Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Monday, October 27, 2014

Taipan > Kenanga Wholesale City

Tiba-tiba blur tak tau nak start story macam mana :D

Alah start jer la macam mana pun.
Macam kan orang kesah sangat haha..

Ok rancangan asalnya abang 1 family nak gerak datang ke sini hari rabu, which is cuti Deepavali tu.
Tapi last minute tak jadi sebab anak dia tak sihat.
So postponed, khamis baru bertolak.
Aku dah siap-siap ambik cuti khamis and jumaat tu, so cuti jugak la.
Malas la pulak nak masuk office sehari then esoknya cuti balik.
Baik beristirehat dekat rumah layan anak kan kan kannn :)

Hari khamis tu dorang sampai pun dah malam.
Nasi ayamku dimakan sebagai supper hahaha..
Tapi ada ke depa kata nasik ayam aku tak sedap?
Tak cukup garam?
Eh garam baru beli tau siang tu.
Biasa la garam baru, tak reti nak bajet letak banyak mana hahaha..
Puiiiiiii tak nak ngaku jugak tu kelemahan diri.
Baiklah baiklah tak cukup garam T_____T

Esoknya bangun pagi, tengok atas meja nasik minyak dah terhidang.
Perghhhh heavennya bila mak dekat rumah ni.
Sebut jer nak makan apa, pasti muncul.
Hari tu dah la raya tak dapat makan nasik minyak mak, jadi kita qadha balik.
Nasik minyak + ayam masak merah + acar timun.
Heavennyaaaaaaaaaa.

Perut dah kenyang, jadik marilah kita berjalan-jalan pulak.
1 hari (khamis) dah burn.
Jumaat baru kita boleh start meronda.

Destinasi pertama, Taipan USJ.
Abang nak beli camera katanya.
Dah siap survey, tinggal nak pegi ambik dan bayar jer.

Cousin yang hanya beza umur 2 bulan. Hafiy Al Zikry born on March 2012 and Aliff Naziran born on May 2012.
Mak tersayanggggg
Family babywearing nama dia ni hehe..
Aloh aloh aloh ibu tacing okay nengok gambar ni :')

Settle dekat sini, terus zas pegi Kenanga Wholesale City.
Terima kasih pada Waze yang sangat membantu.
Kalau tak ada ni, boleh kering minyak dalam tank, boleh habis duit touch n go aku hahaha..
Sape yang jenis macam aku, buta jalan, sila lah install apps ni yer.
Lagi-lagi kalau nak ke KL nun.
Jalan dia masyaAllah… bersimpang siur!
Sebab tu jugak lah laki aku tak suka ke KL.
Kalau nak jugak pegi, marilah kita naik KTM T__T

Kali ni aku jadi driver.
My hubby is working.
Nak ambik cuti tak lepas sebab cuti Deepavali ni semua pakat cuti.
Tak ada orang nak jaga staff.
Jadinya berdikari lagi la kami.

Rupanya Pusat Borong Kenanga ni tak ada la jauh mana.
Dalam pukul 1 petang camtu kami sampai.
Lebih kurang setengah jam perjalanan jer.
Maybe jugak sebab kami pegi masa weekdays, office hour plak tu, so tak jammed langsung.
Sesat pun tak, terus sampai parking.
Tiba-tiba rasa hebat teramat hahahaha..

Tapi yang peliknya even office hour pun, car park full.
Bangunan dia punya la tinggi.
Start dari level 9 adalah parking, tapi semua full.
Kami park dekat level 11 okay.
Rasanya ni paling atas dah kot.
Bayangkan berpusing-pusing sampai la tingkat 11.
Giler gayat nak drive sampai atas tu.
Tapi takpe, demimu shopping, ku gagahkan jua :D

Dah bertahun-tahun menetap di Selangor ni, memang ku tak pernah jejak kaki ke sini.
Ni pun datang sebab abang yang request.
Kalau tak, tak tau entah bila tahun nak datang sini.
Terima kasih abang ngah hahaha *tetiba*.

Tujuan asal ke sini nak survey barang.
Abang nak meniaga katanya.
Nak tengok-tengok tempat mana murah nak memborong.
Tapi dekat sini mostly jual baju lah.
Dalam 3 atau 4 level pertama tu memang jual baju jer.
Kedai-kedai lain pun ada, tapi mostly dikuasai oleh baju-bajan.

Tapi langit tak selalu cerah.
Gittewww..
Berjalan dengan budak-budak kecik, ada saje la peelnya.
Abang ngah and wife senang, dah bawak carrier.
So kendong je ke hulu ke hilir.
Si Hafiy dah tengok orang lain berdukung, dia pun sibuk la nak berdukung jugak.
Nak tak nak terpaksa la aku dukung dia sepanjang dekat situ.
Masalahnya dia tu dah berat, kak ngah pulak tak bawak carrier lebih.
Naik bengkak lengan ni okay.

Terpaksa la jugak beli something nak alih perhatian dia.
Dia memang macam ni, kena beli at least 1 barang untuk kasi dia leka, baru dia nak jalan.
I know, not good sebab selalu kena upah mainan.
But this is the only way untuk tak membebankan badan sendiri.
Even kalau Abi dia ada pun, dia tetap nak Ibu dia ni yang kendong.
Maklum ler standard tilam Lorenzo T__T


Singgah makan dekat food court dia sebab anak abang ngah dah berdrama, lapar agaknya.
Hafiy relaks jer, janji ada umpan huhu..

Budak cheeky. Menyengehhh jer keje. Gigit kanggg.
Terima kasih anak ibu sayang sebab tak buat perangai yang melampau-lampau :)

Lepas makan ronda-ronda lagi sikit.
Tapi tak menyempat nak beli apa pun.
Nampak budak-budak pun dah penat.
Then dalam pukul 330 macam tu teruslah gerak balik.
Nak pergi next destination pun takde daya dah.
Budak-budak dah start cranky sebab mengantuk kan..


Malam tu pulak tak kemana-mana pun.
Lepak dekat rumah jer.
Kita sambung esoknya pulak.
Next entry please! :D

1 comment:

Fyda Noh said...

masa-sama cuti dihabiskan dengan family memang best sangat. saya pula, kalau p jalan, anak adalah indikator untuk balik. asal bila buat perangai cantik dia, memang balik terus. kalau tak,habis 1 kedai nak diborong nya