Pendrive jer pun yang hilang.
Tapi kecoh satu dunia.
Eh bior ler, belog saya :D
Alhamdulillah kesayanganku dah kembali ke tangan.
Lama dah jangka hayat pendrive ni.
Ada la 4 tahun kot.
Nasib baik ada nama tu terpampang kat situ.
Kalau tak sampai ke sudah orang tak tau sape punya unless aku pergi cari dan tanya.
Pakcik Sazali tu bagitau, guard yang shift petang yang ambik simpan.
Aku suruh Pakcik Sazali ambik dari dia, boleh dia tak nak kasi?
Katanya takut salah orang, so biar dia yang pass sendiri dekat tuan empunya badan.
Alah pakcik tu pun, macamkan dia kenal aku.
Punya ramai manusia dekat office tu, bukan dia tau nama pun.
Isnin tu dah la aku MC, nak tunggu esoknya kena petang baru boleh ambik sebab pakcik yang tu shift petang.
So Isnin malam tu aku ajak la jugak hubby singgah office jap.
Dah dapat kat tangan baru la lega yang teramat huhuhu..
Terima kasih la pakcik-pakcik guard yang bagi kerjasama.
Nanti-nanti saya tapau nasik lemak saya belanja pakcik yer?
Nasik lemak paru goreng macam yang saya makan hari-hari.
Boleh kita gemok sama-sama :D
No comments:
Post a Comment