Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Friday, November 14, 2014

Ability

I really pushed myself to the max today.

Working wise.
Dealing dengan banyak departments, ramai orang, dengan macam-macam ragam.
Bila mana-mana problem arise and kita dapat adapt dengan masalah tu, cari solutions, tanya immediate supervisor kita what to do and how to do, and akhirnya the problem solved, rasa kelegaan yang amat sangat.
Somehow i feel proud of myself sebab selama ni aku tak pernah tau yang aku mampu nak handle semua benda yang di luar kebiasaan.
Yes now aku admit yang aku tak buat keputusan salah bila keluar dari company lama.

Company lama dulu, boss offer suruh tukar job scope which was different level of reporting.
Totally different dengan apa yang aku buat masa tu.
Tapi aku tak nak, dengan alasan dah selesa dengan apa aku buat masa tu.
Sangat tak berani nak cuba or nak ubah angin.
Sebab aku tak yakin yang aku boleh.

But now, i have to.
Kerja sebagai exec jer, tapi job scope dah macam manager.
Serius dulu aku tak rasa aku boleh.
Masa awal-awal kerja dulu banyak kali sangat rasa nak give up.
Dengan tak ada proper handover, job description yang tak clear, SOPP yang memang tak ada, manager yang baru resign a day before i joined.
Everything have to report directly to the Finance Director yang memang always busy.

Tak ada siapa pun yang boleh explain apa yang sepatutnya aku buat on my daily task.
Just pandai-pandai sendiri, tanya senior staff yang mostly pun new jugak, read thru the training materials and that's it.
When comes to month end, serius sangat stress.
My first month accounts closing sangat sangat sangat lah membebankan jiwa raga.
Ibaratnya macam makan tak kenyang, tido tak lena la memikirkan kerja yang tak berkesudahan hahaha..

Tu belum lagi cerita bab kena marah dalam meeting.
Iye la, kita ni orang baru, masih baru.
Takkan nak expect kita knows everything?
Lagipun dengan job description yang tak clear, i dont think that kami boleh nak adapt dengan sangat cepat.
Kena marah dalam meeting, nangis berjemaah dalam tandas ngan member.
Sedu sedan berdua.
Bengkak mata, merah hidung segala.
Sampai mati aku takkan lupa moment tu hoii hahaha..

Tapi itu la orang cakap, pengalaman tu jadikan kita lebih bagus, lebih matang, lebih bijak bertindak.
Terima kasih la jugak dekat boss aku yang suka menjerit tu.
Eh tapi sekarang tak berani dah nak jerit-jerit ngan aku.
Risau agaknya dia nengok aku sendu dalam bilik dia hari tu hahaha..
Hati tisu sangat okeh.
Tapi yang sebenarnya cengeng T____T

Latest incident, accounts syarikat kena suspend dengan Westport.
Ini yang paling besar jadi sepanjang 7 bulan setengah aku kat sini.
Masalah sebenar adalah missed communication jer between kami dengan treasury department.
Aku kata kau, kau kata aku.
Sudahnya account suspend, barang dekat port tak boleh gerak.
Semua sangkut.
Mau menggelabah.
Habis semua boss turun padang.
Sampai sekarang fobia tak habis lagi T___T

Harapnya lepas ni tak ada la lagi problem-problem besar macam ni.
If ada pun i really hope that i can excellently cope with the situation.

Satu benda jer yang aku harap sangat sekarang.
Tolong tukar assistant aku sekarang.
Sangat tension aku melayan perangai masing-masing.
Dah dapat warning dari boss pun masih tak berubah.
Kerjanya bersembang, berborak, main henfon.
Bila cakap banyak kali sikit suruh buat kerja, siap buat muka.
Hoii malas dah nak cerita lagi.
Boleh bikin beta murka tiap kali pun.
Cepat-cepat la berambus.
Tolong T____T

Dah 630 petang.
Marilah pulang ambik anak.
Kesian dia asyik lambat ambik dari rumah pengasuh.

No comments: