Sunday, November 23, 2014

MegaKidz & Children Expo

2 minggu lepas aku ada beli kupon dekat MyDeal.
Kupon untuk masuk ke MegaKidz dekat Mid Valley Megamall.


Harga asal RM38 seorang, promo RM22.
Kupon ni boleh guna sampai end of November ni jer.
Hubby dah ambik cuti Sabtu and Ahad minggu ni, so boleh la pergi.
Kupon ni pun dah nak tamat tempoh.

Kononnya nak gerak dari rumah awal-awal pagi sebab nak mengelak jem.
Tapi nan hadonya awal.
Pukul 10 jugak la gerak dari rumah.
Adik patutnya balik naik bas ke Batu Pahat pukul 2 petang tadi, tapi dah bagitau awal-awal tak boleh hantar.
So dia bawak motor hubby, park dekat stesen bas tu.
Tadi baru kami ambik.


Tak besar mana pun tempat ni rupanya.
Tempat main dia pun mostly sesuai untuk budak besar like 4-5 years and above.
Bayangkan nak memanjat satu-satu anak tangga tu, tinggi tau.
Kaki Hafiy memang tak sampai, sebab tinggi.
Jadinya Abi la kena join sekali main.
Nak panjat kena pijak kaki Abi dulu baru boleh naik.
Banyak round jugak la naik turun naik turun.
Dari yang rendah sampai yang paling tinggi.
Aku tengok pun gayat huhuhu..


Siap ada cinema dalam ni ha.
Dia pasang cerita frozen masa tu.
Ajak Hafiy masuk kejap sebab Abinya nak curi nafas dulu hahaha..
Bertahan la dalam 15 minit pertama agaknya.


Masa beli kupon ni hari tu, ada option untuk add on 1 hour fun learning sand activity.
Jadi harga dia RM22+RM12=RM34 in total.
Aku tambah sebab nak ajar Hafiy main dengan pasir kononnya.
Dia kan penggeli ya amat.


Dia guna kinetic sand jer.
Aku pun tak pernah sentuh kinetic sand ni hehe..
Tapi ok la, Hafiy boleh pegang, boleh main, means dia tak geli sebab tekstur dia lembut jer, tak kasar sangat macam pasir betul.
Mahal giler kinetic sand ni rupanya.
Yang dia jual dekat situ, 1 balang dalam RM99 kalau tak silap aku.


Ada la dalam 10-15 minit jer kot bertahan.
Lepas tu nak keluar main gelongsor.
Dah tau dah minat dia bukan benda-benda macam ni.


Tempat mainan for budak kecik.
Tapi agak boring la.
Tak banyak choice.
Kalau anak kecik lagi, masuk sini dengan harga RM38 macam sangat tak berbaloi.
Kalau dah 4/5 tahun ke atas tu dah ok sikit.

Abi dah hampir surrender hahaha..

Games ni semua pun sama, nak main kena masuk token.
Tak sesuai langsung aku rasa.
Bayar dah mahal, tapi nak main mainan ni semua pun nak kena extra pay lagi.


Tempat colouring ada jugak, pun self pay.
Yang ni semua tak include dalam bayaran masuk tu.
Hafiy tak main pun ni.
Tau dah nanti hujung-hujung maknya jugak yang kena perabis.

Dalam 2 jam jer dekat dalam ni sebab nak singgah ke Maternity & Children Expo pulak.


Kebetulan sangat date sama dengan yang aku plan.
So alang-alang kat sini jenguk la kejap apa yang ada.
Last datang sini masa umur Hafiy few months.
2 tahun lepas la kot.
Sebenarnya dah tak berapa sesuai dah untuk kami kot, sebab Hafiy dah besar.
Kalau tengah pregnant ke, anak kecik lagi ke, banyak la keperluan kat sini.
Nama jer Children Expo, tapi kebanyakannya untuk baby.

So kali ni just jalan-jalan cuci mata jer.
Jalan laju-laju settle cepat-cepat sebab Hafiy dah mula nak berdrama hahaha..
Penat la tu main sebelum tu.

Jumpa booth Pureen.
Hafiy punya barang mandian and so on dah kehabisan.
Pureen warehouse sale next week belum tentu lagi dapat pergi ke tidak.
Hubby kata beli la dulu sikit.
Kot la minggu depan tak dapat pergi, takde la rasa ralat sangat.


Head to toe body wash = buy 2 at RM22
Wet tissue;
Yang set besar ada botol + refill pack + small pack = RM19
Refill pack only = RM8
Pek kecik x 2 = RM5
Baju tidur = RM15/pair
Kalendar and vitamin tu free gift.
Sama jer ni harga dia dengan warehouse sale tu, sebab tu beli lebih sikit.

Yang lagi 3 pasang baju tidur tu beli dekat booth lain, 3 pairs @ RM50.
Murah sangat.


Dekat Pureen tu jugak dapat 2 canvas bag yang cantik ni.

Ok ok jer la booth kali ni.
Sama jer macam yang sebelum-sebelum ni.
Kalau yang memang niat nak cari barang baby memang berbaloi la.

Diapers ada Pet Pet and Drypers jer kalau tak silap.
Pet Pet harga dia:
RM32 for 1 pack
RM31 for 2 pack
RM30 for 4 pack

Maksudnya untuk dapat harga RM30 tu kena beli sehingga 4 pack baru dapat harga tu.
Patut la aku tengok ramai yang memborong.
Tapi tak la murah mana pun.
Dekat hypermarket selalu boleh dapat harga macam ni.
Lagi senang tak payah bersesak-sesak beratur panjang hehe..
Esok, Ahad 23hb last yer.

Drypers pulak aku tak tengok harga dia.
Tak sempat, anak teruna dah keluar lagu Dambaanku Pilu.

No comments: