Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, November 25, 2014

Mak Tok 60

19 November 1954 ~ 19 November 2014.
60 tahun dah umur mak mertua iolls.
Tapi mantain muda, mantain bergaya.

Oleh kerana 19hb tu jatuh pada hari bekerja, jadinya sambutan di postpone ke hari minggu iaitu sabtu lepas.
Hari yang sama kami pergi Mid Valley sebelumnya.

Konsepnya adalah konon-konon macam pot luck.
Mak Tok masak nasik lemak.
Kak ipar beli KFC.
Birasku masak bihun goreng singapore.
Weolls?
Bawak air botol jer :D

Makanan dah banyak tu, kang tak habis.
Ni pun semua pakat tapau nasik lemak n bihun goreng bawak balik.
Kalau ku bawak lagi makanan, memang tido dengan makanan la semua orang hehe..


Kek dah pre-potong haha..
Adik ipar yang laki belikan kek masa 19hb tu lagi.
Mereka-mereka jer la potong kek bertiga.
Sebab tu kek dah tinggal suku jer :D


Mak n ayah yang tak pernah boleh berenggang.
Kemana-mana mesti berdua.
Idola aku betul la depa ni.
Sampai ke tua mesra.
Jalan pun kadang-kadang pegang tangan tau?
Kami yang baru anak sorang ni pun sekarang nak pegang tangan dah rasa kekok hahaha..
Cannot cannot.. kena kekalkan kemesraan tu.
Baru la sentiasa harum wangi berseri abadi :D

Tak cukup korum. Berterabur. Cucu semua entah ke mana.

Ni kalau Ucu ada takkan jadi presentation macam ni.
Konpem kena susun macam pembaris.
Kami-kami apa kesah, janji dapat makan :D

Iolls makan mashed potato jewww.

Orang selalu ingat mak mertua iolls adalah cikgu.
Tapi memang ada gaya pun.

Selamat ulangtahun kelahiran yang ke-60 mak.
Moga Allah panjangkan umur mak dan sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
Mak adalah mak mertua terbaik, takde challenge la orang kata :)

We love u Mak Tok!

No comments: