Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, November 19, 2014

Once Upon a Time in Pulau Tioman | Day 2

Pulau Tioman, Day 2, 24 August 2014

Hari kedua ni ikut perancangan nak pergi snorkeling dekat Taman Laut. Hari sebelumnya si Helmi ada cakap, boleh ikut dorang pergi snorkeling dekat tengah laut. Sebabnya bot ada kosong. Tapi dah malam tu, tukar schedule. Bot penuh daa. Kami 4 orang yang dewasa. Jadi dia arrange supaya kitorang pergi snorkel dekat tempat lain dulu which is Taman Laut yang mana tak payah naik bot.

Roti bakar with jam
Mee + bihun goreng, air kopi O. Sejak bila aku reti minum kopi O ni pun tak tau lah.

Apa-apa hal kita breakfast dulu. Perut dah kenyang, rileks-rileks jap, sementara tunggu pukul 1000 pagi. Sampai time, truck sampai, bawak kami ke Taman Laut. Sekali dengan beberapa orang yang lain dalam group kami tu sebabnya geng-geng lelaki memang dah keluar diving pagi-pagi lepas breakfast lagi.

Tengah bersilat ke tu?

Alangkah indahnya bangun pagi dengan pemandangan macam ni. Tenang jer perasaan tu. Rileks jer otak. Kosong, free.


Yes Ibu do love u son, until my last breath :')


Kan best kalau selalu dapat spend time jalan-jalan macam ni?


Adik ipar iolls macam biasa, busy dengan kelas diving dia.


Ini landasan kapal terbang yer adik-adik. Jangan tak tau, sini memang ada kapal terbang mendarat. Sebab dekat Kampung Tekek ni jugak la ada Berjaya Hotel. Landasan ni pun Berjaya Air yang punya. Tapi dengar cerita dulu ada tutup sekejap dari beroperasi sebab ada kemalangan.

Uishh landasan ni tak sama macam yang biasa. Landasan ni pendek. Jadi bila pilot yang tak berapa mahir, memang susah nak daratkan kapal terbang kat sini. Kang terlajak memang disondolnya bukit kat depan tu.


Dekat Taman Laut ni kalau diikutkan memang ramai orang. Lagi-lagi kami datang time weekend. Seronok tengok orang snorkeling. Tapi anakanda beta memang langsung tak benarkan beta turun ke dalam air. Even nak cecah kaki dalam air walau sikit pun marah kemain. Jadi ibu hanya mampu ambik gambar Mak Tok, Tok Wan and Abinya jer lah. Jadi photographer. Dan selfie T__T


Minah saleh ni kan aku saje jer ajak berborak. Point asal nak ajak dia borak tu sebab dia guna kamera sama macam aku punya hehe.. Tina nama dia. Sebenarnya saje-saje jer nak tanya dia asal mana, datang dengan sape. Tapi aku lupa dah dari negara mana dia datang hahaha.. Dia datang berdua jer dengan husband dia. Dia kata anak-anak tak nak ikut. Ohoiii berjalan obersea pun tak nak ke?? Orang kaya agaknya kan. Setakat melancong tu takde hal. Sebelum dia datang Malaysia, dia dah pergi Singapore dulu. Memang suka melancong mat saleh minah saleh ni semua.

Tina ni pun sama macam aku, takut air dalam. Dia kata dia tak boleh nanti kalau ikan datang kerumun dia, dia akan panic hahaha.. macam ni punya gaya baik tak payah la nak turun dalam laut tu yang sah-sah banyak ikan. Kang tak pasal-pasal abang sado jadi busy :D

Mula-mula cuaca cerah jer, elok jer. Tiba-tiba hujan tak semena-mena. Takde angin takde apa tiba-tiba hujan turun lebat giler. Semua pakat naik, tak boleh snorkel dah. Bila dah renyai sikit baru boleh turun balik. Dari atas pelantar yang tinggi ni selamba jer ada satu geng budak-budak ni terjun. Tinggi ohoiiii. Idok ler aku berani huhuhu..


Janji dengan driver truck tu pukul 100 petang. Tapi pukul 1200 tengahari tu semua pun dah nak balik. Tahu kenapa? Sebab aku salah tengok jam hahaha.. Jam baru pukul 1100 pagi tapi aku nampak dah pukul 1200 tengahari. Apa ke spero sangat ler mata aku ni T___T. Dorang pun dah malas la nak turun balik ke laut.

Tapi driver tu ada cakap kalau nak balik boleh call dia terus. So kami pun semua dah penat, malas dah nak snorkel pun. Budak-budak kecik dah kepenatan. Call la driver tu suruh datang pick up. Tapi call sampai sudah tak berangkat. Dekat kad ada 3 nombor, tapi semua ringing takde sape jawab call. No tepon chalet pun tak ada sape yang ambik and simpan. Bijak sangat tau berjalan tanpa arah tuju macam ni -____-


Dalam setengah jam jugak la kami mencuba call n call n call. Last-last datang sorang brader ni naik motor tanya kami nak ke mana. Kami bagitau truck bla bla bla yang hantar tadi. So dia balik, ambik truck dia, angkut kami balik. Rupanya geng dia jugak. Nasib baik dia lalu naik motor. Kalau tak entah pukul berapa kami boleh balik. Cuaca sejuk, hujan, indah dibuai mimpi agaknya mamat tadi tu T__T

Lunch. Nasi with asam pedas ikan apa entah, ayam bakar, ikan masin, telur dadar, ulam-ulaman, tembikai, air sirap. Orang Melaka masak asam pedas, kau agak-agak macam mana tahap marbeles dia?

Sampai jer chalet terus makan tengahari. Kebulur ler masing-masing dah lepas berendam. Eh yang tak sentuh air langsung ni pun kebulur kemain hahaha..


Petang tu takde aktiviti apa. Ayah, mak mertua, hubby, adik ipar mandi pantai. Iolls macam biasa, jadi photographer :D. Rimas ler nak berbasah-basah ni hehehe..

Dinner for 2nd night. Nasi goreng, BBQ ayam, ikan, sotong, sosej, kentang, tembikai as pencuci mulut. Air oren kot.

Lepas maghrib macam biasa having dinner. Depa buat BBQ malam tu. Tapi depa la yang bakar semua. Kami tukang tunggu, dah siap kami makan :D



Kebetulan pulak malam tu ada birthday somebody. Pelancong dari Singapore kata mereka. Owner dive centre ni orang Singapore. And si birthday girl tu katanya kawan dia. Jadi dapatlah kami makan kek free malam tersebut. Eh dapat makan kek dekat pulau lain macam tau feel dia :D

Malam takde apa aktiviti. Nak tengok tv pun malas. Jadi balik bilik, rehat-rehatkan badan untuk hari esoknya pulak.

Bersambung..

Quick Link:

1 comment:

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

bestnya sis..teringin nk gi pulau2 nie tp takut sunburn.hehe..