Friday, October 31, 2014

Pulang

Ahad tu tetamu dah nak balik dah.
Eh jap, lambat pulak sambungan cerita ni yer.
Dah nak Ahad balik dah pun : D


Tinggal la Hafiy sorang-sorang lagi yer.
Takpe Ibu akan usahakan untuk Hafiy dapat adik secepat mungkin :D


Sayang sangat dia dekat budak kecik.
Masa dorang ni ada, nak kejut pagi punya susah.
Yelah dah penat main malamnya tu kan, tido pun lambat.
Tapi bila umpan dengan baby, ajak main dengan baby, terus bangun.
Kan senang kalau baby sentiasa ada kat rumah.
Ok2 cepat berusaha! Hahaha..

Eh lupa, si adik ni namanya Iskandar Zulqarnain :)


Gelagat 2 budak ni memang win.
Jarang jumpa, tapi ok la senang berkawan.

Aliff: Ayam kokok
Hafiy: Ayam totok
Aliff: Ayam kokokkkkk
Hafiy: Ayam totokkkkkk

Hafiy: Eh pishhhh
Aliff: Ikan lah
Hafiy: Pish lahhh
Aliff: Ikannn
Hafiy: Pishhhhh

T____T

Walaupun si Aliff tu pangkat adik (muda 2 bulan), tapi dia tak sepelat Hafiy.
Boleh paham la kalau dia cakap apa-apa tu.
Kalau Hafiy yang cakap, aku sorang jer yang terror mampu translate hahaha..
Cakap nak laju-laju, pastu pelat.
Geleng kepala orang lain nak memahamkan dia cakap apa.
Kritikal pelat dia kau tauuuu.
Malas nak senaraikan jer.

Entah bila lagi la nak jumpa ni kan.
Aku ni dah la balik kampung jarang-jarang.
Dalam setahun ada la 2, 3 kali balik Ganu tu.

Jumpa tahun depan la pulak agaknya hehe..

No comments: