Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Sunday, October 5, 2014

Aidiladha 1435H / 2014

Assalamualaikum.
Salam Aidiladha semua :)
Kali ni tak lambat update kan kan kan?
Live update hokay kali ni :D

Kami masih juga beraya di Shah Alam.
Macam tahun-tahun lepas jugak.
Bila Raya Korban jarang dapat balik kampung Ganu.
Cuti kejap sangat okay..
Perjalanan jer pun dah makan masa 8 jam.
Kalau betul nak balik jugak memang kena planning awal-awal.

Sejak menetap di Shah Alam ni boleh dikatakan every year Raya Korban memang tak balik.
Since bujang.
Dah kawen ni pun sama.
So macam dah terbiasa.

Tak apalah, dekat mana-mana pun sama.
Dekat Shah Alam ni pun ada family kan :)

Ok sambung cerita raya.
Planning awal nak solat raya dekat area rumah in law.
Tapi oleh kerana malam tido lambat, pukul 2 baru reti nak tido, so bila dah pagi pun tak reti-reti la mata tu nak bukak :D
Hubby bangun mandi siap-siap nak gi masjid pun aku duk terbongkang lagi dengan Hafiy.
Senonoh sangat perangai tu kan :D

Ayang, rendang ayam mana?
Ayam beku lagi.
Ketupat palas?
Ketupat malas ada la.

Nasib badan lerr :D
So moh la kita siap-siap pegi rumah mak.
Boleh makan free hahaha..


Alhamdulillah masih lagi bertiga raya kali ni.
Raya akan datang insyaAllah ada rezeki mana tau ber-4 pulerrrr ;)

Ayah mertua ambik bahagian jugak korban kali ni.

Hafiy jom kita pegi tengok lembu nak?
Nak. Nak enok ibuk.
Bukan ibuk, lemmm-buuu
Iiii-bukkk

Suka hati awaklah T_T


Masa kami sampai tu dah almost siap dah semua lembu dilapah.
Ada 14 ekor semua yang masjid ni korbankan tahun ni.


Tapi ada yang buat persendirian punya.
Ada 2 ekor.
1 dah siap sembelih 1 lagi baru nak sembelih masa kami sampai tu.
So dapat la tengok.
Gambar kat atas tu dorang tengah selawat :)


But seriously this is the first time ever aku tengok ibadah korban ni depan-depan mata.
Takut darah okay.
Sangat-sangat tak berani.
Masa kecik-kecik dulu pernah la.
Tapi tak pernah pegi dekat.

Tapi kan.. ada eloknya aku pergi tengok korban tu depan mata dah tua-tua ni.
Seriously rasa nak menitik air mata.
Bila tengok lembu-lembu tu nak dicabut nyawa, aku jadi sebak.
Betapa seksanya dia.
Itu haiwan, yang tak ada dosanya.
Kita? Dah bersedia ke kita? :'(


Ibu ibu tu ibuk nak ena otong.

Ok ibu konpius.
Lembu ke ibu yang nak dikorbankan ni T_T


Mak mertua yang paling baik di muka bumi :')


Juga ayah mertua yang paling hebat di alam semesta.
Sang suami?
Musti la yang sangat mabeles di hati saya :D


Ni adik yang study dekat Johor.
Raya kat rumah aku tahun ni.
Nampak tak muka tacing tak dapat balik kampung tu?
Hahaha...


Budak ni kan, jumpa batu macam jumpa mutiara.
Bila sampai rumah nanti nampak la seketul dua dia bawak balik as cenderamata.
Kalaulah hobi awak tu berfaedah kan wahai anak.

Ibadah korban dah selesai, daging pun dah dapat.

Masak sedap-sedap tau mak.

Dasar menantu hantu bahahahaha...

1 comment:

n0rraslida alias said...

suker3... lid pon suker sebut dasar menantu hantu.. :P mai oiii