Boring ngadap newsfeed.
Tak cerita anjing, cerita jeruk pelam asam boi.
Tak pun cerita Dyana Sofya. Eh? :D
Yang terbaru cerita JDT.
Kikikiki nak gelak malu-malu jer ;)
Ok I tak mau la cerita-cerita yang dah panas ni masuk blog I.
Tak pasal-pasal nanti blog I pun panas sama.
Tak mau lah.
Blog I kan suam-suam telinga jer :D
Kita cerita pasal makan nak?
Lagi best.
Lagi kenyang.
Lagi menyelerakan dari cerita Dyana Sofya.
Eh eh lagi sekali hahaha..
Ok jom review tempat makan best.
Port baru.
My all time favourite, of course char kuey teow.
Sham Char Kuey Teow 696.
Hmm kedai biasa-biasa jer.
Iolls tak pegi kedai standard-standard sangat :D
Kedai ni dekat Shah Alam jer, seksyen 19.
Jangan risau, kalau aku yang review, takkan sampai ke KL nun.
Takat Shah Alam, Klang, Subang haa boleh la :D
Mine.
Char kuey teow + udang galah - taugeh = RM8.00
Hehehe ada pulak menu tambah tolak yer :D
Hubby's.
Char kuey teow + udang galah + kerang + telur mata = RM9.00
Sebelum ni hubby jer yang tapaukan bila balik dari kerja.
Ni dapat makan panas-panas pergghhh.
Nah menu.
Maap tak clear pun.
Dah la tak clear, siap ada promo turun berat badan lagi kat situ.
Sentap mak T_T
Lupa nak snap menu kecik tadi.
Maklum ler jakun sebab first time jumpa kedai cenggini order kena tulis sendiri macam dekat kopitiam :D
Hari ini dalam sejarah sebab budak ni makan otak-otak.
Puas aku tonyoh dekat mulut nak kasi dia rasa.
Dah kena kat hujung lidah baru la nak makan.
Susahhhhhh sesangat nak bagi makan.
Kalau bubur iye, laju.
Nampak tak muka bahagia bila dapat apa yang dihajati?
Cuba kalau tak dapat? Muahahaha..
Tu udang galah 5 ekor aku balun.
Hubby makan sekor jer.
Yang lain dia kasi aku sebabnya macam biasa, malas nak kopek kulit.
Review???
Terbaekkkkkkkkk.
Cukup rasa cukup semua.
No complaint.
Tekak aku la yer.
Tekak kita tak sama.
Kang ada pulak yang mencaci cakap aku review tak betul.
Ingat yer tu tekak aku, tekak korang sila pergi tadah sendiri :D
Ada lagi menu lain.
Satay, sup, goreng-goreng.
Air kosong self service, guna penapis Coway lagi tau ;)
Tapi datang sini jangan order laici kang tau, tak sedap hahaha..
So far tekak ni sangat-sangat menyukai kelazatan rasa dia.
Dengan udang galah 3 ekor besar-besar gabak.
Puas hati dan pasti datang lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi.
Baiklah, baiklah orang paham dah tu kau akan datang lagi :D
Ok lagi sekali nak bagitau, kedai ni dekat Seksyen 19, Shah Alam.
Berhampiran dengan De Palma Hotel, Klinik Kesihatan Seksyen 19.
Tepi jalan besar jer kedai dia.
Boleh nampak la even kecik sikit.
Nak cuba sila la datang yer.
Berbaloi.
Seriously.
Sekian.
Nak tido ;)
No comments:
Post a Comment