Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Monday, November 10, 2014

Memang Memancing Itu Dicipta Untuk Lelaki

Seminggu tak berupdate ooiii..
Macam biasa awal bulan busy dengan accounts closing.
Tiap-tiap bulan closing.
Eh tak close tak boleh ke?
Kasi open jer manjang kan senang.
Haih closing dan accounts berpisah tiada T___T

Ok ni cerita Ahad minggu lepas, 2 Nov.
Pagi tu Hafiy still lagi kurang sihat.
Malamnya takde dah muntah, tapi badan suam-suam.
Tapi nampak dia ok jer, so boleh la kami ikut Abi pegi mancing :)

First time ni first timeeeee.
Gemuruh iolls :D

Sepatutnya pukul 7pagi dah gerak sebab tournament start pukul 8pagi.
Tapi oleh kerana malamnya dekat pukul 3 baru reti nak tido sebab melayan Running Man, pagi tu mata macam digam-gam.
Giler mengantuk oiiii.
Tapi sebab nak ikut punya pasal, ku kentalkan badan supaya bangun dari katil.
Aku dah siap, baru la kejut Hafiy.
Dia pun kemain liat nak bukak mata.
Umpan dengan mancing, dengan fish, baru excited nak bangun.
Tapi mandi tetap meraung sebab sejuk hahaha..

Pukul 745 camtu gak la baru gerak dari rumah.
Tempat dituju tu agak jauh jugak dari rumah ni, tapi jadi makin lambat sampai sebab sesat entah kemana-mana.
Sepatutnya dalam 30-40 minit dah boleh sampai.
Lokasi ke Kapar, atas sikit jer dari Meru, tapi terlajak sampai ke pekan Kapar nun sebab tak nampak signboard.
Tu belum kira salah masuk simpang.
Hubby dah hampir fedup la siap nak balik hahaha..
Nasib baik iolls cool.
Kalau tak iolls akan ajak dia balik awal-awal lagi :D

Almost 9pagi baru la jumpa tempatnya.
Tapi nak register nama, nak beli umpan, nak cari port, nak pasang pelampung, nak pasang umpan.
Eh dah berapa lama pembaziran masa kat situ.
Kalau mancing silap-silap dah dapat 3 ekor ikan :D


Lokasi: Kolam Pancing New Vision (Air Masin), Sementa, Kapar, Klang.

Bekas peralatan and umpan udang

Standby apa yang patut, start mancing.

  

Sampai pun dah sejam lambat kan.
Orang lain semua dah start lama.
Penuh dengan pemancing-pemancing sekitar kolam.
Port best pun semua orang dah conquer.


Pagi lagi masa ni.
Cuaca pun belum panas, boleh la rileks-rileks even takde bumbung.


Ada bakat nak join minat Abi nampaknya ni.


Macam biasa hobi dia, kutip batu.
Pastu baling dalam kolam.
Patut la ikan semua lari :D


Time ni dah tengahari, memang makin panas ler.
Dengan angin takde langsung.
Perghhh peluh melekit.
Dengan baju hitamnya.
Muka aku pun dah merah macam hape sebab panas.


Sama la dengan si kecik ni.
Bab sensitif dengan panas, memang ikut Ibu.
Terus muka merah padam sebab tak tahan panas.


Antara mereka-mereka yang berjaya naikkan ikan.
Yang sebelah kiri tu dapat 2 ekor.
Paling banyak yang belah kanan tu la, 3 ekor dia sorang dapat.

Mana ikannya Abiiiiii
Dah tengahari tu, Hafiy pun dah berbunyi-bunyi la.
Bising mintak susu.
Dah penat la tu.
Cuaca panas pun 1 hal kan.

So bawak dia masuk kereta la senang, ada aircond :D

Dah kepenatan tunggu Abi habis memancing. Lepas susu terus tido. Tapi tak lama lepas tu terjaga sebab batuk-batuk sampai muntah. Kesian sangat lahai..

Lepas dia bangun, Ibu plak sambung tido :D
Mengantuknya!!
Penangan Running Man katanya kan.
Dapat la lelap dalam 5, 10 minit kot.
Bukanlah lelap betul pun bila boss kecik ni ada.
Eh nak tido kalu, balik rumah lerrr :D

Bila dah lega sikit, keluar balik pergi dekat hubby.
Tapi tetaaaap jugak sekor ikan pun tak dapat hahaha..
Waktu memancing habis pukul 1 tengahari.
And dalam 100 orang yang register, cuma 18 orang saje yang dapat naikkan ikan.
Ada jugak yang dapat lebih dari seekor.
Tapi out of 100 contestants, hanya 18 orang sahaja dapat ikan.
Aku rasa tokey kolam ni dah kasi ikan makan kenyang-kenyang sebelum tournament start.
Saje lettew nak sabo :D


Eh tapi takpe, tak dapat ikan yang dipancing pun takpe.
Setiap seorang memang dijanjikan seekor ikan free.
Eh ok sangat dah tu.
Penat-penat pun berbaloi.

Good Year punya event ni. Sebelah kanan tu juaranya. Syok la dapat cash money RM1k, dapat reel baru, dapat hamper. Untunglah...
Ambik ikan free. Besar tau ikan dia. Tu dalam plastik, aku malas nak suruh dia posing dengan ikan tu sebab bukan dia yang pancing. Kang orang kata poyo terlebih hahahaha..

Lepas ni boleh la kita ikut lagi.
Tak boleh.
Kenapa pulak???
Abang tak boleh nak concentrate mancing, macam-macam hal.

T___T

Ye ler camne nak concentrate.
Kejap aku suruh cari kerusi, kejap aku suruh ambik gambar, kejap aku ajak teman pegi tandas.
Menyesal dia bawak agaknya hahahaha..

Eleh takpe, bukan best sangat pun.
Bosannnn hahaha..
Serius memancing memang la bukan untuk perempuan.
Kesabaran tu tak cukup tinggi.
Memang ada perempuan yang suka memancing ni.
Tapi aku rasa dalam 50 orang belum tentu ada sorang antaranya yang minat.
Baik la duk rumah mengadap anak yer dak?

Habis event, terus gerak ke Hentian Bas Pekeliling, nak ambik ayah.
Selalunya kalau ayah datang ke sini naik bas, memang turun dekat Hentian Bas Shah Alam.
Tapi kali ni tiket ke Shah Alam lewat petang sangat, dia malas nak tunggu.
So dia ambik jer tiket sampai KL.
Aku pun tak tau masa tu.
So ke KL lah kita ambik dia.
Tak pernah-pernah aku sampai ke Pekeliling nun.
Eh menjak 2 menjak ni banyak pulak tempat yang tak pernah pergi dapat dijejaki hehehe..


Ayah datang dari Kuantan ni pun semata-mata nak hantar buah duku untuk anak menantu dan cucunya.
Tiap kali musim duku, beginilah ayah.
Sebab dia tau anak perempuan dia nan seorang ni memang suka benor buah duku.
Lagipun ayah ada pokok sendiri kat kampung.


Tengok buahnyaaaaaaaa.
Tak la banyak sangat tapi puas la kami anak beranak makan.
Hafiy pulak kebetulan memang suka buah duku.
Dah la batuk, makan ni pulak.
Tapi takpelah, bukan selalu dapat makan ye dak.
Buah ni pun berbuah ikut musim.

Lepas ambik ayah, terus balik rumah.
Kepenatan, kepanasan, kemengantukan.
Tapi walaupun begitu, tak boleh la nak tido kan.
Nak makan apa pulak kalau tak masuk ke dapur T___T

Kebetulan dah dapat ikan free, masak terus la.
Ikan fresh, lagi best.


Besar giler ikan siakap ni.
Aku mana reti nak siang ikan besar-besar macam ni hahaha..
Hantar kedai ler mintak tolong siangkan, free lak tu.

Before
After

Nah siap ikan siakap masak 3 rasa iolls.
Sedap gilerrrrrrrr.
Matik la puji diri sendiri :D
Eh ayah I pun puji okay.
Boleh bukak kedai kata dia.
I tau ayah ikhlas.
Tapi bila hubby yang puji, itu masih boleh diragui hahahaha...

Besar tau ikan ni.
Masak separuh jer tu, tapi makan 3 orang pun tak habis.
Siap boleh simpan dalam peti ais, esok panaskan makan lagi.
Memang besar betul.
Tu dalam peti ais ada lagi separuh, entah bila nak masak pun tak tau lah :D

Eh aku pun sebenarnya tak suka sangat ikan besar-besar ni, seriau nak makan hahaha..
Tapi yang ni ok, memang sedap isi dia.
Tak hanyir langsung sebab dah basuh dengan air asam jawa.
Eh resepi mau?
Nanti-nantilah.
Bukang hebak pongggg :D

Telur bistik.

Goreng telur dadar (letak isi udang dekat dalam), then letak kuah yang sama dengan kuah siakap tu.
Simple and fast and yummehhh :)

Sawi ikan masin. Kailan takdak, sawi pun bolehhh.

Taraf restoren Thai sangat masakan-masakan I kali ni kan :D

Lepas makan, kekenyangan, ditambah dengan kepenatan tadi, terus pengsan 1 family hahaha..
Terjaga pukul 4 pagi tu pun sebab Hafiy bangun cakap lapar.
Kesian dia sebab petang tu tak makan apa-apa pun.
Suap makan, pukul 530 pagi baru tido balik.
Pagi tu inform dekat boss masuk lambat sikit sebab Hafiy still tak sihat, muntah-muntah lepas makan pagi tu.

Tengah siap-siap tu tetiba ayah cakap nak balik dah.
Hmm sekejap giler datang.
Penat jer ayah datang sini semata-mata nak hantar buah duku huhuhu..
Terima kasih ayah :')

Ayahanda kesayangan hamba. Dah putih dah janggut tu :'(. Kalau nak cerita pasal ayah ni takkan pernah habis. Aku tak boleh, kang aku tacing. Bila aku tacing nanti aku JK. Jadi baik aku jangan cerita hahaha..

Dah siap hantar Hafiy ke rumah pengasuh, bawak ayah ke stesen bas, cari tiket ke Kuantan.
Kebetulan ada bas pagi tu, so terus beli.
Ayah dah naik bas, aku gerak terus ke office.

Habis cerita :D
Nanti kasi resepi siakap naaa.

No comments: