Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, October 28, 2014

GM Klang > Putrajaya > Uptown Danau Kota

Ok kita sambung setori yer ;)

Hari Sabtu, settle breakfast, kejut budak-budak yang tak-reti-reti-nak-bangun sebab bermain sakan malam tu, siap-siap, gerak dalam pukul 10 pagi.
Belajar dari pengalaman semalamnya.
Bila keluar lambat, budak-budak pun cepat buat perangai sebab lapar, mengantuk dan segalanya.
Jadi hari ni kita keluar awal sikit.

Destinasi pertama, ke GM Klang.
Alah dekat bebenor jer dengan rumah iolls.
Dalam 15 minit dah sampai.

Kali ni kak ngah dah standby carrier lebih sebab tau boss kecik ni mesti akan mintak didukung jugak.
First time guna carrier menjak dia dah besar ni.
Tapi sayang, gambar tak snap.
Kuciwaaaa T___T

Syok rupanya bercarrier ni.
Memang la sakit jugak badan sebab dia dah berat kan.
Tapi kurang-kurang better la dari kita dukung manually.

Tapi tak lama, dia rimas sebab tak boleh bergerak bebas.
Lepas tu tanya nak dukung lagi ke tak, terus tak nak dah hahaha..
Bahagia maknya boleh berjalan sendiri tanpa perlu memikul beban :D

Tapi macam biasa la mata kena be extra aware dengan budak-budak ni.
Sekelip mata terlepas pandang, macam-macam boleh jadik.
Lagi-lagi anak abang tu, suka benor jalan menonong tanpa peduli mak ayah dia.
Hafiy ni ok sikit sebab dia jenis tak nak berenggang dari aku.
Yang si Aliff tu dia memang boleh bawak diri sendiri main ikut jer sape-sape yang dia suka.
Ada 1 kali tu ada orang lalu sebelah, tengok dia pastu gosok-gosok kepala.
Lepas tu dia boleh menonong ikut orang tu tau.
Kalau tak tengok masa tu memang boleh hilang dah.
Lagi-lagi pergi masa weekend, public holiday pulak tu, orang memang ramai.
Memang tersangat kena double triple extra alert.

Jalan-jalan dekat sini pun tak beli apa sangat.
Aku sempat beli telekung lycra kaler-kaler tu jer.
Lama dah nak beli, baru la terbeli.
1 untuk mak, 1 untuk mak mertua, 1 untuk diri sendiri.
Jadik la buat penawar even tak dapat nak shopping banyak-banyak T___T

Gedik okay sabotaj sandal ibu.

Tak sempat nak snap apa la kali ni.
Sibuk menjaga hero-hero dari terlepas jer.

Settle dekat GM Klang ni, terus gerak pegi Putrajaya.
Kak ngah ada hal nak settle, nak jumpa kawan dia.
Kali ni Hafiy dah buat perangai nak tido.
So tukar driver, abang ngah drive.
Again, thanks to Waze hahaha..

Lepas selesai urusan kak ngah, kami ke Cruise Tasik Putrajaya.
Nak bawak mak, budak-budak ni naik bot.
Yang mak-mak bapak orang ni takdenya nak excited mana hahaha..


Apa-apa hal isi perut dulu.
Dah kebulur nampaknya masing-masing :D


Kali ni kami naik Perahu Dondang Sayang pulak, RM20/pax.
Abang kata selesa sikit.
Baiklah :D
Mak dapat diskaun half price sebab warga emas.
Alahai tua dah mak, 55 dah umur tahun ni.
Tapi Alhamdulillah masih sihat lincah cargas buat keje memasak di dapur dan di semua tempat hehehe..
Aku jer yang selalu kena bebel sebab lembab :D

Kali ni naik dalam 15 minit camtu jer.
Hero-hero semua dah mengamuk nak tido.
Mintak driver bawak kami balik cepat-cepat, siap suruh speeding hahaha..
Malangnya tak boleh, kelajuan dia setakat itu saje :D


Tiap kali jumpa photo booth, macam ni la mak.
Even bayar harga yang tak berbaloi pun untuk sekeping gambar, dia mesti nak.
Ni ambik gambar ngan burung-burung kakak tua ni, sekeping gambar 4R tu jer dah 20hengget perghhhh.
Dah beli gambar dia baru boleh snap guna own camera.
Kalau aku tidak ler nak spend duit untuk ni.
Tapi demi mak, ku gagahi.
Bukan selalu dia dapat pegi tempat-tempat macam ni :)

Dari Putrajaya, singgah rumah mak mertua jap.
Memang selalunya kalau family aku datang, akan singgah sini melawat.
Siap kena marah dengan mak mertua sebab tak inform awal-awal pukul berapa nak datang.
Dia nak masak nasik ayam, aku cakap suruh masak mee goreng jer hahaha..
Takpe mak, tak payah susah-susah la :D

Malam tu pulak aku ajak dorang pegi uptown.
Oleh kerana Uptown Shah Alam dah hangus terbakar, ku usulkan kepada hubby mau ke Uptown Danau Kota.
Nasib baik beliau setuju :D
Abang ngah pulak on ajer.
Aku ingat dah surrender dah dia haha..

Seperti biasa, Waze adalah sahabat sejati di kala ini.
Jauh jugak la Uptown Danau Kota ni.
Dalam 45 minit as stated dalam Waze.
Tapi kami pergi almost nak dekat 1 jam baru sampai.
Dengan jammed, dengan parking full.
Dah malam minggu, tabahkan hati jer la :D

Ok dekat sini memang sangat mencabar.
Si Aliff tak nak berdukung.
Nak berjalan.
Abahnya dah stress nak melayan anak yang membuas.
Ikutkan dia nak balik jer lepas settle beli barang serba sikit.
Tapi aku cakap, bukan senang nak sampai sini, jom la jalan-jalan lagi.
Tapi dia duk risau pasal anak dia yang ke sana ke sini..

Then apa aku buat, aku pegang tangan dua-dua budak ni, pimpin.
Sepanjang-panjang berjalan tu aku pimpin dua-dua.
Bila ada geng dorang okay sikit.
Lagipun budak-budak ni kena pandai alih perhatian dia.

Huishhh tak senang oii nak menjaga dua budak serentak.
Kiri kanan aku pegang.
Dah macam kembar.
Dengan pakai baju biru sama-sama.
Dengan topi askar sama-sama.
Yang sebelah kanan melompat, yang sebelah kiri nak tarik barang dalam kedai.
Dengan manusia yang sesak berpusu-pusu.
Peluh pun tak sempat nak lap oiii..
Dari muka meleleh ke leher, meleleh ke tut tut bahahahaha..
Nak suruh hubby tolong snap gambar pun tak daya.
Muka aku dah merah macam hape :D

Gini la agaknya gaya orang beranak kembar.
Serius kena kental.
Abang and kak ngah pun surrender tak boleh jaga.
Budak-budak ni cara nak handle dorang lain sikit.
Kena pandai psycho.
Eh bukanlah kata aku hebat bona jaga budak, takkk…
Sebab dia ada geng lagi senang.
Nampaknya kena cepat-cepat ni bagi Hafiy adik tsskk tsskkkk :D

Oleh kerana sibuk menjaga hero-hero, barang aku 1 hape pun tak beli T__T
Tak mengapa, tak mengapa.
Lain kali boleh ajak lagi.
Tu pun kalau encik suami sanggup la hahaha..
Tapi besar betul uptown ni.
Gerai banyak.
Yang paling best gerai makan, banyak gilerrrr.

Settle semua, gerak balik.
Hampir 2 jam berjalan, boleh tahan penatnya.

Nah panjang lebar entry kali ni.
Penat ku mengarang.
Aku pegang 1 jer, untuk kenangan :)
Sekian.

1 comment:

Fyda Noh said...

Suka baca blog awak.. banyak tempat menarik awak dah pegi.