Monday, November 24, 2014

Karnival Upin Ipin

Sementara encik suami adalah bercuti, dan ada event yang menarik, marilah kita bersama-sama memeriahkan suasana.


Karnival Upin Ipin at PICC, Putrajaya.
Yang tambah menariknya, sebab ada kemunculan khas Ultraman.
Hafiy ni semenjak dah kenal Ultraman, itu ituuu jer la yang dia duk ulang-ulang tengok.
Sampai aku sendiri dah boleh hafal dialog, hafal jalan cerita, hafal lagu!
Itu menunjukkan betapa kuatnya pengaruh Ultraman dalam dunia seharian iolls sekarang.


Tema kita hari ni, red and black.

Kenapa tak pakai baju lagi ni? Nak pilih baju pun lama macam ni?
Tak tau nak pakai baju apa. Bosan. Nak duit, beli baju baru.

Hamboi hamboi hamboi.
Biasa dia tu!

Ni nama dia anak Abi. Nampak pandangan mata tu? Punnn sama.
Anak Ibu jugak :)

Maap yer, kasi chance sekali sekali iolls nak selfie, pastu upload dekat blog.
Thank you 360! :D

Sebelum pergi ni kan, dah baca dah dekat FB kata ramai giler orang, parking susah.
Tapi tak kira, nak jugak pergi, keras kepala.
Sampai jer dekat jalan masuk PICC, nampak kereta berduyun.
PICC ni letaknya dekat atas bukit yer.
Tapi jangan mimpi la nak naik ke atas nun kalau sampai pun dah tengahari buta.

Join parking dengan kenderaan-kenderaan lain la dekat sepanjang jalan bawah bukit.
Nak naik ke atas nun ada 2 options.
Samada nak jalan berpusing-pusing ikut jalan yang betul sampai ke atas, yang memang sangat jauh dan memenatkan; ataupun panjat bukit, seperti di bawah ni.


Jadi kami pilih panjat bukit sebab majoriti pun panjat aje lah!


Tak sampai setengah bukit mendaki, boss kecik dah surrender.
Untung la kecik, ada orang boleh kendongkan.
Macam aku yang terlebih muatan ni, redha la push lemak-lemak semua ikut naik sekali.
Eh kalau boleh tinggal aku dah tinggal -..-


Termengah-mengahhhhhh.
Macam tak percaya aku boleh sampai ke puncak.
Fefeeling dah macam jungle trekking hahahaha..

Sampai atas bukit, bersesak nak masuk ke dalam pulak.
Kalau tak dipikirkan anak, memang nak patah balik.

Sampai jer kat dalam, blur.
Nak ke mana pun tak tau.
Lautan manusia.
Nampak orang jer merata.
Nasib baik ternampak singboard "Ticket Counter".
Apa-apa hal kita beratur dulu.
Nak beli tiket apa, nanti boleh bincang.

Sambil beratur, sambil bersesak, sambil baca apa persembahan yang ada.
Ada 3 jenis tiket:
Persembahan Hologram & Robot Upin Ipin
Replika Rumah Opah, Voice Recording
Angkasaria

Kami beli yang 1st tu jer, sebab yang lain macam tak berminat.
RM15 untuk dewasa, kids above 5 years old RM5, so Hafiy free.


Persembahan ni ada setiap jam.
Kami masuk yang pukul 300 petang punya.


1st show, tarian robot.
Robot-robot ni menari ikut rentak lagu Sahabat, lagu tema Upin Ipin.
Comellllll.


2nd show, hologram Upin & Ipin.
Mulanya apakejadah hologram pun aku tak tau hahaha..
Main belasah jer beli tiket masa tu.

Rupanya best jugak hologram ni.
Dia ibarat macam wayang kulit gitu.
Tapi tak ada tok dalang ler.
Yang ni animasi 3D.
So dia macam hidup.
Siap boleh nampak belakang stage sebab ala-ala real, tapi kartun hehe..
Upin Ipin menyanyi n menari jer la sepanjang-panjang tu.


3rd show, berborak dengan karakter dari cerita Upin Ipin.
Kali ni Kak Ros.
Budak-budak boleh tanya soalan dekat Kak Ros.
Seronok dengar budak-budak kecik ni duk bertanya soalan.

Kak Ros dah makan?
Kenapa Kak Ros garang?
Kak Ros sayang Upin Ipin tak?
Kak Ros dah sembahyang ke belum?

Alahaiiii comelllll.

Dalam setengah jam jer show ni.
Lepas tu pergi ke Main Hall nak tengok show Ultraman pulak.
Ikut schedule yang dorang tulis pukul 400 petang.


Masa kami masuk sini, tengah ada show Upin Ipin rupanya.
Manusia tak payah nak cakap la ramai mana.
Pasrah dan redha jer masa tu.


Untung la korang yang kecik ni.
Memang senget bahu mak-mak bapak-bapak masing-masing hahaha..

Kalau la kami tau manusia seramai ni dekat sini, kami tak masuk dulu yang Upin Ipin tadi tu.
Sebab yang tu every hour ada.
Yang ni show dia tak kerap, berapa kali jer.

Ni jer shot terbaik yang boleh nampak Ultraman

Setinggi-tinggi yang boleh korang naik kan -_____-

Half way, surrender.
Hafiy pun dah tak senang duduk.
Kejap nak aku dukung, kejap nak Abi dia dukung.
Kejap nak pegang pedang, kejap gatal badan -____-

Surrender la, berundur.
Kasi chance orang lain la nak tengok.


Beli air Vitagen kasi hilang haus.
Hubby and Hafiy pergi sambung bersesak.
Aku tak sanggup dah, duduk jer la dekat tempat kosong.


Ultraman punya pasal.
Sanggup okeh.
Maknya ambik long shot aje lahhh :D


Budak ni mengantuk sebenarnya sebab dah skip waktu nap.
Mata dah bengkak, kuyu, berair tahan mengantuk.
Tu yang perangai boleh tahan cantik tu -___-

Tak beli apa pun merchandise Upin Ipin.
Tak daya nak bersesak dah.
Lagipun takde keperluan.

Pukul 5 camtu gerak balik.
Menurun bukit lagi, seksa.
Dah la pakai high heels hahaha..
Separuh jalan, aku bukak kasut, turun berkaki ayam jer.
Lagi laju, kaki aku pun tak seksa menanggung sakit.
Bezanya kaki aku kotor jer lah.
Kotor takpe boleh basuh, kalau sakit ya ampunnn nak menahan!

Haihh lain kali kalau depa buat lagi karnival macam ni, pikir berpuluh kali la sebelum nak datang.
Si kecik dah tak sihat ni, 2 hari berjalan sakan.
Hope jangan la berlarutan.

No comments: