sakit kepala menyerang, gunalah panadol.
Eh eh itu iklan dekat tibi :D


Sekadar gambar hiasan.
Nak tunjuk tu, 1 Malaysia sangat kan :D

Time sakit kepala datang, jumpa doktor pastu claim migrain.

Awak bukan migrain, tapi disebabkan mata. Awak rabun kan? Pakai spek!

Doktor pun nak emo.
Pastu tak dapat MC hahaha..
Jadik marilah kita buat apa yang patut.


Tadaaaa.
Malam tu jugak siap.
Canggih tak canggih tak :D

Mahalnya buat spek ni kan.
Yang aku buat ni, tempah cermin jer sebab bagi dia bingkai lama.
Cermin saje pun dah 300.
Bapak lah mahal aku rasa sebab power aku tak tinggi.
Rabun tak ada langsung, just silau jer.
Ada jer yang murah, tapi ikut kualiti.
Yang aku ambik ni kononnya bagus untuk yang pengguna komputer dan smartphone.
Boleh protect mata katanya.
Baiklah saya ambik.
Dasar mudah terpengaruh :D

Tapi takkan dah settle nak terus balik kan.
Mari la jalan-jalan dulu di Aeon Bukit Tinggi ni sambil-sambil standby wallet :D


Apa-apa hal Chatime jangan dilupakan.
Menu wajib tu hehe..

Then turun ground floor.


Alahaiiiii dia buat sale la pulakkk.
Handbag pulak tu.
Tapi imanku teguh utuh dan kukuh :D
Its okay, there's always be next time hahaha..


Satu, dua!
Selekehnya lahai dengan baju tido pegi mall.
Malas la nak tukar sebab kang balik terus tido jer :D
Rezeki Hafiy kali ni dapat sewa (free) kereta ni.
Sebab workdays kan.
Kalau weekend memang bertuah sangat la nak dapat ni.


First time try Texas Chicken.
Not bad rasa dia.
Pilihan set pun agak variety.
Harga pun ok2 la sebab untuk semua yang kat atas tu dalam RM20++.

Tapi 1 la nak complain.
Staff dia.
Sangat tak friendly.
Seriously la kena banyak improve.
Tak boleh lawan KFC & MCD.
Nasib baik foods okay.
Kalau tak confirm spoil.


Close up sikit :D
Bingkai lama, tukar cermin jer.
Sebab dulu buat power tak sesuai dengan mata.
Tapi ku simpan buat pekasam.
Cerdik sangat tak pegi tukar balik.
Senang-senang jer melayang 300 T_T


Yang ini pun spek lama.
1 batch dengan yang kat atas tu.
Masa buat dulu ada promotion buy 1 free 1.
Pun sama, simpan buat pekasam ler :D


Test selfie sikit.
Sebab katanya kalau selfie akan ada reflection kaler biru.
Sah, memang ada.

1 comment:

Mila Ahmad said...

kak, kita belum pun 3 series tapi dah 6 tahun keje ngadap PC je rabun jugak ni rasa hmmmmm