Jangan kata bersukan, bersenam pun tidak.
Kalau dekat jalan raya tu, asyik ler kena ikut kiri.
Maklum ler, kenderaan berat -___-
So jom kita main badminton!
Satu-satunya sukan yang aku ada keinginan dan kesungguhan nak main.
Yang lain toksah ajak ler, takde feel okeh :D
Cerita siang tadi.
Breakfast dulu dekat Nasi Kandar Padang Kota, Mydin USJ.
Belum apa-apa lagi dah mengah semacam sebab kekenyangan hahaha..
Nak dekat setahun ada ni.
Last main dengan member-member dekat office lama dulu.
Sampai koyak-koyak kasut la.
Siap beli kasut baru dekat uptown semata-mata nak main badminton.
Last-last simpan buat tukun.
Tadi main pun tak pakai sebab lupa.
Sikit lagi jer nak masuk kedai dekat court tu nak beli kasut baru lagi hehehe..
Kami-kami jer yang main.
Kakak ipar suami isteri, 2 anak dia, aku n Hafiy.
Hubby kerja, jadi join dorang jer la sekali.
Yang lain-lain pun tak ada kelapangan.
So book 1 court jer, 1 jam.
Ok lagi la rate dia kat sini, RM20/jam.
Betul-betul berdepan dengan flat Goodyear Court.
Tapi tak sure la USJ berapa kat sini.
Kalau nak ke Summit dari Puchong lalu jalan belakang, akan lalu sini.
Jumpa lopak air jer pun dah seronok kemain.
Dah nama pun budak-budak.
Kalau mak budak bapak budak jumpa lopak air terkinja-kinja melompat, eh tu dah lebih :D
Aina Marissa (adik) n Miza Afrina (kakak).
Out of 6, 2 kuntum bunga ni lah jer yang ada setakat ni cucu Mak Tok, Tok Wan.
Belah family aku lagi la, 4 orang semua hero.
Ikut genetik adik beradik aku betul.
Dari badminton court ni, ke rumah Mak Tok pulak.
Dah dekat sangat.
Ingat nak duduk-duduk kejap jer, update apa yang patut dekat fon sebab kat rumah Mak Tok ada Unifi :D
Sekali mak kata makan dekat situ jer la, dia masak.
Ohoiii lagi ku suka.
Siap tapau bawak balik hahaha..
Tangan penat ler main badminton.
Tak daya nak masak.
Puiiiii :D
Ikut genetik adik beradik aku betul.
Dari badminton court ni, ke rumah Mak Tok pulak.
Dah dekat sangat.
Ingat nak duduk-duduk kejap jer, update apa yang patut dekat fon sebab kat rumah Mak Tok ada Unifi :D
Sekali mak kata makan dekat situ jer la, dia masak.
Ohoiii lagi ku suka.
Siap tapau bawak balik hahaha..
Tangan penat ler main badminton.
Tak daya nak masak.
Puiiiii :D
No comments:
Post a Comment