Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, November 12, 2014

Hadiah Anniversary in Advance

Bulan 12 ni genap la 4 tahun usia perkahwinan kami.
Alhamdulillah, still long way to go.
Moga kami sama-sama tabah harungi apa saja dugaan dan rintangan yang bakal menjelma.
Adat berumahtangga, ada pasang surutnya kan kan kan..

Rasanya sepanjang kawen ni macam tak pernah jer bagi hadiah dekat hubby time anniversary.
Birthday yes ada.
Tapi tu pun bukan tiap-tiap tahun hahaha..

Anniversary 3 Disember ni, tapi hadiah tahun ni ku dah belikan awal.
Sebabnya dah tak tahan dengar hari-hari dia sebut pasal henpon baru henpon baru henpon baru hahaha..
Dia tak pernah mintak belikan, tapi kalau nak tunggu dia beli sendiri memang entah bila.
Katanya nak tunggu bonus, but knowing him, maybe akan delay lagi.
Karang bonus dah dapat, tetiba ada pulak benda lain datang, terus dia postpone lagi.
And sampai sudah la tak terbeli.

Takpela, bulan ni ada rezeki lebih sikit, aku belikan jer.
Bukan selalu pun nak berbelanja macam ni untuk suami.
Sang suami jer yang asyik berbelanja untuk sang isteri :D


Ini jer yang mampu, Lenovo A889.
Actually memang hubby nak brand Lenovo ni.


Comparison dengan Samsung Note 2.
Skrin dia lagi besar sebab 6 inci.
Note 2 just 5.5 inci saiz skrinnya.
Fon ni ada internal memory 8gb, RAM 1gb.


Memang aku cari fon yang support dual sim card.
Sebabnya dah rimas sangat tengok dia duk angkut dua-dua fon dia tu.
Pagi-pagi buta lagi stress sebab alarm clock dua-dua bunyik.
Set alarm awal giler tapi snooze sampai ke maximum hahaha..
Bingit okay bingit.
Nah sekarang set alarm 1 fon ni sudah yer.

Tapi ada susah jugak menjak fon dia 1 ni.
Dulu kalau tak dapat call nombor yang ni, boleh call yang lagi 1.
Selalunya menjadi sebab kadang-kadang dia tak perasan.
Now kalau call tak angkat-angkat meroyan la kau sorang-sorang sampai dia call balik :D


Masa beli tu aku choose additional items ikut pakej.
Tapi of course la tambah duit hehe..
Pakej yang aku ambik ni:
Screen protector tempered glass (dah pasang masa dekat kedai) + flip cover + power bank = RM75.
Tapi bukan power bank yang kat atas ni yer.
Pakej asal just bagi powerbank kecik, berapa mh entah, lupa nak tengok.
Yang atas ni aku upgrade, tambah another RM55.
Yang ni 8400mh, comes with 1 year warranty.
Puas hati sikit nak pakai pun.


3 items ni free gift dia kasi.
Cable tie, micro SD memory card reader and stylus pen.
Sebenarnya aku tak perasan pun ada free gift ni hahaha..
Dah balik baru nampak ada dalam plastik sekali.


Jadi ini la keseluruhan apa yang dapat masa beli tu.
Eh charger of course la ada sekali.
Tapi earphone takde.
Total semua sekali, RM500 sahaja.
Kan dah kata, henfon murah-murah jer hehe..

Ok sekarang nak story pulak dekat mana nak beli.

Aku beli fon ni dekat SS15, Subang Jaya nun.
Dari mana ku tau kedai ni?
Dari hubby punya kawan.
A day before tu aku dah mesej siap-siap kawan dia tu tanya dekat mana kedai henfon murah yang dorang duk kecoh-kecoh sangat tu.
Hubby asyik cakap jer kedai tu murah.
Jadi aku pun hajat hati nak la beli dekat situ jugak.
Kang dia tau mahal bising pulak hehehe..

Lepas office hour aku nekad pergi sana.
Sorang pun sorang la.
Eh waze kan ada :D
Kebetulan hubby ada dinner dengan budak office.
Sempat la kan aku sampai rumah sebelum dia balik.
Tapi konon nak bagi surpise kan.
Aku park jer kereta, nampak motor dia dekat sebelah.
Baru sampai jugak!
Rosak plan okay.
Terus aku hulur plastik.
Tak payah nak surprise-surprise sangat lerrr :D

Tak susah pun cari tempat tu, cumanya jammed.
Pastu tempat dia sangat sesak, sempit and crowded.
Dengan gelapnya sebab dah malam.
Huishh redha dan pasrah jer aku masa tu tau.
Nak cari parking jer pun kena 2 kali pusing.
Dah park kereta, masuk kedai, orang hon pulak.
Double park kan, nak kata apa.
Keluarkan balik kereta, pusing lagi cari parking lain.
Demimu henfon murah, ku tak menyerah kalah hahaha..


Ini gaya-gaya orang nak beli henfon okay.
Kawan aku cakap dah macam kedai sports toto hahaha..
Tapi memang betul pun.
Dari luar kedai tu kalau orang tengok, macam bukan kedai jual henfon.
Serius tak pernah ku tengok kedai henfon semeriah macam ni melainkan dorang buat sales kaw-kaw.
Ini workdays tau bukan weekend.
Nampak tu dengan berbaju office lagi.
Sama ler macam aku lepas balik keje terus terjah.
Tak menyempat nak tunggu weekend hahaha..

Nasib baik sebelum pergi tu aku dah survey siap-siap model macam mana yang aku nak.
Sebab bila aku google kedai ni, memang ada yang cakap, kedai dia tak sama macam kedai-kedai lain.
Sebelum pergi seeloknya dah tau ataupun dah aim henfon macam mana, model macam mana yang kita nak.
Sebabnya macam kat atas tu la.
Tengok manusia-manusia tu semua.
Most of them just bagitau model, ori or AP, warna, harga, and DEAL.
Then dia akan ambik kotak henfon tersebut, bukak seal kotak, cek serba sikit, and PAY.
Senangnya berjual beli henfon oii huhuhu..

Henfon display?
Tak ada okay tak ada.
That is why aku cakap, dah tau model, dah survey semua, dah confirm, baru la datang yer.
Sebab salesman dia semua memang takkan ada masa nak melayan soalan-soalan cepumas dari kita.
Tawar menawar pun tak wujud di sini yer.
Dalam Lelong pun dia jual.
Harga sama sahaja.
So kalau nak pegi sendiri boleh, beli online pun boleh.
Harga memang fixed.

Aku pun masa beli tak banyak songeh.
Less than 5 minutes jer aku buat decision hahaha..
Ada baiknya jugak aku dah survey awal-awal.

Ok merepek dah panjang lebar ni.
Nah address kedai tersebut:
DirectD
No 64, SS15/4B, 47500 Subang Jaya, Selangor
No tel: 03-56211355 (6 hunting lines)
Operating Hours:
Open daily 1100am to 1130pm

Lelong: http://www.lelong.com.my/merchant/directd.htm
Facebook: http://www.facebook.com/directdteam

Jangan risau, henfon dia memang ori.
Harga dia murah sebab mengikut pembacaan aku, dorang ambik stock direct dari kilang without orang tengah.
Benar ke tidak wallahualam.

Sini pun jual jugak model lain like Samsung, Sony, Asus, Xiomi.
Cuba la survey dulu, memang murah berbanding tempat lain.

Aku cuma berkongsi, moga memberi manfaat.
Sekian.

1 comment:

Fyda Noh said...

Tahniah..selamat menyambut anniversary ke-4. mesti suka suami awak kan?
Tahniah lagi sekali