Tuesday, October 21, 2014

Uptown Shah Alam I Miss U Huhuhu

Feveret place bila stress.
Bila stress balik dari keje, uptown ni la tempatnya.
Bila stress jer, sampai uptown.
Sampai uptown jer, sebab stress.
Stress dan uptown berpisah tiada :D

Awak kita stress la.. sakit kepala betul tempat keje tadi.. macam2 hal..
Nak pegi uptown tak?

Tengok, betapa hubby sangat memahami.
Uptown tu dah macam pil penenang :D

Tapi itu duluuuuu.
Sebelum kejadian buruk menimpa uptown kesayanganku.


Nampak tak apa yang berlaku?
Nampak tak nampak tak nampak tak???
T_T
Sedih hokay bila dengar benda ni jadi.
Oh uptownkuuuu.
T_T

Kebakaran ni jadi 15 Oktober lepas.
Orang kata pukul 3 pagi camtu start terbakar.
Aku pun tau bila kawan-kawan whatsapp.
Semua aim aku.
Nampak sangat aku kaki uptown bahahaha..

Last aku pegi situ 7 Oktober, seminggu sebelum kejadian.
Nasib baik sempat pegi.
Eleh macamkan kau jarang sangat pegi kan hehehe..

Masa malam aku pegi tu, beria aku snap gambar nak publish dekat blog tau.
Tapi tak sempat nak publish dah terbakar pun.
So gambar-gambar ni semua sekarang jadik kenangan huhuhu.
Walaupun yang aku dengar, only 40% dari kedai-kedai ni yang terbakar.

Jadik marilah kita hashtag throwback :D


Kedai Kelate ni.
Menu pilihan selalunya nasik kukus ayam berempah dia la.
Tak pun nasik kerabu daging masak kunyit.
Pergghhh nyaman rasa dia okay..

Tapi kan kalau aku tak silap, area kedai makan orang kata tak terbakar.
Betul ke tidak tak dapat disahihkan.
Aku pun malas nak carik info.
Lepas ni beroperasi balik ke tak pun uptown ni, aku pun tak pasti.

Takpe-takpe kita sambung cerita walaupun dah tinggal kenangan :D


Menu wajib adalah nasik kukus/nasik kerabu + kopok lekor + air kelapa gelas besar.

Lazat okay lazatttttttt.
Sudu tu letak tepi jer.
Kasi gaul guna tangan, makan guna tangan.
Baru melayu :D


Budak ni menu dia itu aje la.
Kopok lekor + air kosong.
Senang kan nak bela? Hahaha..


Laki aku pun pelik kenapa aku beria sangat ambik gambar malam tu.
Rupanya nak tunjuk, maybe tu kali terakhir dah aku pegi situ kan? Hehehe..


Licin dibelasah.
Ahh tiba-tiba ku teringin nak makan ni T_T

Aku kan (kami la) kalau pegi sini selalu nak makan la.
Kadang tak nak beli apa-apa pun.
Just pegi makan jer pastu balik.
1 kedai ni jer pun yang kami selalu makan.
Kedai lain memang tak pernah singgah.

Salah 1 sebabnya adalah, dorang panggil kita masuk makan dekat kedai dia macam meniaga lelong tau.
Sambil dia ikut kita sambil dia promote.

Kak, abang singgah makan. Masakan panas ada, goreng-goreng ada, satay ada. Masakan thai, tomyam, nasik goreng, mee goreng, semua ada.

Masalahnya bukan 1 kedai macam ni, almost semua.
Nak makan pun jadik stress T_T

Tapi kedai Kelate tu low profile, tak payah panggil pun orang berpusu-pusu pegi hehehe..
Thats y I like.


Ni la jugak tempat tumpuan aku tiap kali datang sini.
Syurga casing hihihi..

Tapi dengar cerita depa sebenarnya memang dah lama nak pindah uptown ni.
Nak pindah ke Kota Kemuning nun.
Dengar cerita lah.
Entah sahih entah tidak.
Tapi kalau betullah di Kota Kemuning, mak lagi sokkaaaaa.
Dekat bona dah tu :D

Oh ku sudah mula merindui tempat ini.
Drama sangat tau *dush*.

1 comment:

siti nurafida noh said...

Nasib baik sempat snap gambar banyak2