Sunday, November 16, 2014

Toys R Us vs Mr DIY

Toy R Us ada buat sales untuk member from 14 Nov 2014 - 23 Nov 2014 dekat The Summit USJ.
Masa aku kerja dekat USJ ni dulu senang, lunch time pun sempat nak terjah sales macam ni.
Almaklum ler dekat benor.
Jalan kaki 5 minit dah sampai.
But now apa-apa sales ke apa, weekend la dapat pergi.

Mulanya nak pergi berdua jer dengan Hafiy sebab ingatkan hubby kerja sampai 700 malam.
Rupanya balik pukul 300 petang.
Dah gitu, boleh la dia yang bawakkan ;)


Pergi sini dah lepas maghrib.
Isi perut dulu la apa-apa cite.
Makan dekat Kafe Mandy's ni.
Lama tak singgah.
Dulu agak kerap jugak ke sini bila datang Summit.

Anak Abi sungguh
Ni bukan merajuk or menangis yer. Tapi gaya orang rimas sebab Ibu Abi kejenya ambik gambar jer tak sudah-sudah hahaha..
Dia takkan minum air yang ada kaler sebab katanya masam. Jadi ibu beli air laici yang sah-sah putih warnanya. Elok pulak dia minum hoii -___-
Mengimbau kenangan. Dulu datang sini berdua jer. Menjak keluar si kecik ni, ni baru first time bawak dia.
Kentang or keropok wajib ada kalau nak makan mana-mana pun. Sebab dia takkan mau makan benda lain. Cara dia tolak makanan tu macamkan aku nak suap racun okeh -____-
Teriyaki Grilled Chicken Rice

Ada promotion 50% price untuk menu ni, dengan syarat kena beli air.
Aku rasa tak ada penamatnya pun promo ni.
Sebab dah bertahun-tahun dari aku bujang sampailah ni dah beranak, gitu jugak promonya tak berubah-ubah.
Eh kalau gini bukan promo dah namanya.
Ni namanya harga tetap.


Aku suka konsep kedai dia.
Tokey dia peminat The Beatles (aku agak jer la haha).
Sebab banyak benda berkait pasal The Beatles kat sini.
Poster, piring hitam and so on.


Dah settle makan baru gerak ke Toys R Us sales tu.

Sales up to 50%

Tapi hampa la.. tak banyak barang pun.
Kalau sebelum-sebelum ni punya sales lagi gempak.
Up to 80% pun ada.
Dulu dia buat dekat 4th floor, memang banyak choice.
Barang-barang lama yang dorang nak clear stock tu macam-macam ada.
Yang kali ni tersangat limited.
But kalau yang nak mencari Lego tu agak banyak choice la.
For kids umur macam Hafiy ni tak menarik langsung.
Yang aku tunjuk kasi dia semua dia tak nak, semua tak best kata dia.
Yang dia nak, patung Iron Man 6 ekor kecik-kecik, harga almost 200.
Huishh idok ler aku nak beli.
Baik beli dekat pasar malam 10hengget jer leh dapat berlambak :D

Even ada 50% less pun still aku rasa tak berbaloi.
Sebab Hafiy ni jenis yang excited kejap jer.
Dah boring kalu, dibalingnya merata-rata.
Gaya macam ni memang tak payah la nak beli toys mahal-mahal.
Sangat membazir okeh.


Tapi kalau ada yang berminat nak try usha boleh la datang.
Mana tau ada yang berkenan.
Lama lagi nak abes sales ni.
Kot la nanti dia keluarkan macam-macam barang lagi.
Sebab masa kami pergi hari semalam (Sabtu, 15 Nov) tu banyak rak kosong.
Maybe dah habis or maybe belum letak barang.

Last-last end up kami tak beli apa-apa pun dekat Toys R Us ni.
Si Hafiy dah mengamuk-ngamuk claim mainan dia sebab dari rumah lagi aku dah cakap nak beli mainan baru.
Jadinya marilah kita ke Mr DIY saje hehehe..


Dapat pun "tibak" dia.
4 hengget jerrrrrr.
Dah murah sangat la pulak hahaha..


Dia ni dah nampak dah menurun perangai aku bila sampai bab memilih barang.
Jangan la letak dia depan mainan yang selambak macam ni.
Konpem tak tentu arah sebab tak tau nak pilih yang mana.
Kejap kata yang ni best, kejap kata tak best.
Kejap kang nak yang ni, kejap kang tak nak pulak.
Jadi kalau bawak dia, tak payah la nak tanya banyak kali sangat.
Sekali dia kata nak tu, ambik jer la.
Kalau tak kang, jadi lalang, macam aku :D


Mr DIY ni kalau tools macam ni memang sangat menarik.
Macam-macam ada.
Murah pun murah.
Beli tool box yang half plastic half steel besar giler baru RM49.90.
Kalau kat luar entah berapa dah harga.
Barang kereta, barang plastik, barang dapur, mainan budak, eh macam-macam la ada sini.

Total damage, around RM150.
Macam-macam benda dapat.
Kalau belanja dekat Toys R Us tadi tu, dapat ler seketul mainan.
Huiii tak berbaloi!

No comments: