Tuesday, December 2, 2014

Pasar Karat > Pureen Warehouse Sales

Pagi ahad yang nyaman.
Pagi-pagi lagi dah kena paksa bangun oleh boss kecik.

Ibu.. api yak ni. Acuh lah.
Kejap lah.. jap lagi ibu basuh.
Ibu.. acuh lah ibu. Api yak ni. Acuh lah ibuuuuu.
Ala.. ibu nak tido jap lagi ni. Ibu ngantuk ni.
Api yakkkk. Nak acuhhhhhh. Ibu anun la ibuuu. Anun lahhhhh.

Hujung minggu pun kena paksa bangun awal.
Stress tahu T_____T

Jam masih awal pagi (pukul 8 di hujung minggu adalah awal yer :D), so jom kita siap-siap keluar berjalan.
Abinya ahad pun kerja, balik pukul 700 malam lak tu.
Nak tunggu dia balik baru berjalan memang tak la kan..
Jalan berdua je la Hafiy macam biasa.

Dalam otak dah pikir dah nak ke Car Booth a.k.a Pasar Karat a.k.a Pasar Tani a.k.a Pasar Stadium Shah Alam.
Nape banyak nau namanya?
Sebab semua nama ni pun orang sebut hehe..

Sebelum tu singgah KFC jap, nak kasi anak teruna breakfast dulu.

Kita nak makan kepciii. Whatsapp dekat Abi dia photo ni, kasi terkesan sikit dekat jiwa. Weekend pun nak keje lama-lama
-__-

Bila dia dah kenyang, nak berjalan pun senang.
Takde la drama airmata sangat kang.
Eh 1 bekas bubur tu tak cukup tau dia sorang makan.
Siap mintak nak lagi huhu..
Dia ni kalau bubur memang bermangkuk-mangkuk boleh habis.
Cuba bagi nasik, memanjang tak nak.
Tak sedap kata dia.
Ok baiklah.

Kami makan ni dekat KFC Extreme Park Seksyen 13.
Dekat jer dengan Pasar Karat tu.
Selalunya kalau nak ke Pasar Karat mesti singgah sini dulu bagi Hafiy breakfast.
Ibu Abi makan jajan-jajan dekat Pasar tu pun boleh.
Dia ni jer yang susah sikit bab makan-makan ni.


Settle makan, playground memanggil-manggil.
Takpe, mainlah.
Memang Ibu nak bagi awak happy pun.


Senang pulak tu dia nak berkawan kali ni.
Haa main la berdua.


Dulu aku kecik-kecik mana main panjat playground ni semua.
Panjat pokok terus okay.
Adik beradik 5 orang jantan, sorang ni jer perempuan, agak-agak iolls ladies sangat ke kecik-kecik dulu?
Jangan harap ok jangan harap -___-

Dah puas dia main, terus gerak ke Pasar Karat.
Cuaca pun mendung jer, just nice.


Eksyen tak nak kasi Ibu bawak stroller.
Tak penat kata dia.
Ok baik, tak payah bawak.
Dah siap warning ni, jangan mintak dukung.
Beria-ria angguk.
Bila dah jalan banyak sikit mula la.

Ibu eyat laa (Ibu berat la)

Tau dia nak cakap berat apa?
Berat bawak diri sendiri hahaha..
Lawak ok budak ni.
Maksud sebenar dia adalah penat.


Kasi dia main belon, alih perhatian jap sementara Ibu usha-usha barang yang nak dibeli.
Tapi gerai yang Ibu cari tak jumpa-jumpa jugak.
Terpaksa la pergi lagi nampaknya hujung minggu ni.
Ehhhhh terpaksa la sangatttt.
Padahal alasan sebab dah gaji hihihi..

Settle dekat sini, berkira-kira pulak nak ke Pureen Warehouse Sale.
Nak ke tak nak, nak ke tak nak.
Sebab Ahad dah last day.
Hafiy ok sangat, behave jer.
Eh jom la pergi, dah dekat sangat dah pun.
Dekat Glenmarie jer kan sekarang dia buat.


Masa sampai tu tengah hujan.
Kejap lebat kejap reda sikit.
Lepas tu lebat balik.
Parking toksah cakap la, memang full.
3 kali pusing, baru dapat parking.
Itu pun rezeki sangat dapat parking dekat.


Elok jer masuk parking, Hafiy dah tertido.
Nak tak nak angkat jugak la.
Nasib baik tak mengamuk langsung pun dia.


Pakaikan cap, tutup dengan stroller.
Kena jugak hujan pun, dekat kaki tangan badan dia.
Dah la hujan, mak kau ni main redah jer bawak anak.
Takde sivik punya mak hahaha..

Tak lama pun dekat dalam tu.
Pergi section baju.
Biasa la, manusia memang ramai, tapi still under control.
Aku still boleh menyelit-nyelit dengan stroller tu.
So kira ok lagi la.
Lagipun baju untuk budak sebaya Hafiy ni dah tak banyak choice pun.
Beli la 3 pasang baju basahan.

Then pergi ke bahagian depan.
Area barang mandian semua.
Ambik barang serba sikit, terus pergi bayar.
Lagipun hari tu masa dekat Mid Valley tu dah beli banyak.
So kali ni topup la sikit-sikit.
Senang bila bawak stroller.
Sangkut jer beg barang tu dekat situ.
Sesuai la untuk mak-mak yang pergi dengan anak jer ni huhu..

Bayar pun tak payah beratur langsung.
Ada 2 section untuk bayar.

Bagi aku la kan, compare dengan yang lokasi sebelum ni which is dekat Petaling Jaya, yang dekat Glenmarie ni much more better.
Parking pun banyak ruang, tempat dia lagi besar, kurang sikit bersesak-sesak.
Aku suka la lokasi baru ni.
Dekat pun dekat ngan rumah, jammed pun kurang.
Eh eh eh bagi review dengan alasan lain kali nak pergi lagi letteww :D


Siap bayar, kita balik :)
Beli kentang untuk Hafiy, bebola untuk Ibu.
Kebulurrrrr T___T

Anak Ibu ni behave sangat. Minggu depan kita jalan lagi yer. Abi sah-sah kena kerja. Takpe kita claim semua expenses, apa susah :D

Ini jer hasil tangkapan.
Head to toe body wash (refill): 2 for RM14
Wet tissue (refill): 2 for RM14
Botol air: RM8, RM8 & RM9.
Baju: RM15/pair.
Murah sikit compared to Maternity and Kids Expo last week.
Murah 1hengget hehehe..

Ok cerita tamat :)

2 comments:

Liyana said...

bestnye dating berdua dgn ank teruna je. teringinnn! :(

iols is x berani sbb anak bujang kepala hangin sikit haha

IeRA said...

SAlam Singgah

Jika sudi follow blog saya ye..tq

http://teratakcassia.blogspot.com/