Sunday, May 23, 2010

Kenapa Aku Buat Blog Ni

I’ve got inspiration from some brides to be’s blog. Syok tengok persiapan orang. Persiapan aku macam mana pulak? OK ke? KO ke? Masih terlalu awal ke untuk aku sibukkan diri? Aku ni cerewet. Mungkin bukan cerewet dari segi pemilihan barang. But aku cerewet dari segi kesempurnaan. Apa aku nak mesti kena dapat. No no no no bukan semestinya kena yang mahal. Apa kau ingat aku mampu nak demand yang mahal²?? Aku pown kerja makan gaji jugak. No side income. Simpanan? Ada la beberapa hengget. Sedih kan kesah hidop ni. Ayah pernah cakap, “Ayah takdok duit nak tolong, ayah cuma buleh tolong urus jer”. So nak tak nak pandai² la aku manage duit aku sendiri.

Aku tak nak majlis yang grand habis duit beribu-riban semata-mata nak bagi orang kagum. Cukuplah sekadar majlis yang diingati. Sweet & Simple. Konsep yang aku pilih untuk majlis bersejarah aku. Aku punya majlis aku punya suka lah. Tak gitu? Nak ikut orang? Sampai bila entah aku boleh kawen. Yang penting majlis aku nanti, it should be SIMPLE. Yes simple.

Aku nak sedaya upaya tak nak cilok idea orang. Penat orang pk apa nak buat, kelainan yang dorang nak sampaikan. Tapi kita duk cilok suka² hati jer. Tak patut kan? So aku akan cilok berpada² jer. Haha. Aku pun duk rasa tak best jugak sebab idea aku asyik kena cilok oleh someone. Lepas ni nak jadi kedekut tak nak cerita banyak² dah apa aku nak buat untuk majlis aku. Let it be SURPRISE!! (surprise la sangat. Sooner or later aku reveal jugak kat dalam ni. haha).

So Tata.

No comments: