Saturday, November 1, 2014

#thisispantaitimur!

Ok demam Piala Malaysia dah tamat.
A great game for both team.
Tapi nasib menyebelahi Pahang this year.
Tahniah Pahang!
Tapi kesian JDT, kesian Mat Yo :D

Sudah-sudah la yer, takmo la gaduh-gaduh lagi.
Bola jer punnnnn.

Hmm anak teruna tak berapa nak sihat ni.
Batuk-batuk, selsema sejak semalam.
Malam ni dah start demam pulak.

Tapi malam tadi teruk betul batuk dia.
Sampai muntah-muntah.
Lembik jadinya.
Memang tido-tido ayam jer aku malam tadi.
Sebab bila dia batuk jer mesti muntah.
Habis keluar susu yang diminum.
Berapa kali bangun bukak lampu cari tisu nak lap.
Last-last tido dengan lampu terbukak jer sampai ke pagi.
Standby kotak tisu dengan tisu basah dekat kepala.
Kesian sangat tengok dia..
Batuk teruk, dengan muntah lagi.
Tapi bila dia muntah tu bagus sebenarnya, keluar kahak-kahak yang terkumpul tu.
Budak-budak ni nak keluarkan sendiri tak pandai, jadi bila muntah ni salah satu cara nak keluarkan semua kahak.

Abinya jenis cepat risau bila anak sakit.
Kontra ngan aku yang memang agak cool hehehe..
Kalau dia demam sikit-sikit, batuk sikit-sikit, selsema, biasa la tu kan.
Budak-budak nak membesar, badan dia tengah nak build antibodi.

Tapi abinya memang tak boleh.
Kalau demam, tak sihat, MESTI kena jumpa doktor.
Kalau aku, memang aku akan delaykan dulu.
Hari ni pulak badan Hafiy dah suam-suam sikit.
Lagi la dia bising, moncong ngalahkan anak yang tak sihat hahaha..
Selagi dia tak dengar sendiri dari mulut doktor, analisis dari doktor, hidup dia takkan tenang.
Baiklah baiklah, moh ler jumpa doktor awak tu :D


Sebelum ke klinik petang tadi.
Hubby ada fishing tournament esok (ahad) anjuran kilang dia.
Hafiy sihat-sihat yer besok, baru boleh ikut.
First time ni nak follow tengok dia mancing.
Seronok ke meriah ke boring ke kita tengok besok.
Tak syok kalu, awak bayar balik masa saya :D