Sunday, October 12, 2014

Berweekend Berdua

Berweekend katanya.
Macamkan susah sangat nak tulis berhujung minggu.
Nak jugak tunjuk ko tau bahasa omputih bahahaha..

Hujung minggu kalau tak kemana-mana, tak bawak Hafiy berjalan, rasa tak complete.
Weekdays dah sibuk dengan kerja.
Hantar rumah pengasuh pukul 8 pagi, pukul 7 malam baru ambik.
Kurang sangat masa untuk spend dengan dia.
So harapkan weekend jer la nak bawak dia kemana-mana.
Yes I mean kemana-mana saje.

Kononnya semalam (sabtu), after balik dari kerja nak bawak dia pergi Tasik Shah Alam.
Tapi bila tidokan dia, kita sekali terpengsan.
Sedar-sedar dah 6 petang.
Jadinya kita bertasik dalam bilik air je la yer T_T

So hari ni ahad, kita cuba jugak pergi mana-mana.
Hubby is working, like always.
Pukul 5 petang plak tu baru balik.
So jom, kita outing berdua jer sayang.
Yeayyy!!


Destinasi kami, The Summit USJ.


Rindunya lahai tempat ni.
Dah 6 bulan tak datang semenjak tukar tempat kerja.
Kalau dulu almost everyday lunch time dekat sini.
And almost everyday jugak spending so much of money hahaha..
Shopping complex weh, what do u expect?
Dah la dekat ground floor tu selalu buat sale.
Macam-macam sale pulak tu.
Tak beli rugi :D


Kali ni pergi, main target ke Mr DIY.
My all time favourite place.
Barang-barang sangat murah.
Try la pergi, mesti puas hati :)

Tapi ada kejadian.
Asyik kejadian jer aku ni hahaha..
Dah sampai kaunter nak bayar ni.
Budak cashier tu dah scan separuh barang-barang.
Aku cek beg, purse tak ada!
Tertinggal dalam kereta!

Alamak dik, beg duit saya tertinggal. Simpan dulu yer barang-barang ni, jap lagi saya datang balik.

Hampeh betul T_T
Satu hal pulak nak kena turun balik ke basement parking.
Jauh la jugak berjalan.
Dah la stroller Hafiy tak bawak.
Kesian kat dia jer la kena jalan jauh.
Nasib baik tak buat perangai.
Umpan dengan mainan macam biasa hahaha..


Tapi lift dekat Summit ni tak pernah nak improve.
Dari dulu sampai sekarang.
Dari aku bujang, ni la tempat date, tempat tengok wayang kami.
Lift dia tak pernah nak elok.
Heran aku.

Then dah ambik purse, naik balik, pergi bayar.
Lepas tu turun ground floor, beli Chatime.
Kalau dulu, kurang-kurang 1 minggu sekali mesti minum.


Layan gambar selfie kami aje lerr :D

And hari ni ada sale jugakkkk.
Sale giant.
Sempat la sambar hubby punya boxer dengan seluar Hafiy sehelai.
Jadi la buat hilang rindu shopping dekat sini :D


Habis cerita hujung minggu.
Minggu depan kita tengok pulak kemana kita.

Assalamualaikum :)

No comments: