Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, December 17, 2014

Hafiy & Taska

Bulan 3 tahun depan Hafiy dah 3 tahun.
Alah alah alah alah anak Ibu dah beshaaaaa...

Dah lama berniat nak hantar dia ke taska bila dah masuk 3 tahun nanti.
Aku nak dia bergaul, berkawan dengan budak-budak sebaya dia.
Sebab sekarang kawan dia cuma anak-anak pengasuh semata-mata.
And sorang lagi budak yang pengasuh jaga.
Balik-balik cerita pasal boboi, tak pun kakak, tak pun abang, pastu baby.
Hidup dia berkisar dengan dorang semata.

Hafiy pelat, sangat pelat.
Boboi (anak pengasuh umur 3 tahun lebih nak masuk 4 tahun), punnn pelat kemain.
Budak-budak ni dia belajar dari apa yang dia nampak, yang dia dengar.
Kalau hari-hari pun bercakap sama-sama pelat, memang susah la nak betulkan balik cara bercakap dia.

Lagipun aku ada la sikit kurang berkenan dengan cara pengasuh tu.
Telinga Hafiy pernah luka kena cubit.
Banyak kali okeh.
Yes dia jenis angkat tangan jugak sometime.
Tapi aku sabarkan jer hati, pikir yang positive-positive ajer.
Maybe Hafiy degil ke, tak dengar cakap ke, bergaduh sama-sama dorang ke.
Tapi bila dah agak kerap, hati mak mana yang boleh tahan kan?
Ok lah malas nak cerita panjang pasal ni.
Bikin emo.

Sekarang ni, sementara waktu Hafiy stay rumah abang ipar.
Dekat area rumah aku ni jer rumah dorang.
Tak sanggup dah aku tengok Hafiy kena lagi.
Dah 3 minggu lebih kurang tak hantar ke pengasuh dia.
Tapi aku inform cara baik la dekat dia tak hantar Hafiy dah.

So berbalik pada hajat aku tu.
Memang hajat di hati nak hantar dia ke taska bila dah masuk 3 tahun.
Pilihan pertama aku is CIC (Children Islamic Centre).
Tak la jauh sangat dari rumah aku, just dekat Kota Kemuning jer.
Kakak ipar hantar dua-dua anak dara dia dekat CIC ni, dah nak masuk 3 tahun lebih kurang.
Dia kata tempat ni ok, budak tak ramai, and belajar pun bagus.
Jadi niatnya memang nak hantar Hafiy ke sini.

Then baru-baru ni aku try call CIC ni, tanya pasal pengambilan budak baru.
Tapi mulai tahun 2015 ni, dorang dah tak ambik budak umur 3 tahun untuk jaga full day.
Just ada 2 choice which is 830 pagi - 1200 tengahari; 830 pagi - 200 petang.
Fullday daycare dah tak available dah.
Aku nak yang ada fullday, so tak payah dah nak ke sana ke sini.
So CIC dah terkeluar dari list nampaknya huhuhu..

Genius Aulad and Little Caliph pun aku survey sama.
Salah satu ni aku dah pernah call, kalau tak silap Genius Aulad.
Katanya umur minimum adalah 3 setengah tahun.
Masa awal tahun 2015 nanti Hafiy belum pun 3 tahun.
So tak boleh.
Little Caliph aku survey dalam website, umur minimum adalah 4 tahun.
Lagiiii la tak cukup syarat.
So aku stop dulu pencarian.
Takpela, tangguh la dulu sampai tahun lagi satu, baru hantar ke taska.
Nak buat macam mana, semua nampak macam tak ada rezeki lagi.

Sehinggalah satu hari tu aku nampak satu banner masa on the way ke office.


Ada satu taska baru bukak named Little Huffaz, dekat Berjaya Park, Jalan Kebun.
Tengok macam menarik, dekat pun dekat dengan office.
Satu jalan pulak tu.
Konsep pengajaran dia pun memang seperti yang dicari-cari.

So aku call owner dia, buat appointment nak jumpa.
Kami datang malam, lepas balik dari kerja.
Dah 3 minggu lepas sebenarnya meet up ni, cuma baru sekarang berkesempatan nak update serba sikit.

Entrance
Puppets Room
Puppets Room
Assembly Room
Assembly Room
Assembly Room
Assembly Room
Playroom
Classroom

Dengar penerangan dari Puan Hazlina ni rasa seronok la.
Nak cerita balik pun aku tak reti sebab banyak benor yang dia cerita haha..
Mulanya aku nak ambik borang dulu, then balik rumah baru decide.
Tapi hubby cakap isi jer terus, macam dah berkenan sangat gayanya.
Jadi isilah apa yang patut.
Lagipun Puan Hazlina cakap pengambilan untuk budak 3-4 tahun limit to just 15 orang and 5-6 tahun 30 orang.
Hubby risau la tu kot penuh.


Yang aku suka pasal Little Huffaz ni adalah:
  1. Islamic approach
  2. Yuran tahunan just RM680, murah lagi if compared to others established kindergarten.
  3. Yuran bulanan yang affordable which is RM380 sahaja.
  4. Daycare dari 700 pagi - 700 malam, overtime charge started after 700 malam.
  5. Kadar charge overtime pada RM2/jam.
  6. Bukak pada hari Sabtu pertama dan ketiga (which is senang if aku kena masuk kerja hari Sabtu).
  7. Kids tak wajib diapers free haha.. yang ni aku suka sebab Hafiy still pakai diapers lagi sampai sekarang.
  8. Tempat luas, selesa.
  9. Dekat giler dengan office..
Fees for 2015

Actually tempat ni belum start beroperasi pun.
January 2015 ni la permulaan.
Al Fateh Little Huffaz ni ada 2 cawangan, 1 dekat Berjaya Park and 1 dekat Bandar Puteri, Klang.


22-31 December ni dorang akan buat trial class, for free.
So time ni lah aku nak cuba hantar Hafiy dulu, nak tengok keserasian dia dalam masa lebih kurang 7 hari ni.
Awal-awal mesti mengamuk, meraung, for sure.
Sebab dia tak biasa.
But if 7 hari tu pun still sama keadaannya, maybe Ibunya harus mempertimbangkan untuk menangguh dulu penghantaran ke sini? Huhuhu..
Mintak-mintak Hafiy serasi la yer.
Yuran tahunan tu pun tak wajib bayar lump sum, boleh ansur-ansur.
So if lah Hafiy tak boleh jugak nak sesuaikan diri dalam masa terdekat, tak lah banyak sangat yang rugi.

Takpe-takpe kita cuba dulu tengok macam mana yer.
Ibu is nervous sebenarnya T____T

1 comment:

Anonymous said...

Assalam. Terima kasih sgt info yang berguna. Saya sedang mencari islamic kindi juga yg berdekatan dgn kota kemuning.
Sebelum ini kakaknya tadika di genius aulad. Tapi honestly, indah kabar dari rupa.
2 tahun selepas itu, saya tukarkan ke Smart Reader Bukit Rimau. Alhamdulillah nasib sempat catch up.
Tapi this time. Nk sangat adiknya beljar disekolah yg berasaskan islamic , mediumnya english.

nak tanya. Ni dekat berjaya park atau dekat dgn econsave?
saya duduk di KK hills.