Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, November 11, 2014

Facebook & Status

Facebook ni banyak pro banyak cons.
Pandai kau guna, elok la jadinya.
Tak pandai kalu, sendiri mendapat la habuan dia.

Aku suka jer tengok kawan-kawan update apa-apa.
Pergi berjalan mana-mana ke, pasal anak ke, pasal makanan ke.
Aku okay sajer.
Tapi bila dah sampai bab-bab rumahtangga pun kau nak canang dekat 1 dunia, ni dah lebih dah.

Nak happy happy bersama family, post dekat facebook, I am okay with it.
Aku suka sangat tengok.
Tapi bila dah sampai bab gaduh laki bini, laki ada perempuan lain kononnya, pastu post status, siap tag perempuan tu lagi, dah kenapa??
Yang tambah haru bila family pulak masuk campur.
Sama sibuk nak up status jugak.
Pastu pakat-pakat berlumba nak mengomen.
Si suami kepada isteri yang meroyan tu pun turut sama mengomen.
Nak cerai berai pun, jangan la cakap kat seluruh dunia.
Suami tu pun satu, diam sudahlah, tak payah nak menyampuk.
Cakap direct jer terus, tak boleh?

Hadoiiii tolong la hentikan.
Aku yang baca ni pun naik pening.
Boleh tak mesej-mesej sama korang jer?
Ini la orang cakap, media social ni boleh membawa kepada kehancuran rumahtangga.
Sebabnya tak pandai nak guna medium yang ada ni sebaiknya.

Sebelum ni yang aku baca, pasal abang adik bergaduh.
Abang post status perli adik, si adik plak balas balik.
Sampai ke sudah duk berbalah dalam facebook.
Serius tak boleh brain tau manusia-manusia yang macam ni.

Dunia facebook ni tak besar mana.
Pusing sana pusing sini, akan jumpa jugak.
Nak hide status tu macam mana pun, last-last nanti orang lain boleh terbaca jugak.
Please la, sometime please keep it to yourself only.
Nak share kalu, biar la something yang berhemah.

Eh entah-entah status aku selama ni pun ada jer yang menyampah.
Aku jer yang perasan bagus bahahahaha..

Status malam jumaat salah sorang dari frenlist:
“Anak dah tido, I dah siap wangi-wangi, US time”

Rasa nak hentak kepala kat dinding.

No comments: