Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Friday, November 21, 2014

Once Upon a Time in Pulau Tioman | Day 4

Pulau Tioman, Day 4, 26 August 2014

Hari keempat and finally its time to go home. Serius rasa macam tak nak balik -____-

Helmi and the geng dah gerak balik awal-awal pagi lagi, naik first feri pukul 630 pagi. Sebabnya dorang datang dari Shah Alam dengan bas. Bas untuk balik ni pukul 1200 tengahari, so dorang gerak awal-awal pagi la untuk mengelak ketinggalan bas ke apa-apa ke.


Feri kami pulak dia dah arrange pukul 900 pagi. So pukul 730 pagi macam tu barang semua dah pack and dah siap bawak keluar. Then terus turun breakfast. Sebabnya by 800 pagi or paling lambat pun 830 pagi dah kena gerak ke jeti.

Bihun goreng, roti bakar with strawberry jam, air kopi O, bubur Hafiy. Last menu for this trip.

Having our last breakfast here. Bawah pokok kelapa, dengan angin dari laut yang sepoi-sepoi bahasa. Perghhh nyaman.

Sebelum balik kita bergambar la banyak-banyak. Nak datang lagi entah bila la pulak. Jadi biar la gambar berbicara kali ni. Tuannya dah penat 14 hari 14 malam menghadap entry travel log ni jer tak sudah-sudah. Dengan nak memilih gambar, nak edit, nak resize, nak letak watermark T___T. Sampai ke tengah malam aku duk mengedit, menaip, mengarang segala macam butiran setakat termampu dan setakat mana ingat.

Sungguh kena kental jiwa raga lagi-lagi mengupdate thru fon. Bukan laptop yer teman-teman semua. All these Tioman entries were fully created using my Note 2. Gigih tak gigih kan -____-

Jadi nah la gambar-gambar kenangan kami-kami sebelum berangkat pulang. Dah tak ikut sequence dah semua. Eh lantok ler, teman udoh tak larat nak arrange -____-


Bye bye Sofia. Definetely will miss you :)

Merasa duduk dekat belakang truck ni. Tu tengok si kecik tu. Punnn tak nak kalahhhh.
Dengan mak mertua sekali kena berdiri dekat belakang truck ni. Jom mak, mari kita wefie :D
Ini la owner chalet yang kami stay tu. Nama beliau i is dah lupa.
Aku suka sangat view dekat belakang tu. Rasa macam kat oversea :D
Muka rentung dan kepenatan
In ferry
Ombak agak kuat masa balik

Sampai ke Jeti Penumpang Mersing dah almost tengahari pun. Hubby and ayah mertua pergi ambik van. Sempat la singgah kejap dekat kedai souvenirs beli sikit-sikit buah tangan.


Then gerak balik. Siap singgah Melaka dulu semata-mata nak makan kuih udang and ke Klebang Coconut Shake :)

Kuih Udang Alor Gajah. Glemer okeh kedai ni.
Pinggan ni adalah sangat besar dan isinya sangat banyak. 5 orang makan pun kenyang kemain.
First time jumpa lori tentera macam ni. Smart gilerrrrrrr. Tu dia tulis BEDAH bukan sesaje tau. Lori ni memang digunakan untuk pembedahan. Dekat dalam perut lori tu mesti macam-macam peralatan ada.

Nah gambar paling rare sebagai penutup entry hahaha.. Selamba jer berbogel mandi dekat paip air Petronas tu. Bior ler, janji awak bahagia nak :D

Ok aku belum cerita lagi details semua dekat mana kami stay, berapa harga pakej setiap seorang and so on so on.

Ok here goes the lists;
Nama Chalet: Sofia By The Sea, Tioman Island
Harga 1 Kepala: RM450 inclusive of almost everything u need sepanjang dekat sana which is; penginapan selama 4 hari 3 malam, transport (ferry, truck), makan (breakfast, lunch & dinner), snorkel items.
Untuk Hafiy, free. Cuma kena bayar harga tiket feri pergi balik, RM50 kalau tak silap.

Untuk rujukan divers pulak;
Diving Centre: East Divers Tioman
Harga untuk lesen diving: RM1,400. RM1k untuk lesen, RM400 untuk penginapan dan keperluan-keperluan lain sama seperti di atas.

Chalet and pusat diving ni attached together. Kalau tak silap boss lain-lain cumanya dorang macam joint venture la. Puas hati sangat-sangat dengan harga dan pulangan. InsyaAllah akan datang ada rezeki mana tau boleh ke sana lagi.

Sekian entry travel log ke Pulau Tioman, Pahang. Moga dapat memberi panduan kepada yang berhasrat nak ke sana :)

TAMAT

Quick Link:

No comments: