Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Monday, November 17, 2014

Wajah Baru Uptown Shah Alam

Tak pasti bila Uptown Shah Alam ni mula beroperasi balik.
Lepas terbakar tu, ni baru aku pergi lagi.
Lebih kurang sebulan lepas.
Now dah berwajah baru pun uptown ni.


Dah rupa pasar malam tau.
Betul la macam aku cerita hari tu, yang terbakar almost 50%.
Tapi bahagian kedai makan dapat selamat.
Ada la jugak sikit yang terbakar tu.
Kedai makan feveret kami masih steady.

Tapi langsung tak meriah dah sekarang.
Gerai pun berapa kerat jer yang bukak.
Maybe masing-masing tengah kumpul modal lagi agaknya.
Habis licin tu terbakar.
Ada 1 kedai tu jual model-model kereta mainan.
Harga cecah ribu pun ada sebab ada yang dia beli dekat oversea.
Macam personal collection, tapi ada yang dijual.
Habis sume hangus licin tu huhuhu..

Dari dulu memang aku aim kedai henfon jer la kalau datang sini.
Jadinya bila kedai dah tinggal berapa kerat jer ni, tetiba terperasan pulak 1 kedai yang jual phone casing just RM10 setiap satu.
Semua model hanya pada RM10.
Sebelum ni memang pernah nampak dah, tapi tak ambik tau.
Kononnya murah kan, so mesti la tak lawa casing-casing dia semua.
Puiiii berlagak :D

Sekali dah masuk, nah aku borong.


Everything was at RM10.
Even untuk tablet saiz 10 inci macam ni pun sama harga RM10.
Biasa aku beli confirm berpuluh-puluh.
Eh tapi beli jugak hahaha..
Mana boleh tahan napsu lagi dah kalau dah macam ni :D

Personal collection as at 10 Nov 2014 ;). Tapi first casing takde dalam gambar, dah bagi orang. Yang lain tu semua ikut turutan tarikh pembelian n masih elok sempurna.

Bila pergi office, kawan-kawan pakat tengok, ada pulak yang nak cilok.
Tu yang warna hitam ada lambang chanel tu beria sangat ada sorang budak ni mintak nak beli.
Aku ni dah la hati tisu, mudah tersentuh.
Ok la ok la ambik la.
Lagipun hari tu aku tengok dekat kedai tu ada lagi 1 tinggal, warna putih.
Berharap ler ada lagi masa aku pergi nanti kang huhuhu..
Kalau dah habis memang merana ler jawabnya -____-

2 hari selepas tu pergi lagi.
Dengan alasan, ada member kirim, n nak ganti balik casing yang dah diculik hehehe..


Tadaaaaa!!
Total collections as at 12 Nov 2014 ;)
Si chanel hitam dah bertukar jadik merah.
Ada stok baru.
Mula-mula masuk kedai yang sebelum ni pergi tu, dah beli 3 casing.
Pastu baru tau yang ada 1 lagi kedai sama (maybe tokey pun sama), harga sama, tapi kedai lagi besar.
Lagi banyak choice hoiii..
Naik sawan aku kat situ hahaha..
Tapi beli 3 jer lagi.
3 jer kau kata? :D

Siap ada sorang budak ni tanya hubby tau:
Kenapa beli banyak-banyak tu bang? Meniaga ke?
Tak lah, orang rumah memang macam ni. Yang dekat rumah tu pun dah boleh bukak kedai.

Hamboi hamboi hamboiiiii melampau nampak cara gurau -____-

Tetiba kan rajin pulak aku nak zoom in satu-satu ni.
Cuci mata la yer :D

2nd. First kan takde hehe. Yang ni beli dekat Summit. Harga kalau tak silap RM19.90. Material getah biasa jer. Yang mahal sangat kenapa entah.
3rd. Harga yang ni tak ingat tapi agak mahal jugak. Pun beli dekat kedai sama dengan yang 2nd tu.
4th. Yang ni beli masa balik kampung. Battery cover tu RM10, bumper pun RM10.
5th. Beli sekali dengan 4th, sama harga RM10.
6th. Beli dekat IOI Mall, Puchong. Yang ni paling mahal compare dengan yang lain. Exact price aku tak ingat tapi yang pasti paling mahal. Tapi memang cantik design dia.
7th. Design iFace. Aku paling suka yang bentuk macam ni. Sebab dia grip sangat elok. Kalau fon jatuh pun aku tak risau sangat sebab keliling dia getah tebal. RM25, beli dekat Uptown Shah Alam.
8th. Beli dekat kedai yang sama dengan 7th sebab tersangat suka dengan design dia. Harga sama, RM25.
9th. Beli dekat Uptown Shah Alam jugak, tapi dekat kedai lain. Casing simple macam ni jer pun dah RM25. Macam tak logik kan? Eh tak logik pun kau beli jugak hahaha..

And semua yang dekat bawah ni beli dekat Uptown Shah Alam, harga RM10 :)

10th. Design Sesame Street. Comel.
11th. Bumper tu jer yang aku baru beli. Battery cover tu yang asal punya.
12th. One of my favy :)
13th. Selipar pun selipar la :D. Tapi tali tu boleh bukak kalau nak. Sebelum ni tak pernah ada keinginan pun nak pakai phone cover yang gabak-gabak gini. Rasa sangat tak sesuai dengan umur hahaha.. tapi beli la satu buat koleksi.
14th. United Kingdom sangat.
15th. Lawa giler yang ni. Material denim tu tau. Smart.
16th. Hello Kitty. Soft sangat warna dia. Cantik.
17th. LV konon :D
18th. Eh Gucci kau hahaha..

Ok buat masa sekarang ni dah insaf kejap la dari memborong.
Kita tengok jer la berapa lama boleh bertahan kahkahkah..

Semua casing aku ni, back cover sahaja.
Aku suka yang gini jer.
Leceh la yang macam buku nota tu.
Pernah sekali jer pakai, pastu tak minat dah.
Kena bukak tutup bagai, leceh.
Yang gini senang hehe..

Kalau ada sesape rasa nak kasi hadiah, sangatlah dialu-alukan :D

No comments: