Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, November 25, 2014

Risaunya

Dah masuk hari keempat anak teruna kesayangan tak sihat.
Ibu macam biasa cuma ikhtiar dengan madu n makanan sunnah dulu.
Selagi belum melarat, ikhtiarkan dulu remedi semulajadi.
Seboleh-bolehnya nak mengelak jumpa doktor.
Bukan tak percaya doktor, tapi ada banyak yang tak eloknya ubat-ubatan moden ni semua.
Terlalu banyak bahan kimia yang kita tak tau effect jangkamasa panjang nanti.
Jangkamasa pendek ni memang kita nampak dia cepat sihat cepat kebah sakitnya, tapi sebenarnya tak elok untuk badan.
Sebab bila badan kita sakit, badan tengah bina antibodi.
Bila kita matikan dia dengan ubat-ubat tu semua, bila masa antibodi nak terbentuk?
So sampai ke sudah la kita akan berharap dengan segala macam ubat tu.

Family hubby tersangat modern type.
Bila sakit, it is a must untuk pergi klinik, jumpa doktor.
Family aku pulak, sejak dari kecik, memang mak ayah tersaaaaangat jarang bawak kami ke klinik.
Bila demam, mak akan jaga dekat rumah, dengan cara dia sendiri.
Aku tak ingat secara details apa mak buat, tapi kami jarang bergantung pada ubat.
Paling kuat pun, Panadol lah yang kami telan.
Itu aje la ubatnya.
Tapi alhamdulillah, bila dah terbiasa macam tu, kami dah immune.
Demam pun jarang.
Dari kecik lagi dah cukup segala antibiotik dari susu mak.
Kami 6 orang adik beradik fully breastfeed sampai ke umur 2 tahun semuanya.
Alhamdulillah rezeki kami untuk menyusu tak pernah kurang.
Maklumlah, orang susah, nak beli susu formula pun mana ada duit.
Lepas cerai susu, mak kata kitorang minum Teh O jer hahaha..
Sempoi :D

Sebenarnya aku cuba nak apply cara macam ni dekat anak sendiri.
Bukan la yang Teh O tu yer hahaha..
Maksudnya yang bergantung pada remedi alam.
Yang tidak terlalu bergantung pada ubat-ubatan.
Tapi susah, agak susah.
Sebab cara pemikiran aku dengan hubby ni berbeza.
Dia jenis yang nak kesan cepat.
Bila anak tak sihat, kena bagi ubat cepat-cepat, kena sihat balik cepat-cepat.
Padahal dah berpuluh kali aku bagitau yang badan dia tengah nak build antibodi, sila bawak bertenang -____-
Bukan aku tak percaya langsung, takkkk..
Cuma kalau boleh kurangkan, kita kurangkan.
Yang mana kita boleh elakkan, kita elakkan.

Entah, maybe ada yang tak setuju pendapat aku ni, tapi masing-masing ada hak, ada cara nak besarkan anak.
Kita buat semua ni pun sebab kita sayang anak kita, tak nak apa-apa yang buruk jadi dekat mereka.
Sape yang tak sayang anak?
Sape kata kita tak bagi ubat doktor tu maknanya kita tak sayang dorang?
Tu semua andaian, andaian orang yang bila tengok anak kita sakit, kita mak bapak ni macam abaikan.
Padahal kita dah usaha, dengan cara kita, cuma mungkin belum nampak kesannya, atau lambat tindak balasnya.
Jangan cepat sangat kondem orang, akan datang berbalik pada kita sendiri.

Tapi budak-budak sekarang, memang terdedah dengan macam-macam penyakit.
Virus sekarang dah makin bijak sungguh.
Ada jer jalan keluar yang depa ni duk gali.
Ubat pun dah tak boleh jalan kadang-kadang.

Ok semalam hari ketiga Hafiy demam on off.
Satu la Hafiy ni yang aku perasan, dia bukan jenis demam mengejut yang terus naik temperature tinggi.
Demam dia selalunya akan berlarutan sikit, tapi jenis yang suhu naik turun.
Jarang la naik terlampau tinggi.
Cuma badan dia akan warm dalam masa panjang sikit.
Sebab tu bila dia demam kerisauan aku tu tak lah terlampau.

Semalam, isnin, bangun pagi tu badan dia still suam-suam.
Aku pulak kebetulan period cramped.
Jom la sekali jalan pergi klinik, MC pun dah lama tak ambik hahaha..
Sekali sekala nak rasa berehat dekat rumah masa weekdays.
Perut pulak memang tak bagi kerjasama, marilah kita berehat.
Jumpa doktor niat asalnya, untuk aku jer.
Dah alang-alang Hafiy ikut, cek untuk dia sekali lah.
Lagipun company cover, takde rugi apa pun.
Pulak tu karang Abinya tanya ada la benda aku nak goreng hahaha..


Hafiy aktif macam biasa, cuma demam sikit, and selsema.
Macam biasa doktor bagi ubat demam, selsema and antibiotik sebab demam dah 3 hari tak kebah kan.
Ibunya pulak terus terang jer cakap dekat doktor;

Saya period pain doktor. Saya nak MC tau doktor.

-..-

Malas dah aku nak berbasi-basi.
Memang tujuan utama nak ambik MC pun kan.
Alah doktor dah lali sangat dah.
Yang kerja ni semua datang klinik bukan nak ubat sangat pun, MC tu jer yang dicari.
Kalau tak dapat dekat 1 klinik, sanggup tu pergi klinik lain.
Eh macam pernah buat jer cara cerita hahaha..

Balik rumah, aku tak bagi pun dulu ubat-ubat tu semua dekat Hafiy.
Aku still bagi dia madu.
Sebab dia pun tak nampak tanda-tanda demam yang teruk.

Sehinggalah pagi tadi, pukul 5.
Dia terjaga menangis-nangis banyak kali.
Sambil pegang telinga sambil cakap sakit, lepas tu kata nak muntah, ajak pergi tandas.
Berulang-ulang dia cakap benda sama.
Asyik menangis n pegang telinga cakap sakit.
Pujuk-pujuk gosok-gosok telinga dia, okay sikit.

Dah pukul 630 Abi dah siap-siap nak pergi kerja.
Tapi dia makin kuat meraung.
Sudahnya Abi pun EL.
Ibu ada meeting dekat office tadi, so tak sedap hati nak skip.
Dah la semalam dah MC, takkan hari ni pun tak masuk jugak.
So tunggu sampai pukul 7 lebih, still dia duk menepek dekat badan aku sambil sesekali mengadu sakit.

Buntu jap kami masa tu, tak tau sakit apa dia sebenarnya.
Sambil-sambil nangis tu, tertidur balik.
Ibu pulak tengah berkira-kira nak masuk office ke tidak.
Dah berat hati sangat-sangat bila pikir anak ni.
Dia jarang sakit, bila sakit ni, time ni la pun dia nak kita sentiasa ada dekat dengan dia.
Lagipun aku tak rasa time-time macam ni dia nak dengan Abi dia.
Mesti nak aku jugak macam mana pun.
Jadinya tak apalah, Ibu pasrah lah, ponteng lagi sehari huhuhu..
Berat hati nak inform boss, tapi nak tak nak terpaksa la jugak.
Lama jugak dia tidur balik, dalam 2 jam macam tu.

Hafiy dah bangun, siap-siap pergi rumah Mak Ngah dia.
Mak Ngah dah standby siap-siap masak bubur tunggu dia datang, tapi tak jadi pulak.
Pasal siapa jaga Hafiy ni nanti-nanti aku story detail.
Kenapa dan bagaimana pulak tiba-tiba Mak Ngah dia yang jaga.
Nanti kita cerita naaa..

Dah tengahari jugak la kami ke rumah abang ipar ni.
Bila sampai sini Hafiy dah macam sihat walafiat.
Main bola, berlari-lari, bergurau senda dengan abang-abang.
Tak nampak macam sakit langsung.
Siap boleh tinggal kejap lagi petang tu sebab Ibu nak balik angkat kain jemuran.
So kami assume pagi tadi tu dia cuma berdrama meraih perhatian hahaha..


Dah petang sikit kami pergi ambik.
Mak Ngahnya kata, Hafiy memang ada cakap sakit telinga.
Dia cerita la anak dia selalu kena macam tu.
Katanya budak-budak ni bila kahak dia tak dapat keluar ikut hidung, atau najis, atau mulut, dia akan pergi ke telinga.
So kahak tu akan berkumpul dekat telinga.
Dah dengar macam tu aku pun risau.
Seriously tak pernah tau pun pasal ni.
Tak terpikir pulak kahak tu akan sampai ke telinga.

So tadi lepas Isyak terus ke klinik yang aku pergi semalam tu.
Senang sikit jumpa doktor yang sama.
And rupanya betul la apa yang Mak Ngah Hafiy cakap tu..
Gegendang telinga dia dah merah pun, dah bengkak.
Doktor kata memang tak boleh biarkan, boleh effect pendengaran dia kalau tak ubatkan.
Huishhh risau!
Nasib baik bawak ke klinik jugak.
Doktor ni aku suka, jenis doktor yang ambik berat pasal patient, lebih-lebih lagi kids.
Pernah 1 kali tu dia call aku personally nak tanya condition Hafiy.
Ada perubahan tak, ada improvement tak.
Sampai aku pun hairan, sebab tak pernah aku jumpa doktor yang akan call patient macam ni.
Aku la yang tak pernah jumpa, korang aku tak tau.
Tu pasal aku jakun semacam hahaha..

So doktor bagi antibiotik yang kuat sikit, ubat titik telinga and ubat batuk, sebab dia dah start batuk-batuk.
Antibiotik kena kuat sikit sebab dah berjangkit ke telinga.

Takpela, kali ni Ibu surrender, Ibu kena kasi dia ubat.
Tapi macam biasa la, dah jadi Telenovela dekat rumah tu.
Drama air mata toksah cakap la.
Senang cerita, dia memang susah nak makan ubat!

Cara baik dah buat, cara paksaan pun dah buat.
Makan la ubatnya, sampai termuntah selambak.
Konpem keluar semua ubat tu.
Lantak la, esok la pulak makan.
Tak sanggup dah nak berperang.


Now dah tidur, penat muntah banyak sangat.
Meraung lagi.
Tak payah susu, tepuk-tepuk jer terus lena.

Haihh cepat la sembuh yer sayang..
Ibu risau pasal telinga awak tu.

So mommies out there, kalau anak mengadu sakit telinga tu, lebih-lebih lagi bila dia memang tak sihat, be extra alert yer.
Budak-budak ni tak pandai menipu, kecuali drama.
Itu mereka memang champion! :D

P dot S: Ini adalah entry yang ke-365. Macam tak percaya tambah tolak dah cukup setahun punya entry aku merepek.

No comments: