Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Monday, May 31, 2010

Price Comparison is Very Important

Last weekend aku balik kampong (again). bulan ni jer dah 3 kali aku balik. 1st tok aku sakit (meninggal), 2nd rombongan merisik datang, 3rd yang last weekend ni lah. balik ni pown bersebab. aku dah kena start survey everything. since aku duk jauh, everything should be done earlier. bukan senang nak dapat cuti. dengan keadaan aku yang cuti memang tak banyak ni, terpaksa la berkorban apa yang patut. ada cuti panjang sket kena la spend time balik kampong.

Misi aku nak survey apa2 saja yang sempat. 1st day aku ronda2 hari jumaat. memang silap timing. camne aku buleh lupa Ganu cuti hari jumaat? majoriti kedai mesti la tutup. pusing punya pusing sampai aku tak tau mana nak pergi. last2 terlajak sampai town. haha. i found 1 shop, Mega Lace. kedai barangan pengantin. betul2 dekat tengah town. quite a big shop they have. bagi aku yang memang takde pengetahuan n pengalaman langsung dalam kerja kawen ni, memang masuk n tengok jer lah. takde apa idea pown yang terlintas dalam otak. dah beku agaknya otak kretip aku ni. haha.

Aku dah banyak buat on9 survey. n aku boleh simpulkan yang barang kat sini agak berpatutan.

Uncang ni (besar) boleh dapat dengan harga 35sen/pc. i love the colour ♥

Saaaaangat banyak choice. harga boleh tahan. kalau aku tak dapat dekat tempat lain yang lagi murah, confirm aku akan beli dekat sini jer dah.

Pernah la jugak aku berangan nak bagi this golden/silver box dekat guests. just put 4-5 pieces of chocolate ketul2 tu and its done! tak payah pikir dah. but this box sangat mahal (for me). it cost RM3.50/pc. paling murah aku pernah jumpa (on9) dengan harga RM2.60/pc (harga sebelum belian pukal). u can visit this page. ada macam2 bentuk n aku paling suka bentul epal. comel ;). but not for me (maybe).

Riben pown baaanyak jenis. im not yet decided wether nak buat sendiri hantaran aku nanti, or let someone do it for me. teringin giler nak buat sendiri, but then tengoklah jadi ke tidak. belum dapat apa2 ilham or idea. otak beku, otak beku! orang kata apa, DIY? nanti lah aku putuskan.

Aku suka giler design hantaran guna sangkar ni. tapi sangkar sangatlah mahal. just forget it Sarah ;(. misi belajar membuat hantaran sendiri bermula ;).

So Tata.

No comments: