Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Thursday, May 26, 2011

Merah itu Auummmmmm

I always love everything about red. kalo ada kenduri yang kena pakai kaler merah, berkobar2 nak pergi.

Kenduri hubby's cousin Ahad lepas (22 May). what i love most is the pelamin. pelamin roman ok. ni contoh pelamin roman yang sesuai untuk dalam rumah. mungkin la dah tak "in" untuk trend sekarang, tapi aku memang suka giler.

I dont have the full view of the pelamin yet. nanti dah dapat, i'll upload later. tapi memang mengancam.

Jadi bidan terjun tukang kasi bunga telur untuk orang merenjis

Tiba2, "Hoooiiiii.... hoooiiiii.......!!". eh amende plak tu? "Hooiiii.. pengantin basi dah ooiii!!!". hahahahaha. kuang asam kan?

Orang ingat aku tuan rumah

So Tata.

M&M + Strawberry = Yummy!

Adam Hakimi's birthday celebration. cucu sulung keluarga Mak Tok dan Tok Wan.

 Homemade chocolate cake kredit to Ucu

 Wishes from Mak Long

 His Papa

 His cousin, Miza Afrina

  
Nak potong kek, dia yang paling excited. tapi bab makan, dia yang lari dulu.

 M&M. yummy!

 Yang kat belakang tu, I

Hadiah Ben 10 tak jumpa, so Auntie letak dalam paper bag Ben 10 pown jadi la ye :P 

Dari Pak Andak dan Auntie (Mak Andak) untuk Kimi:

"Selamat hari ulangtahun yang ke-7 Abang Kimi. jadi anak yang soleh ye. belajar rajin2. kalau result exam good, mintak adiah ngan Pak Andak. kehkehkeh."

So Tata.

Wednesday, May 25, 2011

Kami Dah Pindah!

Gembira tak terkata. senyum sampai ke telinga :P. baru jer 11 hari jadi penduduk Jalan Kebun, Shah Alam. perasaan? mestilah gumbira. sebabnya finally dah dapat duduk rumah sendiri :)

Mula2 pindah, hari Ahad (15 May).

Langsir dari bilik pengantin. MIL bagi

 

Sadis tak tengok langsir sliding door aku ni? yer la, rumah aku tinggi, pastu pasang railing pown memang tinggi (niat asal nak letak langsir sampai ceiling macam Eric selalu buat, tapi tinggi sangat la pulakkk). nasib baik MIL kasi pinjam ni tau. kalau tak selagi tu la kami tak pindah. hahaha.

Bukan kedekut nak beli sendiri. cuma belum berkesempatan. semua pown last minute. tapi kesian punya pasal, MIL tepon kakak ipar aku, kasi pinjam langsir lama dia. langsir dia panjang la sikit dari ni. takdelah sliding door aku macam pakai skirt. hahahahaha.

And malam tu kami pakat2 mengaji. ayah cakap (FIL) sebelum masuk rumah, eloklah baca Surah Al-Baqarah dulu. means, tak perlu tunggu kenduri doa selamat, tuan rumah baca sendiri dulu. aku tak pasti apa kebaikan dia, tapi of course ada sebab kan. so malam tu after maghrib kami gilir2 baca Surah Al-Baqarah sampai habis.

Tapi malam tu tetap aku tak boleh tido langsung. sampai ke pagi. maybe sebab tempat baru, n maybe jugak sebab aku terlampau penat. terlampau penat pown susah nak tido tau.

Rak barang. adik ipar n the geng yang kasi. semua barang pown berguna. maklum ler rumah masih kosong :P

Kenduri doa selamat pown dah selesai sebenarnya. kami buat masa Hari Wesak hari tu (Selasa, 17 May). niat asal nak buat kecik2 jer, tapi tak sangka ramai pulak yang datang :P. takpe, tetamu datang bawak rezeki :).

Menu utama, nasik ayam. makanan lain pown macam2. ada roti jala, kuih-muih, buah2, macam2 la. aku pown dah lupa. hehehe. apa pown, special thanks to hubby's family yang penat kerah tenaga. kalo takde dorang, tak jalan la kenduri aku tu! and majoriti tetamu puji makanan memang sedap, terbaekkkk. especially nasik ayam. mereka kata, boleh bikin katering nih! hehehe. alhamdulillah kata MIL aku :)

Tapi satu jer aku terkilan. sekeping gambar pown takdok T___T. masing2 sibuk, sekeping gambar pown tak sempat nak ambik. aiyooooo rugi betul! yang ni jer ada, from Aty's blog. thanx for coming Aty. siap bawak hadiah lagi tau. haishh susah2 jer tau. tapi lupa nak snap gambar loorrr :D

Dah hampir maghrib masa ni

Alhamdulillah, makanan ngam2. bajet untuk 100 orang makan. nasib baik tak membazir. tetamu datang sampai malam. rasa macam buat open house la plak! hehehe.

Bagus sebenarnya buat kenduri a.k.a house warming macam ni. boleh kenal2 dengan jiran tetangga. maklum la kami ni antara yang terlambat pindah masuk. penghuni lain dah berbulan duduk situ. and after buat kenduri ni, baru la rasa dekat sikit dengan dorang. kalo tak kami rasa macam pendatang. hahaha.

After 11 hari stay dekat rumah sendiri ni, apa yang aku boleh cakap, i am happy :). lain la rasa dia. semua kena urus sendiri but i really enjoy every single moments of it. barang dapur dah hampir lengkap. cukup la untuk masak n makan berdua.

Jangan tak tau, i masak tau sekarang! muahahaha. menu pagi tadi, bihun goreng singapore. 1st time masak bihun goreng. eh2 sedap la plak :P. small the matter jer untuk orang yang expert. i kan newbie so mestilah vangga! :D

2, 3 hari lepas aku tegur hubby:

A: Awak sekarang dah tak pandai basuh pinggan eiii....
H: Ayang kan ada!
A: &^$*&^$##@

Baru berapa hari jer ni, lama2 nanti camno agaknya? tapi salah aku jugak, manjakan sangat! tapi takpe dia rajin mop lantai. kira orait la tu.

So Tata.

Friday, May 20, 2011

Bila Isteri Dah Tak Cantik

Terbaca kisah ni dekat FB. kisah benar yang terjadi kepada seorang isteri. bagus untuk dikongsi. renung2 kan.

"Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.

Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak, Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.

Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya. Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.

Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.Tiada topik menarik seperti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik,carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sy tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.

PS (Pendapat Aku) : Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah

"Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah, btp besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sbg hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg t'jawab utk anda memperbaikinya....InsyaAllah......."

by Mohd Azli Afandi


Mohon pada Allah supaya dijauhkan daripada kita semua ye :)

So Tata.

Monday, May 16, 2011

Aktiviti Semasa Berpantang

Cooking with love
1st day balik rumah, hubby masakkan bubur. sedaaaap :). i know he has put so much effort on this bubur sebab bini dia tak berenti2 membebel lapar. hahahaha. i lap u :P

Ikan bilis + cili kering goreng

Shopping barang dapur
Went to Tesco Shah Alam. beli barang itu ini. burn +-300. n yeayy rumah kami akhirnya dah ada kuali!

Ikea
Last time (which was the first time) pegi was 3 or 4 years back. kali ni baru 2nd time. penat tahu memujuk? my hubby hates kL. buleh? total burn: +-200. beli barang kecik2 jer. tapi sebenarnya tujuan utama yang ni

Ikea meatballs. akhirnya akhirnya akhirnya!!! setelah bertahun2 aku mengidamkannya. portion paling banyak hokey..

Chicken leg apentah. aku tak suka. masam!

Rumah
Bila plan nak pindah, ada jer benda yang menghalang. stress tau jadi aku?

Rumput semakin panjang. takpe tak lama lagi akan ku kasi simen sume ni.

Takkan dah ada anai2 kot??? berlubang kabinet aku. mula la ada orang tu pk pk dan pk. kepala dah botak jadi bertambah botak. kahkahkah. dapat duit la orang pest control nanti.

Nah close up sikit. letak racun sendiri dulu.

Tengok wayang
Balik dari ambik darah dekat Hospital Putrajaya hari tu, terus singgah Summit. cite Fast 5 memang besttttt!


Menabung amalan mulia

Pergi kedai barang2 plastik. terjumpa tabung ni.

Yang penting, tak boleh ngelat sebab takde tempat nak korek. nak duit? kasi pecah itu tabung dulu. jadi kalo setakat ada 10hengget tak payah la nak susah payah pecahkan tabung RM3.90 ni :D

P/s: Berpantang la sangaaaatttt....

P/s 2: Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke-52 untuk Mak and Happy Teacher's Day untuk sume guru!

So Tata.

Thursday, May 12, 2011

Potong Kek Lagi

Something Happened - Thanx for your concern girls. jangan risau insyaAllah aku dah sihat mental dan fizikal :)

Dah tua2 ni tiup2 lilin aku rasa macam buang tebiat jer.

Chocolate indulgence and pizza (this time Papa John) will always be my favy!

So Tata.

Tuesday, May 10, 2011

Something Happened

Khamis, 28 April 2011

8.30 am
Pergi kerja macam biasa. tapi dari pagi perut sangat sakit. rasa sebijik macam nak senggugut. tapi sakit yang come n go. so aku tak risau sangat even dalam hati pikir macam2.

1.00 pm
Sampai ke tengahari, sakit dia menjadi2. aku pegi klinik yang paling dekat dengan ofis. ask the doctor why my stomach sakit tersangat2 macam nak period. saaangat sakit. doc tanya ada bleeding tak? and i said so far tak ada. the doc kata thats normal untuk kandungan pertama sebab rahim nak membesar so its maybe gives some impacts to mummy. tapi rugi sebab dekat situ takde scan :(. he gave me ubat tahan sakit yang tak memudaratkan baby.

Balik ke ofis semula. im asking one of my colleague, masa wife dia mengandung dulu, pernah tak ada sakit macam ni? he said, tak pernah pulak wife dia mengadu sakit serupa macam tu. n sakit menjadi2. rasa lain macam sangat.

3.00 pm
Tergerak hati nak pakai pad. just in case if something happened. yes my instinct was right. tak lama lepas tu aku rasa something mengalir. oh my god its blood. fresh blood. i call my boss n told him the situation and he ask me to go to the clinic. i went home, ajak hubby pergi klinik yang biasa aku pergi sebelum ni. thank god hubby ada kat rumah masa tu.

4.00 pm
See the doctor, and she gave me refer letter. i ask for Hospital Putrajaya (HP). tak nak pergi private lagi sebab, banyak sebab! oh not to mention here now.

5.00 pm
Sampai dekat ED HP. check blood pressure, heart beat, suhu badan n they ask me to go to Wad Bersalin. dalam hati, "Ohohohoho nak beranak macam mana perut pown tak nampak lagi ni???". i keep berdoa berdoa n berdoa. "Kau peliharalah kandungan ini Ya Allah" :'(

Tunggu for about half an hour baru doc cek. doc 1st buat speculum (gune something like mulut itik untuk bukak bahagian bawah. cek laluan what so ever. tak suka lah). then doc lain plak datang buat transvaginal scan (TVS - scan ikut vagina. once again ikut bawah. huh!). and buat aku rasa macam nak pengsan sebab tak nampak apa2 dalam rahim. Ya Allah....

Another doc came to me and do another TVS. dia pown pelik kenapa my rahim looks normal macam orang tak mengandung sedangkan masa tu i am supposed in my 8th weeks of pregnancy. n they suspect ectopic pregnancy (mengandung luar rahim) or mungkin sebenarnya aku tak mengandung pown! Allah jer tahu perasaan aku masa tu. the doc ask the nurse buat UPT. and both UPT yang dorang buat, positif. yes i am pregnant but something did not looks good here. "U masuk ward la ye. ambik darah, kita monitor beta HCG".

7.00 pm
I was admitted. waktu makan malam dah lepas :(. lapar tahu? hubby duduk2 kejap n i ask him to go back n bring me some basic things untuk duduk spital T__T


9.00 pm
About 9 macam tu dia sampai with one big bag. huh im not staying here for a month la dear! ok2 barang tak la banyak mana tapi beg tu hampir penuh sebab i ask him to bring my lappy sekali (menyempat lagi kan? yer la duduk situ boringnya lain macam kot).

Hubby takut nak stay lama2 sebab masa tu bukan waktu melawat. keluar jer hubby dari wad, airmata tak berhenti mengalir. i keep crying and crying. i just cant stop :'(. makanan yang hubby bawak langsung tak terusik :(

10.00 pm
Ambik henpon, nak hilangkan semua perasaan. tanya nurse password Wi-fi. katanya orang IT yang setting so dia tak tau :(. malas nak pk, langgan maxis mobile prepaid. layan fb jap, then tido.

11.00 pm
Baru terlena, doc datang tukar shift. tanya itu ini. malam tu tido memang tak lena sebab doc n nurse datang monitor every 2 hours. perut sakit n bleeding makin banyak. bila tak tahan sangat2, aku mintak panadol. rupanya doc marah bagi apa2 ubat dulu. tapi panadol tu takde apa effect. tido asyik terjaga dengan doc n nurse yang kerap datang n sakit perut yang teramat2 :'(

Jumaat, 29 April 2011

6.00 am
Doc ambik darah. nak cek kandungan beta HCG dalam darah.

My first breakfast. langsung takde selera :(

12.00 pm
Sakit makin teruk. aku dapat rasa patients yang satu ward dengan aku perasan bila aku menggigil atas katil tahan sakit. tau tak rasa senggugut yang teruk macam mana? and it become worst sejak malam tu bila aku rasa macam ada something yang nak keluar tapi aku tahan. aku ingat just macam period aku yang biasa. kononnya bila aku tahan jer, ok. tapi this time sakit akan datang every 3-4 minutes. mencucuk2 dekat bahagian ari-ari. sangat sakit :'(. "Kau tunjukkanlah sesuatu padaku Ya Allah"

Pastu rasa sakit nak buang air besar. aku ke toilet. lepas membuang, aku duduk jer dekat situ sebab tiba2 datang sakit yang aku tak pernah rasa sebelum ni. i feel like something nak turun, nak keluar, nak jatuh! n yes satu ketulan keluar dari my vagina. aku tengok. aku nampak. jelas. satu ketulan macam perut ikan jatuh. sakit dia masa tu hanya Allah jer yang tau.

Sedih, takut, terkejut, semua ada. rasa pening, nak pitam.

Aku flushed, tarik emergency bell. a nurse came to me and i tell her everything about the ketulan. i keep crying sebab sakit masih terasa. another nurse came to me and ask me wether i can walk or not. and i said "Tak boleh, sakit!". airmata terus mengalir. rasa sedih lebih menyelubungi diri masa tu "I wish my hubby was here now :'(".

The nurses n doc come and go to me. they are using speculum again. nak tengok keadaan dalam rahim n laluan keluar. either sakit lagi or tak. 2 doc buat benda yang sama. the 1st one guna plastik, 2nd one guna besi. kasar plak tu cucuk! sakit :'(

The blood terus keluar dan keluar. selaju air mata aku masa tu. i call hubby "Awak, tadi dah keluar ketul. dah tak ada.... :'(". "Betul ke yang? betul ke keluar ketul?". aku dapat dengar nada sedih dekat suara dia. kita sedih, but Allah knows best!

And aku tak bagi hubby datang masa tu. "Takpelah awak datang pukul 4 nanti jer la, orang dah ok".

5.00 pm
Doc buat another TVS. tak nampak apa2 dalam rahim. result darah yang ambik pagi tu pown belum keluar so she can tell nothing.

Duduk borak2 dengan hubby. sakit dah makin kurang n i dah boleh borak banyak2 :P. dalam sedih aku tetap bersyukur sebab Allah tak panjangkan penderitaan aku. yes ALLAH KNOWS BEST.


6.00 pm
Doc datang dengan result darah pagi tadi. compare to result of my beta HCG a week before (yang aku buat dekat private clinic), hormon cuma naik berapa puluh sahaja. the doc said, kalau normal pregnancy (means mengandung dalam rahim), hormon akan meningkat berganda2. but in my case, hormon meningkat dengan sangat lambat. tapi bila scan dekat tiub both right n left (untuk kesan kandungan luar rahim), they are normal. takde simptom mengandung luar rahim pown.

Whatever it is, sakit aku dah kurang. so doc assume everything dah keluar (the baby). so for the time being no need to do D&C (cuci rahim) dulu. alhamdulillah :)

Doc kata if semua ok, n u pown ok, esok u boleh discharge. terus rasa lapar :P

9.00 pm
Dah mula bukak lappy main game :P. nurse cakap "Tak bosan la kalau duduk hospital macam ni". hehehe. badan dah rasa lega sikit so boring menjadi2 :P

12.00 am
Tido lena. nurse datang kacau pown buat dek jer dah. cek blood pressure tapi aku tido dengan syoknya :P

Sabtu, 30 April 2011

12.00 pm
Specialist datang. tanya itu ini. aku cuba kekalkan muka happy depan dia sebab aku tak nak dia pk aku sakit lagi dah :D. aku nak balik ok! n aku dibenarkan pulang. yes yes yes! tapi... "Tapi minggu depan u kena datang balik ambik darah. kita nak monitor hormon beta HCG u dah berkurangan ke belum". "Ok doc" =).

My lunch on my last day. tetiba lauk jadi sedap giler pulak :D

And i got 1 week MC. berpantang kat rumah berpantang la sangaaaaaattt.

Khamis, 5 April 2011

8.30 am
Pergi HP, ambik darah.

Jumaat, 6 April 2011

1.00 pm
See the doc. n the result of my beta HCG just 30+. doc kata normal. it means nothing left, everything dah keluar. complete miscarriage. alhamdulillah aku bersyukur sangat2 tak payah cuci. seram jer bunyi dia!

***************************************************************

And semalam aku dah start kerja macam biasa. semua sakit dah hilang cuma kadang2 datang la jugak. tu pown aku rasa sebab aku langgar pantang. minum air sejuk ok! padan muka.

Semua yang berlaku adalah ketentuan-Nya. aku tak pernah serik untuk mencuba lagi. tak pernah serik untuk preggy semula walaupown sakitnya aku tak pernah lupa.

P/s: Allah knows best. semua ada hikmah. mungkin kita jer yang belum nampak.

So Tata.

Sunday, May 8, 2011

Happy Birthday Sarah

Double celebration. my birthday and mother's day celebration for my MIL. one word, GEMBIRA. even ada berita sedih yang melanda diri sebelum itu, segalanya perlu terus. Allah knows best :)

Thanx Sayang. every year dia tak pernah jadi orang 1st yang wish. dah biasa. dah immune. tapi tahun ni i buat2 merajuk. n pagi tu dapat breakfast mcD atas katil. nak pujuk la tu! muahahaha.

8/5/85 ~ 8/5/11
Happy 26th Birthday to me!

So Tata.