Tuesday, May 10, 2011

Something Happened

Khamis, 28 April 2011

8.30 am
Pergi kerja macam biasa. tapi dari pagi perut sangat sakit. rasa sebijik macam nak senggugut. tapi sakit yang come n go. so aku tak risau sangat even dalam hati pikir macam2.

1.00 pm
Sampai ke tengahari, sakit dia menjadi2. aku pegi klinik yang paling dekat dengan ofis. ask the doctor why my stomach sakit tersangat2 macam nak period. saaangat sakit. doc tanya ada bleeding tak? and i said so far tak ada. the doc kata thats normal untuk kandungan pertama sebab rahim nak membesar so its maybe gives some impacts to mummy. tapi rugi sebab dekat situ takde scan :(. he gave me ubat tahan sakit yang tak memudaratkan baby.

Balik ke ofis semula. im asking one of my colleague, masa wife dia mengandung dulu, pernah tak ada sakit macam ni? he said, tak pernah pulak wife dia mengadu sakit serupa macam tu. n sakit menjadi2. rasa lain macam sangat.

3.00 pm
Tergerak hati nak pakai pad. just in case if something happened. yes my instinct was right. tak lama lepas tu aku rasa something mengalir. oh my god its blood. fresh blood. i call my boss n told him the situation and he ask me to go to the clinic. i went home, ajak hubby pergi klinik yang biasa aku pergi sebelum ni. thank god hubby ada kat rumah masa tu.

4.00 pm
See the doctor, and she gave me refer letter. i ask for Hospital Putrajaya (HP). tak nak pergi private lagi sebab, banyak sebab! oh not to mention here now.

5.00 pm
Sampai dekat ED HP. check blood pressure, heart beat, suhu badan n they ask me to go to Wad Bersalin. dalam hati, "Ohohohoho nak beranak macam mana perut pown tak nampak lagi ni???". i keep berdoa berdoa n berdoa. "Kau peliharalah kandungan ini Ya Allah" :'(

Tunggu for about half an hour baru doc cek. doc 1st buat speculum (gune something like mulut itik untuk bukak bahagian bawah. cek laluan what so ever. tak suka lah). then doc lain plak datang buat transvaginal scan (TVS - scan ikut vagina. once again ikut bawah. huh!). and buat aku rasa macam nak pengsan sebab tak nampak apa2 dalam rahim. Ya Allah....

Another doc came to me and do another TVS. dia pown pelik kenapa my rahim looks normal macam orang tak mengandung sedangkan masa tu i am supposed in my 8th weeks of pregnancy. n they suspect ectopic pregnancy (mengandung luar rahim) or mungkin sebenarnya aku tak mengandung pown! Allah jer tahu perasaan aku masa tu. the doc ask the nurse buat UPT. and both UPT yang dorang buat, positif. yes i am pregnant but something did not looks good here. "U masuk ward la ye. ambik darah, kita monitor beta HCG".

7.00 pm
I was admitted. waktu makan malam dah lepas :(. lapar tahu? hubby duduk2 kejap n i ask him to go back n bring me some basic things untuk duduk spital T__T


9.00 pm
About 9 macam tu dia sampai with one big bag. huh im not staying here for a month la dear! ok2 barang tak la banyak mana tapi beg tu hampir penuh sebab i ask him to bring my lappy sekali (menyempat lagi kan? yer la duduk situ boringnya lain macam kot).

Hubby takut nak stay lama2 sebab masa tu bukan waktu melawat. keluar jer hubby dari wad, airmata tak berhenti mengalir. i keep crying and crying. i just cant stop :'(. makanan yang hubby bawak langsung tak terusik :(

10.00 pm
Ambik henpon, nak hilangkan semua perasaan. tanya nurse password Wi-fi. katanya orang IT yang setting so dia tak tau :(. malas nak pk, langgan maxis mobile prepaid. layan fb jap, then tido.

11.00 pm
Baru terlena, doc datang tukar shift. tanya itu ini. malam tu tido memang tak lena sebab doc n nurse datang monitor every 2 hours. perut sakit n bleeding makin banyak. bila tak tahan sangat2, aku mintak panadol. rupanya doc marah bagi apa2 ubat dulu. tapi panadol tu takde apa effect. tido asyik terjaga dengan doc n nurse yang kerap datang n sakit perut yang teramat2 :'(

Jumaat, 29 April 2011

6.00 am
Doc ambik darah. nak cek kandungan beta HCG dalam darah.

My first breakfast. langsung takde selera :(

12.00 pm
Sakit makin teruk. aku dapat rasa patients yang satu ward dengan aku perasan bila aku menggigil atas katil tahan sakit. tau tak rasa senggugut yang teruk macam mana? and it become worst sejak malam tu bila aku rasa macam ada something yang nak keluar tapi aku tahan. aku ingat just macam period aku yang biasa. kononnya bila aku tahan jer, ok. tapi this time sakit akan datang every 3-4 minutes. mencucuk2 dekat bahagian ari-ari. sangat sakit :'(. "Kau tunjukkanlah sesuatu padaku Ya Allah"

Pastu rasa sakit nak buang air besar. aku ke toilet. lepas membuang, aku duduk jer dekat situ sebab tiba2 datang sakit yang aku tak pernah rasa sebelum ni. i feel like something nak turun, nak keluar, nak jatuh! n yes satu ketulan keluar dari my vagina. aku tengok. aku nampak. jelas. satu ketulan macam perut ikan jatuh. sakit dia masa tu hanya Allah jer yang tau.

Sedih, takut, terkejut, semua ada. rasa pening, nak pitam.

Aku flushed, tarik emergency bell. a nurse came to me and i tell her everything about the ketulan. i keep crying sebab sakit masih terasa. another nurse came to me and ask me wether i can walk or not. and i said "Tak boleh, sakit!". airmata terus mengalir. rasa sedih lebih menyelubungi diri masa tu "I wish my hubby was here now :'(".

The nurses n doc come and go to me. they are using speculum again. nak tengok keadaan dalam rahim n laluan keluar. either sakit lagi or tak. 2 doc buat benda yang sama. the 1st one guna plastik, 2nd one guna besi. kasar plak tu cucuk! sakit :'(

The blood terus keluar dan keluar. selaju air mata aku masa tu. i call hubby "Awak, tadi dah keluar ketul. dah tak ada.... :'(". "Betul ke yang? betul ke keluar ketul?". aku dapat dengar nada sedih dekat suara dia. kita sedih, but Allah knows best!

And aku tak bagi hubby datang masa tu. "Takpelah awak datang pukul 4 nanti jer la, orang dah ok".

5.00 pm
Doc buat another TVS. tak nampak apa2 dalam rahim. result darah yang ambik pagi tu pown belum keluar so she can tell nothing.

Duduk borak2 dengan hubby. sakit dah makin kurang n i dah boleh borak banyak2 :P. dalam sedih aku tetap bersyukur sebab Allah tak panjangkan penderitaan aku. yes ALLAH KNOWS BEST.


6.00 pm
Doc datang dengan result darah pagi tadi. compare to result of my beta HCG a week before (yang aku buat dekat private clinic), hormon cuma naik berapa puluh sahaja. the doc said, kalau normal pregnancy (means mengandung dalam rahim), hormon akan meningkat berganda2. but in my case, hormon meningkat dengan sangat lambat. tapi bila scan dekat tiub both right n left (untuk kesan kandungan luar rahim), they are normal. takde simptom mengandung luar rahim pown.

Whatever it is, sakit aku dah kurang. so doc assume everything dah keluar (the baby). so for the time being no need to do D&C (cuci rahim) dulu. alhamdulillah :)

Doc kata if semua ok, n u pown ok, esok u boleh discharge. terus rasa lapar :P

9.00 pm
Dah mula bukak lappy main game :P. nurse cakap "Tak bosan la kalau duduk hospital macam ni". hehehe. badan dah rasa lega sikit so boring menjadi2 :P

12.00 am
Tido lena. nurse datang kacau pown buat dek jer dah. cek blood pressure tapi aku tido dengan syoknya :P

Sabtu, 30 April 2011

12.00 pm
Specialist datang. tanya itu ini. aku cuba kekalkan muka happy depan dia sebab aku tak nak dia pk aku sakit lagi dah :D. aku nak balik ok! n aku dibenarkan pulang. yes yes yes! tapi... "Tapi minggu depan u kena datang balik ambik darah. kita nak monitor hormon beta HCG u dah berkurangan ke belum". "Ok doc" =).

My lunch on my last day. tetiba lauk jadi sedap giler pulak :D

And i got 1 week MC. berpantang kat rumah berpantang la sangaaaaaattt.

Khamis, 5 April 2011

8.30 am
Pergi HP, ambik darah.

Jumaat, 6 April 2011

1.00 pm
See the doc. n the result of my beta HCG just 30+. doc kata normal. it means nothing left, everything dah keluar. complete miscarriage. alhamdulillah aku bersyukur sangat2 tak payah cuci. seram jer bunyi dia!

***************************************************************

And semalam aku dah start kerja macam biasa. semua sakit dah hilang cuma kadang2 datang la jugak. tu pown aku rasa sebab aku langgar pantang. minum air sejuk ok! padan muka.

Semua yang berlaku adalah ketentuan-Nya. aku tak pernah serik untuk mencuba lagi. tak pernah serik untuk preggy semula walaupown sakitnya aku tak pernah lupa.

P/s: Allah knows best. semua ada hikmah. mungkin kita jer yang belum nampak.

So Tata.

20 comments:

HANI IZWAN said...

sedihnya. harap u kuat, sarah.

takut pulak i, since now im just in my 5weeks pregnant. hrp semuanya selamat.

Noli said...

sedey jugak..banyak2 bersabar yer..mungkin Allah ade rancangan lain tuk kalian..byk2 doa jugak tau..

alhmdulillah jugak tak kene cuci kan..org ckp sakit..tak tau la plak..neway..byk2 sabar yer..

take care.. ;)

jihan said...

takziah...buat sarah..banyak bersabar dan berdoa yer..semua ada hikmah disebalik nyer....jaga diri baik2..;)

Putri Qaseh said...

Sedihnya baca..Yes, only Allah knows best..semua ada hikmahnya..Takziah buat kamu dan suami..

amy fahmi said...

sedihnya..berat mata memandang berat lagi bahu memikul. takziah. insyaAllah, rezeki ada lagi..

Xora said...

Takziah. Allah lebih mengetahui. kuatkan semangat ye?

yUmIe said...

Sarah, i'm crying while i read this=(..skrg ni perasaan mmg xbleh control le.klu dh sedih tu nangis trs.xbleh nk tahan2 dh..
cmne pn,hope u kuat smgt and tabah hadapi ape pn dugaan k.as u said,Allah know the best for both of u..and tlg doakn tuk i jgk k..

love u sarah=)

Zariza said...

takziah...tuhan lebih mengetahui..

my bff pun baru je miscarriage semalam..13 weeks..:(

Fardilla Fawzi said...

Allah Maha Mengetahui...

Rasa sedih plak bila bace....berdebar2 bila bace story u...

Apa pon semoga sarah tabah menempuh cabaran dan dugaan ni...

Take care....

Reen Tart Nenas said...

takziah. Allah lebih mengetahui. moga sarah terus tabah menjalani ujian nyer. xpe2, usaha tangga kejayaan. siapalah yg tahu apa yg ada dlm hati sarah, tp pls, be strong :)

..mem0ir Qaira.. said...

takziah for u dear..kuatkan smangat..mesti ada hikmah di sebalik semua dugaan ni ye :)

p/s:tarikh wedding kita sama ;)

Sha said...

huhu be strong babe..Allah lebih tahu apa yg terbaik tuk kita

Mia-Ina said...

ya allah sedihnya baca entry sarah kali ni..sabar ye sarah..mungkin ada rezki lain

klik ur nuffnang

aTy _faRed~ said...

Sara...sedey dengar.. i paham perasaan nyer... 1st baby may be tak kuat..macam i nyer jugak.. jage diri elok2 yer sara.. jangan dapat komplikasi macam i sekarang ni... banyak sabar..dan usaha lagi...:)

adlyn833 said...

dear,jgn sedih2 ye..InsyaAllah ada rezeki lain.
I pun baru je miscarriage last week.be positive. take care,k

chique-jah said...

sedeynye..be strong ye..mesti Allah nak ganti ngan lebih baek..

Husna said...

u punya cite sebijik mcm i taww! sume yg u lalui kat hospital tu semua i lalui.. ishhh seksa gila kannn cuma bezanya i tak gugurr.. n baby da 6 bulan pun skrg.. hope u tabah la okayy insyallah akan ada rezeki.

iedayah said...

dear..kite senasib ..sedih an..btw,get well soon sara..=)

hana yoriee said...

sarah, hana baru terbaca cerita ni..wuuuuuu...kalau nak dibandingkan dgn sakit sarah, hana punye mgkn tak sesakit sarah. yup, betul kata sarah. Allah knows best.

hana pon tak serik utk usaha lagi..=)

Afasz said...

sedih la baca cite u.