Auto publish entry..
Gigih update blog malam-malam.
Mata tak mengantuk langsung.
Hero-hero berdua dah selamat berperang muzik.
Indah betul alunan bunyi itu T_T
Bukak tablet, browse thru photos, ada folder ni.
Sementara mata tak mengantuk, and sementara boss kecik tido ni, boleh la ku gunakan tablet ni.
Kalau tak jangan harap.
Lagipun laptop pun dah lama sangat tak terusik.
Hari-hari ngadap laptop office, bila balik rumah dah takde hati nak bukak laptop lagi.
Cukuplah 10 jam sehari.
Selama ni pun, semenjak pakai smartphone, memang update thru phone jer.
Eh eh handphone takpe, lain :D
Tapi leceh sangat okay.
Handphone ni besar mana la sangat pun.
Nak edit gambar tu bukan sekejap.
Nak resize, nak letak watermark.
Kena sangat gigih.
Lagi-lagi 1 entry jer photo dah berpuluh-puluh.
Eh eh sape suruh letak banyak-banyak.
Sendiri nak letak sendiri kecoh :D
Ok kita pergi ke tajuk sebenar, main layang-layang.
Alahai tajuk, tak bernas langsung :D
Ni cerita cuti Hari Merdeka 31 Ogos yang lepas.
Yer tak hairan kan, blog ni memang macam ni.
Tunggu la lepas-lepas ni banyak lagi entry hashtag throwback bakal muncul.
Eh konsep blog ni memang macam ni.
Konsep janji update nama dia :D
Ok2 sambung cerita main layang-layang.
Tempatnya kat sini, Kepong Metropolitan Lake Garden.
Bukan kat sini la, sebelah dia.
Memang nama tempat tu Taman Layang-layang or something like that.
Tak ingat ler aku.
Guna Waze, search tempat ni mesti jumpa.
Dari rumah kami dalam 30km.
Lebih kurang 30-40 minit drive.
Tapi datang hujung minggu, public holiday pulak tu, memang manusia ramai ler.
Eh eh ingat kau sorang jer ke nak beriadah kannn..
Tapi best, meriah.
Ya ampun.. bersepah!
Sini boleh dikatakan semua main layang-layang.
Tak layang-layang, bubble.
Tak pun roller blade.
Si kecik ni taknak kalah, nak pegang sendiri tali tu.
Masa mula-mula kami sampai, angin tak berapa nak kuat.
Layang-layang pun segan silu nak naik.
Mengamuk la Hafiy ni.
Marah sebab layang-layang tak terbang.
Dah nak buat macam mana nak ooii, kalau ibu tiup pun memang sah takkan berganjak walau seinci :D
Then dah lama-lama sikit baru angin datang balik.
Punya excited si kecik ni.
Siap berlari-lari bawak tali sampai terbelit orang sekeliling T_T
Takpelah janji awak happy.
Wajah kesayangan hamba :)
Kami tau tempat ni pun dari abang ipar.
Dorang post dekat grup whatsapp.
Mulanya dah plan nak ke Pantai Morib, nak bawak Hafiy main layang-layang kat sana.
Bila tengok tempat ni macam menarik plak.
Hubby balik dari keje (yes he's working on that public holiday), terus bentangkan kertas kerja :D
And approved hihihi ;)
Anak happy, Ibu Abi lagi happy :)
Tempat ni agak luas tau.
Playground pun ada, besar.
Surau, tandas, tempat parking pun agak luas.
Tapi kami park jauh sikit, seberang jalan sebab dah terlajak.
Sebabnya masa nak masuk tu kereta berpusu-pusu nak masuk.
So terpaksa la parking jauh sikit.
Ok dah habis cerita.
Moga bagi idea pada kamu-kamu yang kadang-kadang tak tau nak ke mana di hujung minggu :)
Ok dah 1 pagi, esok kerja.
Bye.
1 comment:
Waahhh.. seronoknya habiskan masa bersama keluarga untuk aktiviti yang boleh eratka ukhwah ;)
Post a Comment